Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Wednesday, March 30, 2011

YES, AKU SINGLE TAPI AKU OK !



ok. . .


tajuk entri yang sangat koya ok. . .


haha. . .


tapi takpelah, pedulikan lah semua tu. . .


ye, memang aku dah single. . .


takde orang yang nakkan aku buat masa ni, jadi?


mesti ada orang yang suka hati dan ketawakan aku kan?


jadi, kenapa ada masalah?


ye, memang aku tak cantik dan tak comel macam kau nak wahai lelaki. . .


tapi aku masih jugak ada hati. . .


dulu ye, aku memang sangat kisah bila aku takde pasangan. . .


sekarang, dah aku buang perasaan itu. . .


sekarang aku dah sedar, hidup ni tetap indah walaupun aku single. . .


pengalaman mendewasakan. . .


betul tak?


pengalaman ditinggalkan mengajar aku supaya jangan mudah terima dah lelaki dalam hidup. . .


ye, aku ditipu. . .


dan aku kecewa. . .


ye, aku sedih. . .


dan aku menangis. . .


ye, aku tak boleh nak lupa. . .


dan aku merayu. . .


aku pernah dengan tak malunya menangis untuk seorang lelaki ni. . .


aku merayu pada dia supaya jangan tinggalkan aku. . .


aku sanggup terima dia walaupun dia ada girlfren lain. . .


aku layan dia walaupun aku tahu yang dia ada girlfren. . .


aku tolong dia walaupun dia sakitkan hati aku. . .


masa tu aku harap dengan layanan baik aku, aku akan dapat layanan yang baik jugak daripada dia. . .


aku harap dengan itu dia akan tinggalkan girlfren dia dan kembali pada aku. . .


dangkalnya aku masa tu. . .


naifnya aku tentang cinta pada masa tu. . .


sampaikan aku dicerca oleh girlfren dia yang kononnye blaja tinggi tapi budi bahasa sangat rendah. . .


ye, siapalah aku. . .


ye, aku dikatakan perempuan miang, tak malu, dan gedik. . .


tapi pernah kau tanya boyfren kau tu sape yang ganggu sape dulu?


sape yang tabur janji manis kat aku dulu?


lepas tu barulah aku lepaskan lelaki tu. . .


kau amiklah, aku dah taknak. . .


aku taknak jadi bodoh macam kau lagi bergaduh sebab lelaki bodoh tu. . .


ok, dah off topic ni. . .


sambung kembali. . .


tapi tu dulu. . .


aku belajar menjadi kuat sebab MEREKA !


ye, MEREKA itu yang paksa aku berubah jadi macam ni. . .


ye, aku dah jadi sangat ego sekarang. . .


tapi bukan aku yang nak sangat jadi macam ni. . .


tapi MEREKA yang ubah aku supaya jadi macam ni. . .


so, janganlah salahkan aku ok. . .


memang kadang-kadang aku sunyi jugak. . .


tipulah kalau kata tak sunyi kan?


tapi takpela, aku tahu ada seseorang diluar sana sedang tunggu aku. . .


sabar ye sayang, tak lame lagi kita jumpe okeh?


haha. . .


***entri ini adalah luahan aku yang tibe2 teringat kisah lame. . .


maaf andai ada yang terasa. . .


kepada lelaki2 dan perempuan itu. . .


aku takkan doakan korang bahagia ok. . .


haha. . .


ye, kadang2 hidup ni kena jadi kejam jugak. . .



gambar adalah ehsan dari pokcik GOOGLE

Sunday, March 27, 2011

SABOR JE LAH !

time aku banyak kerja nak buat. . .


time aku banyak benda nak cari. . .


time aku nak buat sesuatu yang bermanfaat. . .


time tu lah line internet jadi lombab !


adeh. . .


tidakkah line tu paham yang aku tengah rajin nak mencari maklumat ni. . .


dateline nak hantar assignment tak lame dah ni. . .


kalau internet lombab macam ni. . .


camne aku nak baut kerja?


adoi. . .


lupe lak arini ari ahad. . .


myb tu punca line lombab kot. . .


ok la, cubalah memahami. ..


huhu

Saturday, March 26, 2011

YES, BLOG INI SANGAT BEST !



blog ni diperkenalkan oleh seorang blogger yang aku follow. . .


ye, dari blog ini. . .


cik irahehe






aku tertarik nak tengok blog tu selepas baca entri ini. . blog neh buat aku gelak sambil tepuk2 lantai. best!


hehe




ye, inilah blognye. . . SickEmoWriter


try lah bace entri2 blog ini. . .


sangat menarik dan menghiburkan. . .


dan tak stress membacanye. . .


betul kata cik ira. . .


"okay, aku jarang jumpa blog perempuan/wanita/gadis/anak dara yang buat betul-betul boleh buat aku gelak dan juga rasa best bila baca blog dia. sebab kebanyakkan blogger perempuan neh suka update pasal kisah cinta diorang yang kadang-kadang orang tak nak tahu tu(errr), pastu update entri-entri comel,..." sumber dipetik dari blognye. . . blog neh buat aku gelak sambil tepuk2 lantai. best!


dan saya juga suka bace blog anda. . .


hee. . .^_^

Friday, March 25, 2011

::UPDATE-Paling Selamat: Malaysia Di Tangga Ke-22 Daripada 149::


Sementara itu, Indeks Keamanan Dunia 2010 yang meletakkan Malaysia di tangga ke-22 daripada 149 negara sebagai negara paling selamat di dunia, satu pencapaian membanggakan.

Berbanding kedudukan ke-38 pada tahun 2008 dan ke-26 pada tahun 2009.

Bagi polis semua itu tidak dapat dicapai tanpa sokongan kerajaan, khususnya Perdana Menteri.

TAN SRI ISMAIL OMAR / KETUA POLIS NEGARA
Kepada yang berhormat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa beri perhatian kepada pelbagai aspek kelperluan sumber, keberkesanan operasi dan pengurusan serta aspek kebajikan PDRM. Usaha bukan sahaja diberi untuk memperkasakan PDRM bahkan mendaulatkan pasukan polis ke tahap yang lebih dinamik.

Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia berada di tempat ke-4, selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Pada  2010, melalui program bidang keberhasilan utama negara, NKRA statistik jenayah indeks mencatatkan penurunan 15 peratus, berbanding sasaran 5 peratus.

::UPDATE-GEMPA MYANMAR-25 TERBUNUH::


Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila gempa kuat 6.8 skala Richter menggoncang Myanmar di kawasan berhampiran sempadan Thailand malam tadi.

Namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran itu dapat dirasai sehingga Bangkok yang terletak hampir 800 kilometer.

Pihak berkuasa Myanmar melaporkan banyak mangsa terkorban di bandar Tarlay iaitu 10 lelaki, seorang kanak-kanak dan 13 orang wanita.

SUMBER::BERITA TV3

Wednesday, March 23, 2011

CERITA PASAL ROKOK


ya. . .

aku memang sangat2 anti dgn rokok. . .

korang2 kat luar sana tu janganlah merokok. . .

korang tahu tak merokok tu membahayakan?

korang tahu tak korang akan membuat insan2 yang korang sayang merana sebab rokok?

sedih sebab rokok?

kisah aku. . .

abah aku dah hampir 4 tahun meninggalkan kami sekeluarga. . .

semuanya sebab rokok. . .

ya, aku pasti memang sebab rokok. . .

aku ingat lagi. . .

abah aku polis. . .

so, aku tinggal di kuartes polis yang bangunan empat tingkat tu. . 

rumah aku terletak di tingkat empat. . .

satu hari, lepas abah aku habis kerja abah aku balik. . .

tapi dia tak naik rumah. . .

dia panggil abang aku dari bawah dan minta abang aku bawak dia ke hospital .. .

abah memang dah tak larat sangat masa tu nak naik tangga. . .

abah terlalu mengah untuk naik tangga. . .

memang, abah selalu batuk2. . .

aku yang dengar batuk abah ni rasa kesian sangat kat abah. . .

bukan batuk yang biasa. . .

tapi batuk yang bagi aku sangat teruk. . .

selalu jugak abah mengah. . .

hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tu. . .

kadang2 bila abah tidur aku tengok dada abah. . .

berombak. . .

tinggal tulang je kat dada abah tu. . .

bayangkan abah yang dahulunya berisi jadi kurus yang teramat sangat. . .

abah kena tahan wad. . .

doktor sah kan abah kena kencing manis dan disyaki ada TB. . .

tapi aku yakin, puncanya adalah sebab rokok. . .

kami sekeluarga kena check masa tu untuk pastikan yang kami bebas TB. . .

alhamdulillah, tiada antara kami yang dijangkiti. . .

masa tu aku tak terfikir pun yang abah akan tinggalkan kami. . .

dalam 3minggu abah duduk kat hospital daerah, abah di pindahkan pulak ke hospital besar. . .

ya, memang kami marah masa tu. . .

bila dah teruk baru pihak hospital nak hantar ke hospital besar. . .

sepanjang abah dduduk kat hospital daerah abang aku yang jaga. . .

memang nasib baik abang ada. . .

kalau tak, memang mama aku yang akan jaga. . .

kemudian abah pindah ke hospital besar mama pula yang jaga. . .

sebabnya abang terpaksa balik ke U tmpt dia belajar untuk majlis konvokesyen. . .

memang dia tak mahu pergi. . .

tapi mak aku paksa jugak dia pergi. . .

dia pergi dalam keadaan berat hati. . .

siapa sangka itulah kali terakhir dia tengok wajah abah. . .

beberapa hari abah di hospital besar, abah diletakkan di satu bilik kaca yang tertutup. . .

aku tengok abah dari luar. . .

abah buka mata, abah macam nak cakap sesuatu dengan kami adik beradik. . 

tapi dia tak berdaya. . .

aku lihat mata abah berkedip2 memandang kami. . .

aku tengok pandangan sayu itu. . .

siapa sangka, itulah hari terakhir aku lihat wajah abah. . .

mama aku diminta pulang sebab adik mama aku nasihatkan. . .

makcik aku kata, kalau duduk situ pun tak boleh nak buat apa2. . .

so, hari kami melawat tu hari jumaat. . .

dan mama pun pulang bersama kami adik2. . .

hari isnin tu kami dikhabarkan yang abah dah dipindahkan ke wad biasa. . .

abah dah tak payah bergantung pada oksigen lagi. . .

petang tu, adik lelaki aku pergi melawat abah. . .

balik tu adik cerita yang abah cuma letak tangan atas perut dan memandang siling sahaja. . .

cuma ada satu soalan sahaja. . .

"koko mana?"

koko adalah panggilan pada abang aku. . .

adik kata kat abah yang abnag konvo di U dia.  .

abah cuma angguk dan terus memandang siling. . .

memang kami adik beradik dan mama ada rancang nak lawat abah sabtu tu. . .

sebab kami sekolah, jadi tak boleh nak ponteng. . .

tapi. . .

takdir ALLAH. . .

pagi selasa tu, 28/08/2007 jam 5.40 mgkn. . .

aku dapat panggilan dari pihak hospital. . .

abah dah takde. . .

ya ALLAH. . .

memang aku tak percaya masa tu sampaikan aku bagi hp kat mak aku untuk cakap. . .

sepanjang sebulan abah duduk kat wad aku cuma dapat jenguk abah 3x je. . 

dan bayangkan, abang aku tak dapat nak tatap wajah abah buat kali terakhir sebab dia tak sempat nakpulang. . .

bila dia sampai semua urusan dah selesai. . .

bayangkanlah apa perasaan dia masa tu. . .

tapi kini aku dah redha. . .

ALLAH lebih sayangkan abah. . .

dan aku redha abah pergi dari tengok abah terlantar sakit macam tu. . .

takat ni lah cerita aku. . .

satu je aku nak pesan, janganlah merokok kalau korang masih ada orang tersayang. . .

memang kita akan mati, tapi janganlah pilih merokok untuk mati. . . . .

**AL-FATIHAH untuk arwah abah. . .

smoga abah ditematkan dalam kalangan orang yang beriman. . .

amin. . . 

maaf, terlalut bercerita. . .

maaf kalau korang rasa entri ni tak masuk dengan tajuk. . .

tiba2 aku rindu abah. . . . . . . . .

Tuesday, March 22, 2011

KISAH::PERKARA YANG TIDAK TERDUGA SERING TERJADI

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?





p/s : serius aku suka baca cerita nie..sweet...sweet...hakhak...kalau hanpa suka gak boleh share..- adi -

********


Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin


**ya, aku pun rasa cerita ini sangat sweet..  .
ada tak lelaki macam ni untuk aku??

Sunday, March 20, 2011

::QUICK UPDATE-FILIPINA PULA DILANDA GEMPA BUMI::

::Sumber adalah dari-Berita Terkini TV3::



Satu gempa bumi dengan magnitud 6.4 skala Richter menggegarkan utara Filipina.
Bagaimanapun, setakat ini tiada kerosakan atau kematian dilaporkan.
Menurut Institut Volcanologi Dan Seismologi Filipina, gegaran dikesan 117km ke timur laut  bandar Laoag, pulau Luzon.
Gegaran turut dirasai sehingga ke ibu kota Manila.

::QUICK UPDATE-FAIZAL TAHIR DAPAT ANAK LAGI::



kalau tak silap aku, faizal tahir ni dah ada 3 orang anak. . .


dan anak yang keempat dia ialah perempuan. . .


selamat dlahirkan pada 19 Mac, Sabtu jam 1.55 pagi. . .


wah, harap2 makin bertambah lah rezeki dia selepas ni . . .


bagi aku, dia adalah seorang artis yang rajin menambah bilangan anak. . .


tahniah kepada dia dan isteri. . .


semoga anak2 fT nanti membesar menjadi insan2 yang berjaya. . .


amin. . . 

KENAPA MANUSIA INI MACAM NI?





hari ni terasa empty sekali. . .


rasa kosong sangat. . .


jiwa dan raga. . .


terasa sangat2 kosong. . .


sangat2. . .


kenapa manusia ini diciptakan pentingkan diri?


kenapa manusia ini dicipta untuk melukai hati manusia lain?


kenapa manusia ini dicipta untuk membuat manusia lain menangis?


kenapa manusia ini tak faham perasaan orang lain?


kenapa manusia ini ingat dia seorang je ada perasaan?


kenapa manusia ini tak pernah cuba nak faham perasaan orang lain?


kenapa manusia ini selalu ingat dia seorang je yang betul?


kenapa manusia ini suka pandang rendah pada aku?


kenapa manusia ini tak boleh cakap elok2?


kenapa manusia ini selalu lukakan aku?


kenapa manusia ini seakan2 bencikan aku?


kenapa? kenapa? kenapa?


adakah sebab aku ni jahat?


adakah sebab aku ni tak cukup baik?


adakah sebab aku ni tak layak untuk berdamping dengan dia?


adakah sebab aku yang selalu pentingkan diri?


adakah semua sebab aku sendiri?


adakah? adakah? adakah?


terluka sungguh aku beberapa hari ini. . .


::mood::kesedihan, kelukaan yang amat dalam::


::thanks for the hurting::


::ya, now i know. . .aku ni cuma layak untuk dilukai je::





Friday, March 18, 2011

RAHSIA NAK BUAT KUAH SPAGETTI YANG SEDAP TANPA MENGGUNAKAN PREGO

mesti korang pernah makan kan benda alah ni?

makanan yang datang dari itali tu. . .

spagetti ni macam gak mi, tapi makan spagetti lebih cepat kenyang. . .

biasanya kalau nak masak kuah untuk spagetti orang akan guna prego kan?

ada sekali baru2 ni aku nak buat spagetti adik aku cakap prego tu tak halal. . .

tapi tak sure lah tu, kami was2 so kami pun tukarlah bahan2 untuk buat kuah spagetti tu. . .

::bahan2 untuk kuah::

1 tin tomato putri (jenama kimball)
2 bungkus serbuk bolognese (jenama maggi)
2 bungkus sosej (tak kisah jenama apa, tapi sedap sosej biasa atau sosej yang tambah lada hitam)
1 bungkus daging cincang (jenama ramli)
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
garam dan gula secukup rasa
air

tu je bahan2 dia. . .

nak wat kuah dia pun simple je. . .



mula2 panaskan minyak. . .

then tumis bawang putih dan bawang besar. . .tumis sampai naik bau. . .


lepas tu masukkan daging kisar. . .



goreng daging kisar tu sampai masak. . .




ok, bila daging tu masak kita boleh tengok air dari daging tu keluar. . .

so, air tu kita tak payah letak awal2. . .


lepas tu masukkan sosej dan gaul sampai sosej tu masak. . .




bila sosej tu dah masak, masukkan tomato puri dalam tin. . .


gaul sampai sebati. . 


lepas tu, masukkan pulak serbuk bolognese maggi . .

masukkan dua2 sekali. . .gaul sampai masak. . .





lepas tu masukkan garam dan gula secukup rasa. . .


last sekali, masukkan air ikut kesukaan anda . . kalau suka kuah cair masuk banyak sikit air. . .

kalau aku ni suka kuah pekat sikit, so air tak letak banyak sangat. . .



masak sampai kuah tu menggelegak. . .



lepas tu boleh lah hidangkan dengan mi spagetti. . .

ok, nak masak mi tu mudah je. . .

panaskan air. . .

agak2 dah mengelegak sikit letak minyak sikit. . .

tujuan letak minyak tu untuk bagi mi spegetti tu tak melekat antara satu sama lain. . .

pastu letak mi spagetti dalam paket tu. . .

untuk resepi ni, 2 paket cukuplah kot. . .

hidangan untuk 5-6 orang. . .

simple kan?

hee. . .

(p/S ni entri terrrbaru pasal kuah spageti ni, kali ni janji tak pakai apa2 perencah segera..hewhew RAHSIA BUAT KUAH SPAGETTI SEDAP TANPA KUAH SEGERA (PREGO, KIMBALL DLL)

RAHSIA DONAT GEBU. . .


tadi terbaca entri seorang blogger yang aku follow. . .

antara entri popular dia adalah cerita pasal donat. . .


(gambar ini diambil dari google image. . .kredit pada pemilik gambar. . .)

teringat lak kat donat, dah lama tak wat kuih tu. . .

huhu. . .

adik2 aku paling suka kuih donat yang aku buat. . .

diorang kata donat yang aku buat memang lembut. . 

haha. . . 

bukan puji diri sendiri ye, tapi memang diorang yang puji. . .huhu

sebenarnya senang je nak wat donut yang lembut dan gebu. . .

antara bahan2nya ialah. . .

1/2 kg tepung gandum (biasanya guna tepung gandum cap sauh)
10 sudu besar gula (kurangkan kalau tak suka manis)
6 sudu besar susu tepung (biasanya guna susu jenama everyday)
1/2 cawan mentega (biasanya guna jenama daisy)
2-3 biji telur
1 bungkus yis-kering (biasa guna jenama mauri pan)
secubit garam (ikut, letak secukup rasa)
sedikit air

cara nak buat senang sangat. . .

mula2 satukan tepung gandum, susu tepung, gula, yis, garam, mentega dan telur. . .

gaul guna tangan sampai semuanya sebati lepas tu baru masukkan air sedikit demi sedikit. . .

jangan letak air banyak sangat takut adunan tu jadi lembik. . .

tambah air setakat yang cukup. . .

tak tau nak kata banyak mana, sebab tu terpulang pada kita. . .

lepas tu adun doh dengan tangan sampai doh tu tak melekat kat tangan dengan kat besen. . .

kiranya sampai doh jadi bulat. . .

kiranya, kalau kita angkat doh tu dia tak melekat langsung kat tangan. . .

lepas tu tinggalkan doh selama lebih kurang setengah jam. . .

biar doh tu membesar sekali ganda daripada asal. . .

lepas tu terap macam biasa. . .

jangan biar lama sangat doh yang diterap tu. . .

taku lama2 dia membesar sampai hilang lubang kat tengah tu. . .

goreng sampai kekuningan. . .

last sekali letak gula, biasanya aku guna gula kastard yang halus tu. . .

lepas tu leh la makan. . .

sedap makan sambil minum kopi panas. . hehe..

p/s::bahan2 tu boleh hasilkan donat yang banyak..

kalau rasa nak makan sikit, kurangkan bahan2 tu semua jadi separuh. . .

tapi yis tetap guna sebungkus gak . .

selamat mencuba ye. . .

dan lagi satu, sorry la tidak disertai gambar sebab tak penah amik gambar pun sepanjang beberapa kali buat donat..huhu