Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Saturday, December 1, 2012

PENGALAMAN GIGI DIBEDAH - KLINIK KERAJAAN


Assalamualaikum. . .
Tengok tajuk, ngeri tak?
Bagi yang pernah rasa membedah gigi, aku rasa jawapan diorang mesti adalah lebih baik bedah dari tahan sakit ! huhu
Kalau jawapan aku macam tulah.
Sebenarnya gigi aku ni dah mula sakit dan mula pecah sejak tahun lepas lagi.
Kalau tak silap, sejak dari awal tahun lepas.
Masa tu aku rasa gigi aku sakit sebab gigi geraham bongsu aku nak tumbuh, so aku biarkan je.
Aku makan je ubat tahan sakit, lepas makan ubat sakit tu kurang dan aku pun tak kisah sangat masa tu.
Lama-lama tu sakit tu hilang dan aku rasa legalah.
Aku memang taknak jumpa doktor sebab aku takut sangat.
Sebabnya selalu aku dengar orang cakap kalau gigi kena cabut atau kena tampal gigi sakit sangat!
So, oleh sebab tu aku lebih rela makan ubat dari jumpa dengan doktor.
Lama-lama tu, kalau tak silap masa bulan Ramadhan tahun lepas gigi aku mula sakit balik.huhu
Memang sakit dan aku pun amik la ubat, tau2 masa tu aku sedar yang gigi geraham aku ni mula pecah.
Bila pecah, gigi dah tak rasa sakit sangat.Aku pun mula lega balik.
Syawal tu aku bergembiralah menikmati makanan sebab gigi tak sakitkan.
Lepas tu Aidiladha pun menjelma.
Pagi raya tu ok, aku dan family pulang ke kampung.
Tapi petang tu, pehh gigi aku ni dah mula buat hal balik dah..
Memang sakit sangat!
Nak makan pun sakit, tapi aku gigih nak makan jugak.
Yela, lapar. . .
Apa yang aku boleh bayangkan kesakitan gigi tu, bila aku kunyah aku rasa macam gigi aku ni tak rata.
Jadi bila aku tekan, gusi aku terasa teramatlah sakit.
Nak tidur malam pun tak boleh, tapi aku masih degil tak mau jumpa doktor..
Makin hari, gigi aku yang berlubang tu makin pecah. . .
Sampailah awal Ramadhan tahun ni aku dah tak boleh nak tahan sangat, gigi aku terlampau lah sakitnya. . .
Sampai rasa nak menangis pun ada..huhu
Setahun lebih aku simpan, baru berani nak jumpa doktor. . 
Yela, dah sakit terdesak sangat baru lah ada keberanian !
Aku jumpa doktor kalau tak silap dua minggu sebelum nak raya.
Doktor check dan kata yang gigi aku ni dah rosak teruk dan perlu dibedah sebab gigi berlubang tu dah pecah dan dia tak dapat nak 'pegang' gigi tu. . 
Jadi dia kena buat satu 'longkang' untuk keluarkan gigi aku tu. . .
Jadi doktor bagi pilihan kat aku nak buat pembedahan tu bila, sebelum raya atau lepas raya dan aku pilih sebelum raya sebab aku memang tak boleh nak simpan lagi kesakitan tu. . huhu
Tapi, aku tak boleh berpuasa hari tu sebab aku kena makan sikit sebelum dibedah. . 
Aku kata, takpelah. . lagipun boleh ganti sebab aku memang tak boleh nak tahan dah. . .
Sakitnya teramatlah sakit. . .
Jadi hari Khamis aku jumpa doktor, dia bagi temujanji selasa minggu depan boleh datang bedah. . .
Memang agak cepat prosedurnya, Alhamdulillah. . .
Doktor ada bagi ubat tahan sakit, tapi tu tak membantu jugak. . .huhu
Nasib aku pilih sebelum raya, kalau lepas raya tak tau lah cane nak tahan..huu
Jadi pagi Selasa tu aku pergi klinik gigi tu, yang aku pergi ni klinik kesihatan kerajaan je..
Save budget kan nak bayar..
First aku datang, doktor bagi ubat bius, dua dos kalau tak silap..
Pedih jugak, tapi boleh tahan sebab antara sakit kena bius tu lagi sakit sakit gigi tu..
huhu..
Lepas tu, aku duk kejap bagi bius tu dah menyerap kan, doktor panggil aku untuk X-Ray gigi aku pulak..
sebab dia nak tengok teruk mana gigi aku tu kan..
Dan hasilnya, aku kena buat pembedahan kat gigi aku tu sebab dah teruk sangat. . .
Sebelum bermula pembedahan dia ada terangkan kat aku proses dia cane, dari A-Z. . .
Dan aku angguk2 paham..
Masa tu muka sebelah aku dah rasa cam bengkak kesan dari ubat bius. . .
Jadi bermulalah pembedahan gigi aku dalam keadaan sedar. . .
bunyi mesin sebelah telinga aku je, agak ngilu dengar. . .
Doktor tu tekan2, korek2 nak keluarkan serpihan2 gigi aku tu. . .
Sebelum pembedahan tu dia ada pesan, kalau ubat bius habis sebelum pembedahan habis dibuat, bagitahu dia..

Aku dah ngeri sangat dah masa tu, bayangkan ubat bius habis, tapi bedah belum habis, tak ke ngeri?
Dah la aku sedar masa tu..huhu
Alamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan aku tak rasa sakit sangat. . .
Ubat bius pun tak habis sebelum masanya. . .
Dan final touch doktor jahit gusi aku yang dah dibuat longkang tu. . .
aku pun ucap Thanks kat doktor tu, tapi yang aku terlupa sekali tengok gigi2 aku yang dah pecah tu..huhu
Entah cane, aku tak ingat langsung nak tengok. . .
Yang aku nampak, ada banyak darah je..
Bayaran dikenakan RM 52 kalau tak silap, Alhamdulillah takdelah mahal sangat. . .
Masih mampu dengan duit aku sendiri. . .
Dan seminggu lepas tu aku jumpa doktor untuk buka jahitan, dan dia pesan jaga kebersihan gigi..
Dia sarankan kumur dengan air garam suam, atau dengan produk untuk berkumur cam listerine tu. . .
Itulah antara pengalaman yang aku boleh kongsikan..
Dan 1 mindset yang aku dah ubah sekarang ialah. jumpa doktor gigi bukanlah benda yang menakutkan. . .
Dan, Thanks to Dr Baiduri yang bedah gigi aku dengan baik, lembut dan tidak menyakitkan... :)

Jadi kawan2 semua, jangan takut dengan doktor gigi ye :)

9 comments:

  1. Gigi geraham bongsu yg mna awk cabut? Satu gigi je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 batang gigi juga la..huhu
      dah belobang :)

      Delete
  2. murah nye kalau $52, saya tanya kat kliik satu gigi gerham cabut $400 kalau yang susah nak cabut $900

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebab klinik kerajaan.hehe
      tapi kena buat apoinment, dlm seminggu baru dibedah.
      kalo swasta bole buat asap kan.

      Delete
  3. hwa....sy opinment Rabu ni,tp gusi bengkak sgt n denyut2,bengkak xsurut nti diorg xnk cabut,cmner ni?sakit sgttt

    ReplyDelete
  4. hwa....sy opinment Rabu ni,tp gusi bengkak sgt n denyut2,bengkak xsurut nti diorg xnk cabut,cmner ni?sakit sgttt

    ReplyDelete