Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Thursday, April 17, 2014

RESEPI : TELUR DADAR OAT (BAGI YANG TAK BOLEH MAKAN OAT MACAM TU JE!)

Assalamualaikum..
Tajuk entri, kemaihhh habeh!
Haha!
Sebenarnya resepi yang mudah je pun..
Tersangatlah mudah dan berkhasiat, InShaAllah..
Aku rasa, mesti ramai antara korang2 yang tak suka makan oat kan?
Mesti anti gilerss dengan oat.
Ya, aku pun sama.
Memang aku anti oat sebelum ni.
Sebab aku tak suka makan oat yang bancuh dengan air panas atau susu panas ke..
Memang aku takkan makan.
Tapi disebabkan aku nak cuba makan benda yang berkhasiat skettt aku belilah sebalang besaq oat kot.
Maklumlah tengah offer masa tu, so pulon laa.
Jadi,bila dah membeli kenalah makan kan.
Aku pernah bancuh oat tu dengan air panas, dan kemudian makan dengan lauk yang aku beli.
Contoh macam ayam masak merah ker kan.
Gantikan oat tu macam nasi tu.
Oklah rasa dia, boleh masuk.
Tapi mesti kena ada lauk yang berkuah.
Kalau tak, memang tak boleh nak telan haihzz~
Jadi lepas tu aku pelbagaikan sikit masakan menggunakan oat.



BAHAN-BAHAN~

1) 4 biji telur saiz C
2) 4 sudu besaq oat
3) 1/2 labu bawang besaq yang dipotong haluih gitu
4) 1/2 batang cili hidup (ini opsyen)
5) Marjerin
6) Gula (sikittt jer tau)

CARA-CARA MEMASAK~

1) Campurkan kesemua bahan2 diatas. Ha, mudah je tu.
2) Pukul sampai sebati.
3) Lepas tu panaskan non-stick pan. Masukkan minyak zaitun sikit.
4) Dah panas tu, masukkan bahan tadi, dan leper2kan macam kita buat telur dadar tu kan.
5) Terbalikkan telur tu.
6) Biarkan masak, dan gulung. (Ini opsyen. Kalau rasa nak gulung boleh taknak pun boleh)
7) Sedia dihidang.
8) Ha, boleh dah makan. Makan camtu je dah ok dah. Memang kenyang, Alhamdulillah..

Mudah kan?
Haa, memang pun memang mudah sangat.
Cepat pulak, menjimatkan masa, dapur pun tak selerak dan yang penting SEDAP.
Jadi jomlah cuba.
Hehe..
Selamat mencuba kawan2~

Wednesday, April 16, 2014

MENCAROT

Assalamualaikum..

"Taik lah hang ni!"

Pernah tak keluar ayat macam ni dari mulut korang?
Mesti pernah kan?
Hihi
Kenapa ye bila kita bergurau ke, atau nak marah ke mesti ayat2 kotoqqq jugak yang keluar?
Pernah tak korang terfikir kenapa?
Kenapa korang tak boleh nak marah je?
Kenapa nak kena keluar jugak pekataan tu?
Adakah sebab kita dah terbiasa bercakap camtu sampaikan benda2 macam ni susah nak tinggal?
Macam aku juga, tak dinafikan yang mulut aku ni bukanlahh suci sangat.
Terkadang terkeluar jugak perkataan kotoq camtu.
Tapi lepas dah memarah tu istighfar balik laa kan.
Haha!
Lagi satu kalau melatah, adoi la memang buruk betullah kalau terkeluar ayat2 kotoq, perkataan kotoq dari mulut tu kan?
Cabai kang nak?
Cuba tukar, sebut yang elok2 sikit.
Allahuakbar ke..
YaAllah ke..
Kan ke lebih manis didengar.
Aku kalau bab melatah ni memang jarang la..
Paling2 pun OMAKAU!
Haha..
Aku pun pelik acane lah boleh keluar perkataan tu..
Korang macam mana?
Pernah melatah keluar ayat2 kotoq tak??

Tuesday, April 8, 2014

EHH, BLOG SAYA ADA RANKING RUPANYA!

Assalamualaikum...

So, nak dijadikan cerita, hari ini baru teringat kat blog.

Dah lama tak buka, dah bersawang pun blog ni.

Jadi, try la google terus blog ni, tetiba nampak something..




Ehh, ni blog aku ni...

Jadi, tangan gatal, terus buka link tu.

Ahhaa!!

Betullah ni blog aku ni.

Haha..

Menarik betul..

Rank dunia kot dia bagi terus..

#20,415,483

Banyak tangga tu..

Cuba korang try tengok pulak ranking blog korang.

Hehe..