Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Sunday, December 9, 2012

RESEPI : JOM CUBA SARAPAN BERKHASIAT

Assalamualaikum. . .


Pagi ni tiba2 aku dapat idea pulak nak buat sarapan berkhasiat. . .



sebab aku tengok mak aku ada beli pisang dan dalam peti sejuk pulak ada cheese. . .



jadi, aku sempatlah reka satu sarapan yang ringkas, cepat, senang dan yang penting berkhasiat untuk disediakan. . .



ok, untuk bahan2. . .



3 biji pisang



2 keping roti gardenia Honey Wholemeal


2 keping Cheese Mothers Choice



itu je bahan2 yang di perlukan..



ringkas kan?



Cara membuat pulak,



3 biji pisang tu dihiris kasar2. . .



kemudian amik sekeping roti taburkan pisang tu kat atas roti tu. . .


 Lepas tu amik sekeping cheese dan letak atas pisang yang ditabur tadi. . .



Lepas tu amik pisang dan tabur lagi atas cheese tu. . .


 Lepas tu amik sekeping roti dan tutup. . .


Lepas tu potong segi tiga, kalau taknak potong pun takpe. . .



Sedia dihidang. . .



aku hidang dengan segelas White Coffee kegemaran aku. . .



Sebenarnya lagi elok minum dengan susu, hehe. . .



Barulah betul2 berkhasiat :)




Yang sekeping lagi cheese tu aku potong kepada 8 bahagian dan letak pisang atasnya untuk hiasan, hehe



ha, boleh la cuba..



kombinasi manis pisang dan sedikit masin cheese tu memang sedap..



sesuai untuk dihidang untuk kanak2 yang mana nakkan sedikit kelainan untuk sarapan pagi kan..



bukan kana2 je, semua lapisan umur pun sesuai..



jadi selamat mencuba :)))

Wednesday, December 5, 2012

SEKADAR BERKONGSI : PENGALAMAN TEMUDUGA JAWATAN SPA

Assalamualaikum . .
tengok tajuk, pengalaman temuduga???
Syukur Alhamdulillah, aku dapat panggilan untuk temuduga jawatan kat SPA. . .
aku tak meletak harapan yang tinggi pun untuk dapat jawatan tu, sebab aku pun jawab entah hape2 je tadi. . 
haha. . .
aku orang pertama yang kene temuduga tadi, dalam lebih kurang 20 minit ada aku berhadapan dengan 2 orang penemuduga lelaki. . .
cepat kena cepat habis lah kan?
tips yang aku boleh berkonsgi untuk temuduga ni, first silalah bawak kesemua dokumen yang diminta. . .
diulangi, KESEMUA DOKUMEN YANG DIMINTA. . .
eh, jangan terkejut ada yang datang tadi hilang sijil SPM nye. . .
aku pun tak tahulah, mana hilangnya. . .huu
kalau aku mungkin aku dah tak datang kot interview, huhu
kalau aku lah kan. . .
keduanya. sila buat salinan bedasarkan apa yang diminta. . .
untuk jawatan tadi, cuma sijil2 SPM, STPM, Sijil berhenti, Skrol dengan transkrip akademik je yang diminta. . .
ada jugak yang datang tadi tak buat persiapan langsung. . .
semua dokumen tak fotostat. . .
sampai kena tegur dengan pegawai yang check dokumen kita sebelum masuk tu, dia cakap ni lah pertama kali dia jumpa candidate yang tak bersedia macam ni. . .
so, make sure kesemuanya lengkap. . .
lain2 tips, cara susunan dokumen akan disemak oleh pegawai yang ada kat situ. . .
kalau aku tadi, atas sekali resume, dikuti dengan fotostat IC, surat beranak, SPM, sijil berhenti tingkatan 5, sijil STPM, sijil berhenti tingkatan 6, skroll degree dan last transkrip akademik. . .
untuk sijil asal, ikut cam salinan dan belakang diikuti dengan sijil2 kegiatan luar. . .
pakaian macam biasa, mesti kemas dan kasut bertutup. . .
kalau interview untuk jawatan pegawai, seelok2nya pakai kot or blazer baru nampak kemas dan menarik kan. ..
bukan apa, aku tengok ada jugak yang datang pakai sandal je tadi. . .
ok, sekarang tips masa sesi interview pulak..
bila nombor kita dipanggil, ketuk dan masuk . 
kemudian kita masuk, bagi salam atau ucap selamat pada penemuduga kita. . .
bagi kat dia dokumen2 kita, tunggu sampai dia cakap duduk barulah kita gi duduk. . .
untuk berhadapan dengan penemuduga, kita tengok jugak penemuduga kita tu camne. . .
Alhamdulillah, penemuduga yang aku dapat tu sangat2lah ok. . .
ada gurau2 jugak lah.  .agak menarik. . .
jadi kurang sikit rasa nervous kita. . .
yelah, dia pun tau kita ni nervous kan..huhu
soalan yang ditanya, based on jawatan kita dari agensi mana. . 
tadi ada 2 orang je penemuduga, seorang pengerusi, dan sorang lagi pegawai dari agensi berkenaan. . 
soalan yang korang kena study bagi aku, relate kan jawatan korang atau agensi dengan apa yang korang belajar. . .
untuk soalan ni, totally fail untuk aku, so takde harap disitu..huhu
kemudian, soalan penting lain ialah, kena tahu nama menteri. . .
kena study ok. . .
dan tadi untuk lima portfolio, 3 je aku boleh jawab..haha
dan korang kena tahu, agensi korang tu di bawah kementerian apa. . .
tu je yang penting bagi aku. . .
sebab tadi pun permulaan banyak tanya kerja aku sekarang ni. . .huhu
dan pembukaan conversation dalam english. . .
kemudian baru bahasa melayu..
aku rasa, ni je yang aku dapat kongsi untuk entri ni..
kepada semua yang dapat panggilan temuduga All the best dan semoga berjaya :)))

Saturday, December 1, 2012

PENGALAMAN GIGI DIBEDAH - KLINIK KERAJAAN


Assalamualaikum. . .
Tengok tajuk, ngeri tak?
Bagi yang pernah rasa membedah gigi, aku rasa jawapan diorang mesti adalah lebih baik bedah dari tahan sakit ! huhu
Kalau jawapan aku macam tulah.
Sebenarnya gigi aku ni dah mula sakit dan mula pecah sejak tahun lepas lagi.
Kalau tak silap, sejak dari awal tahun lepas.
Masa tu aku rasa gigi aku sakit sebab gigi geraham bongsu aku nak tumbuh, so aku biarkan je.
Aku makan je ubat tahan sakit, lepas makan ubat sakit tu kurang dan aku pun tak kisah sangat masa tu.
Lama-lama tu sakit tu hilang dan aku rasa legalah.
Aku memang taknak jumpa doktor sebab aku takut sangat.
Sebabnya selalu aku dengar orang cakap kalau gigi kena cabut atau kena tampal gigi sakit sangat!
So, oleh sebab tu aku lebih rela makan ubat dari jumpa dengan doktor.
Lama-lama tu, kalau tak silap masa bulan Ramadhan tahun lepas gigi aku mula sakit balik.huhu
Memang sakit dan aku pun amik la ubat, tau2 masa tu aku sedar yang gigi geraham aku ni mula pecah.
Bila pecah, gigi dah tak rasa sakit sangat.Aku pun mula lega balik.
Syawal tu aku bergembiralah menikmati makanan sebab gigi tak sakitkan.
Lepas tu Aidiladha pun menjelma.
Pagi raya tu ok, aku dan family pulang ke kampung.
Tapi petang tu, pehh gigi aku ni dah mula buat hal balik dah..
Memang sakit sangat!
Nak makan pun sakit, tapi aku gigih nak makan jugak.
Yela, lapar. . .
Apa yang aku boleh bayangkan kesakitan gigi tu, bila aku kunyah aku rasa macam gigi aku ni tak rata.
Jadi bila aku tekan, gusi aku terasa teramatlah sakit.
Nak tidur malam pun tak boleh, tapi aku masih degil tak mau jumpa doktor..
Makin hari, gigi aku yang berlubang tu makin pecah. . .
Sampailah awal Ramadhan tahun ni aku dah tak boleh nak tahan sangat, gigi aku terlampau lah sakitnya. . .
Sampai rasa nak menangis pun ada..huhu
Setahun lebih aku simpan, baru berani nak jumpa doktor. . 
Yela, dah sakit terdesak sangat baru lah ada keberanian !
Aku jumpa doktor kalau tak silap dua minggu sebelum nak raya.
Doktor check dan kata yang gigi aku ni dah rosak teruk dan perlu dibedah sebab gigi berlubang tu dah pecah dan dia tak dapat nak 'pegang' gigi tu. . 
Jadi dia kena buat satu 'longkang' untuk keluarkan gigi aku tu. . .
Jadi doktor bagi pilihan kat aku nak buat pembedahan tu bila, sebelum raya atau lepas raya dan aku pilih sebelum raya sebab aku memang tak boleh nak simpan lagi kesakitan tu. . huhu
Tapi, aku tak boleh berpuasa hari tu sebab aku kena makan sikit sebelum dibedah. . 
Aku kata, takpelah. . lagipun boleh ganti sebab aku memang tak boleh nak tahan dah. . .
Sakitnya teramatlah sakit. . .
Jadi hari Khamis aku jumpa doktor, dia bagi temujanji selasa minggu depan boleh datang bedah. . .
Memang agak cepat prosedurnya, Alhamdulillah. . .
Doktor ada bagi ubat tahan sakit, tapi tu tak membantu jugak. . .huhu
Nasib aku pilih sebelum raya, kalau lepas raya tak tau lah cane nak tahan..huu
Jadi pagi Selasa tu aku pergi klinik gigi tu, yang aku pergi ni klinik kesihatan kerajaan je..
Save budget kan nak bayar..
First aku datang, doktor bagi ubat bius, dua dos kalau tak silap..
Pedih jugak, tapi boleh tahan sebab antara sakit kena bius tu lagi sakit sakit gigi tu..
huhu..
Lepas tu, aku duk kejap bagi bius tu dah menyerap kan, doktor panggil aku untuk X-Ray gigi aku pulak..
sebab dia nak tengok teruk mana gigi aku tu kan..
Dan hasilnya, aku kena buat pembedahan kat gigi aku tu sebab dah teruk sangat. . .
Sebelum bermula pembedahan dia ada terangkan kat aku proses dia cane, dari A-Z. . .
Dan aku angguk2 paham..
Masa tu muka sebelah aku dah rasa cam bengkak kesan dari ubat bius. . .
Jadi bermulalah pembedahan gigi aku dalam keadaan sedar. . .
bunyi mesin sebelah telinga aku je, agak ngilu dengar. . .
Doktor tu tekan2, korek2 nak keluarkan serpihan2 gigi aku tu. . .
Sebelum pembedahan tu dia ada pesan, kalau ubat bius habis sebelum pembedahan habis dibuat, bagitahu dia..

Aku dah ngeri sangat dah masa tu, bayangkan ubat bius habis, tapi bedah belum habis, tak ke ngeri?
Dah la aku sedar masa tu..huhu
Alamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan aku tak rasa sakit sangat. . .
Ubat bius pun tak habis sebelum masanya. . .
Dan final touch doktor jahit gusi aku yang dah dibuat longkang tu. . .
aku pun ucap Thanks kat doktor tu, tapi yang aku terlupa sekali tengok gigi2 aku yang dah pecah tu..huhu
Entah cane, aku tak ingat langsung nak tengok. . .
Yang aku nampak, ada banyak darah je..
Bayaran dikenakan RM 52 kalau tak silap, Alhamdulillah takdelah mahal sangat. . .
Masih mampu dengan duit aku sendiri. . .
Dan seminggu lepas tu aku jumpa doktor untuk buka jahitan, dan dia pesan jaga kebersihan gigi..
Dia sarankan kumur dengan air garam suam, atau dengan produk untuk berkumur cam listerine tu. . .
Itulah antara pengalaman yang aku boleh kongsikan..
Dan 1 mindset yang aku dah ubah sekarang ialah. jumpa doktor gigi bukanlah benda yang menakutkan. . .
Dan, Thanks to Dr Baiduri yang bedah gigi aku dengan baik, lembut dan tidak menyakitkan... :)

Jadi kawan2 semua, jangan takut dengan doktor gigi ye :)

FULL RESULTS FOR MAMA 2012 - KEPUTUSAN PENUH MAMA 2012

Assalamualaikum..


disebabkan aku penggemar k-pop, jadi entri kali ini ada unsur k-pop ok..hohoho..



MAMA is stand for M-Net Asian Music Awards



kali ni acara berlangsung kat Hong Kong, tahun lepas buat kat Singapura..



tahun depan tak tau lah, tu kena tunggu..



aku ada tengok kat tv, memang aku nak tengok sangat dan kebetulan 8TV ada siarkan, walaupun delay punya tapi puas hati lah..hehe



Al-Maklumlah, nak tengok live streaming internet semput, biasa lah yang pakej paling murah punya..haha



ok, sebelum melalut panjang baik aku kembali ke tujuan asal entri ini ditulis, iaitu nak bagi keputusan penuh MAMA 2012..



walaupun agak terlambat, sekurang2nya ada lah nak berkongsi..haha


BEST NEW FEMALE ARTIST
ARTIS BARU WANITA TERBAIK

AILEE

BEST NEW MALE ARTIST
ARTIS BARU LELAKI TERBAIK

BUSKER BUSKER

BEST FEMALE ARTIST
ARTIS PEREMPUAN TERBAIK

IU

BEST MALE ARTIST
ARTIS LELAKI TERBAIK

G-DRAGON

BEST FEMALE GROUP
ARTIS BERKUMPULAN WANITA TERBAIK

SISTAR

BEST MALE GROUP
ARTIS BERKUMPULAN LELAKI TERBAIK

BIG BANG

BEST COLLABORATION PERFORMANCE
PERSEMBAHAN KOLOBERASI TERBAIK

HYUNA AND HYUNSEUNG – TROUBLE MAKER

BEST OST
OST TERBAIK

SEO IN GUK & JUNG EUN JI – ALL FOR YOU (REPLY 1997)

BEST MUSIC VIDEO
MUZIK VIDEO TERBAIK

PSY - GANGNAM STYLE

BEST RAP PERFORMANCE
PERSEMBAHAN RAP TERBAIK

EPIK HIGH - UP

BEST BAND PERFORMANCE
PERSEMBAHAN KUMPULAN BAND TERBAIK

BUSKER BUSKER - CHERRY BLOSSOM ENDING

BEST DANCE PERFORMANCE – SOLO
PERSEMBAHAN TARIAN TERBAIK - SOLO

PSY - GANGNAM STYLE

BEST DANCE PERFORMANCE – MALE GROUP
PERSEMBAHAN TARIAN LELAKI BERKUMPULAN TERBAIK

SHINEE – SHERLOCK 

BEST DANCE PERFORMANCE  – FEMALE GROUP
PERSEMBAHAN TARIAN WANITA TERBAIK

F(X) – ELECTRIC SHOCK

BEST VOCAL PERFORMANCE – SOLO
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK – SOLO

K.WILL – I NEED YOU

BEST VOCAL PERFORMANCE – GROUP
PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK

DAVICHI – WILL THINK OF YOU

BEST GLOBAL GROUP – FEMALE
KUMPULAN ANTARABANGSA TERBAIK - WANITA

KARA

BEST GLOBAL GROUP – MALE
KUMPULAN ANTARABANGSA TERBAIK - LELAKI

SUPER JUNIOR

SONG OF THE YEAR
LAGU TAHUNAN TERBAIK

PSY - GANGNAM STYLE

ARTIST OF THE YEAR
ARTIS TAHUNAN TERBAIK

BIG BANG

BEST ASIAN ARTIST
ARTIS ASIA TERBAIK

WANG LEEHOM
PHILIPPINES: SARAH GERONIMO
JAPAN: AKB48
VIETNAM: MY TAM
INDONESIA: AGNES MONICA
SINGAPORE: TAUFIK BATISAH
CHINA: LI YUCHUN

ALBUM OF THE YEAR
ALBUM TAHUNAN TERBAIK

SEXY FREE & SINGLE – SUPER JUNIOR

BEST NEW ASIAN ARTIST
ARTIS ASIA BARU TERBAIK

EXO
CHINA: TIMEZ
THAILAND: NATTHEW

MNET PD’S CHOICE AWARD

B.A.P.

ROOKIE OF THE YEAR

EXO

INTERNATIONAL/GLOBAL FAVORITE ARTIST

PSY

STYLE IN MUSIC

GA IN OF BROWN EYED GIRLS

GUARDIAN ANGEL WORLDWIDE PERFORMER AWARD

BIG BANG 

BEST LINE AWARD

SUPER JUNIOR




SUMBER : Blog Fyna

Ada yang aku dah translete, ada yang tak..

sorry, huhu.. kalau ada yang tersalah translete pun sorry jugak..





tahniah kepada SHINee, group yang paling aku minat sekali sebab menang best dance performance..hehe


choreography untuk lagu SHERLOCK memang terbaik..hehe



tak sia2 aku vote hari2 kat M-Net tu, dapat lah membantu sikit2 walaupun tak banyak..hehe



happy !