Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Saturday, September 29, 2012

REVIEW KOREAN DRAMA : HEARTSTRINGS

Assalamualaikum...



ok, hari ni aku nak review drama korea yang aku minat..

hehe..

bukan drama terbaru tau..

drama ni dah keluar tahun lepas..

aku pun dah tengok awal tahun ni, tapi aku baru rajin nak review hari ini..

:P


drama heartstrings ni adalah drama remaja yang menarik ditonton..

bagi aku drama ni muzikal drama, sebab ada membabitkan nyanyian..

secara keseluruhannya semua lagu drama ni memang sedap didengar..

setiap scene, di shoot dengan begitu cantik sekali..

lakonan diorang pun best..

sampai aku rasa yang diorang ni bukan berlakon tapi macam dunia yang sebenar..

sebuah drama yang wajib korang tengok..

lakonan Jung Yong Hwa (CN BLUE), Park Shin Hye dan ramai lagi..

so, nak tengok sebuah percintaan remaja yang menarik, nak dengar lagu yang sedap..

kenalah tengok drama ni k..

tengok jangan tak tengok..:p


BELANJAWAN 2013

Assalamualaikum...



semalam, 28/09/2012

pembentangan belanjawan 2013 dah pun dijalankan..

aku takdelah dengar, sebab tengah kerja kan..

mana nak dengar

(tapi kalau tak kerja pun duk rumah saja memang tak dengar punya :P)

sebab aku lebih suka membaca je, jadi pagi nak baca kat surat khabar je..

maka hari ni bermulalah harga baru bagi gula iaitu RM2.50 untu 1kg..

terkejut gak dengar mak aku cerita tadi, sebab aku ni tak amik tahu sangat pasal harga gula ni..

sebabnya aku jarang beli barang dapur..

last beli gula masa belajar dulu, masa duk rumah sewa..

masa tu harga gula masih RM1.80 lagi..

mungkin ada hikmhnya harga naik, bole lah kurangkan gula dalam makanan dan minuman dan lebihkan manis dalam senyuman kan??

hek3..tibe2*

overall, aku boleh katakan aku ok je dengan belanjawan yang dibentangkan..

sungguhpun aku masih lagi samar2 dengan diskaun untuk pembayaran balik ptptn tu, tapi kalau dapat diskaun memang bersyukur sangat2lah..

tapi dengan syarat kena bayar secara konsisten lah kan?

aku takde nak merungut banyak2. .

sebab aku tahu apa yang dibentangkan tu, dah termampu yang boleh dibuat..

tapi baisalah, rumah siap pahat berbunyi..

nanti mesti akan rasa tak puas hati dan isu pun akan ditimbulkan..

korang ingat senang nak mentadbir negara?

korang pandai cakap je, kalau korang buat macam mana?

aku tak sokong mana2 parit sebab aku ni neutral..

dan aku bukan minat sangat dengan politik ni secara jujurnya..

cuma aku dah besar, dah boleh berfikir..

so, gunakan sebaik2nya ye..

ok lah, sebelum aku mengarut panjang lebar baik stop dulu..

wahaha..panjang betul ulasannn...:P

sumber gambar : rindok.com

Thursday, September 13, 2012

BELI BARANG SIKIT DAN NAK FREE ITU INI..MEMANG LUMRAH PERANGAI DAN PENYAKIT MANUSIA EK???

ASSALAMUALAIKUM....

ok, entri malam ni berbau sedikit emo, sebab aku memang tengah emo ni..

nak dijadikan cerita, semalam seorang hamba Allah yang beragama Islam telah datang ke kedai tempat aku bekerja..

dia datang nak beli shuttlecocks, sbb kedai tempat aku kerja ni adalah sebua kedai sukan..

bos aku ada semalam..nasib baiklah..

kalau tak memang aku malas nak melayan mamat ni.

dipendekkan cerita, dia datang nak beli 5 tabung shuttlecocks tu yang berharga RM53.00. . .

kebiasaannya, kalau jual kat orang lain kami jual dengan harga RM54.00-RM55.00 untuk satu tabung..

kat diorang ni bos aku jual murah sedikit, sebabnya??

adalah sebabnya, tak boleh cerita kat sini, nanti jadi isu pulak..

jadi dia pun beli 5 tabung x RM53 = RM265

sebenarnya kos untuk 1 tabung adalah RM51.00

untung untuk setiap tabung hanya RM2.00

bos aku dah terangkan kat dia berapa sangatlah untung yang dia dapat untuk tiap tabung tu..

bayangkan, cuma RM10.00 sahaja..

belum masuk duit minyak lagi..

bukan tak bersyukur, tapi agak2 lah..

lepas tu mintak nak seluar free lah, baju freelah..

dengan alasan, dia beli banyak dah shuttlecocks tu..

aku memang naik meluat dan menyampah dengan perangai orang macam ni..

lepas tu beli barang nak mintak kurang gila2..

faham kan maksud aku??

bukan dia je, ramai pelanggan macam ni..

aku boleh buat apa, bersabar je la kan??

tapi, apa tujuan entri aku kali ni ialah, aku nak buka luas2 mata manusia2 yang ada kat luar sana..

kalau beli barang, janganlah mintak kurang..

lagi2 dengan peniaga yang beragama Islam..

bukan apa, aku takut kalau semua orang datang dan mintak kurang gila2, satu hari perniagaan peniaga tu akan lingkup..

cuba tolong orang seagama dengan kita, jangan jatuhkan diorang..

kadang2, aku rasa nak menangis bila datang orang macam ni..

kalau tak datang beli pun takpe bagi aku..

kalau datang takat nak melingkupkan perniagaan je, tak payah datang pn takpe..

mungkin barang yang dijual agak mahal, tapi korang kena tahu jugak yang mungkin dia dapat barang tu dengan harga yang mahal berbanding dengan peniaga lain..

kalau dia menipu sekalipun, itu antara dia dengan Allah..

cuma aku nak mintak tolonglah, jangan jatuhkan orang meniaga..

diorang sara keluarga dengan hasil duit tu tau..

kalau lingkup perniagaan diorang, apa akan jadi dengan keluarga diorang??

sedangkan itula satu punca rezeki diorang..

tolong orang Islam, seagama dengan korang takkan rugi apa2 pun kan?

entri ini hanyalah luahan dan pendapat aku sahaja..

kalau tak suka, tak setuju jangan baca..

aku tak rugi apa2 pun..

Wassalam...