Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Monday, March 7, 2016

RESEPI BROWNIES KEDUT MUDAH SANGAT

Assalamualaikum..

Semalam hakak terlebih rajin. Oh rajinnya bakal bini orang ni kan. Haha. Takpa, takdak calon pun takpa, kata-kata tu kan satu doa? Bila dah hari-hari cakap jadi bini orang, nanti InshaAllah sampai la jodoh tuu kann. Melalut bagi la kat dia. Haha.

Jadi nak dijadikan cerita, adik la yang nak makan sangat brownies. Dia minta kakak dia ni tolong buatkan kat dia. Hakak dia ni pun gigih lah cari resepi buat brownies yang mudah. Nak yang mudah je, janji jadi dan boleh dimakan. Hehe. Kami janji nak buat sama-sama, last-last dia tidur hakak dia sorang je yang buat. Hampeh..

Gigih-gigih google cari resepi, dalam 2 minggu juga lah baru dapat buat brownies ni. Setelah beberapa hujung minggu yang agak busy. Hakak amik resepi dari sini ==> enyabdullah.com . Mudah , senang difaham dan diikuti. Hasil dia? Boleh la dimakan, tak cukup kedut lagi hakak rasa..

BAHAN-BAHAN
400gm Dark Chocolate (guna jenama Beryl's, beli di kedai yang jual barang-barang jual kek, cari kat pasaraya susahhh sangat nak jumpa)

100gm Tepung naik sendiri (Guna blue-key self-rising flour)

30gm serbuk koko (guna van-houten)

120gm Gula perang (boleh guna gula castor, ikut resepi asal 150gm, tapi boleh dikurangkan sampai 100gm sebab gula perang tu pun akak kurangkan dari 170 jadi 120gm)

150gm Butter (guna butter jenama anchor atau president brand president ni lebih mahal tapi akak suka bau dia)

4 biji telur

1 sudu kecil vanilla esen (guna star brand 1penutup = 1 sudu kecil)

Secubit garam kasar

CARA-CARA
1. Satukan tepung dan serbuk koko, kemudian diayak

2. Cairkan dark chocolate dan garam kasar menggunakan kaedah double boiler.

3. Kemudian cairkan butter.

4. Satukan butter yang telah dicairkan, 4 biji telur, gula perang, dan esen vanilla.

5. Kacau keempat-empat bahan tersebut sampai rata semuanya.

6. Kemudian, masukkan tepung+serbuk koko yang telah diayak dan diselang selikan dengan coklat. Simpan coklat untuk di campur akhir sekali. Gaul adunan sampai sebati.

7. Apabila semua sebati, masukkan baki coklat dan kaupkan 2,3 kali

8. Masukkan dalam loyang petak bersaiz 10x10 inci. Gris loyang dengan butter atau guna baking paper, supaya mudah kita nak keluarkan nanti.

9. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 160 darjah celcius. (Panaskan ketuhar dalam 15 minit)

10. Bakar lebih kurang 30-40 minit bergantung pada jenama ketuhar. Hakak bakar dalam 40minit. Cara nak tau brownies kita ni dah masak ke tak adalah dengan guna lidi atau pisau jam, cucuk tengah-tengah brownies, kalau banyak adunan yang melekat, brownies belum masak, bakar beberapa minit lagi, kemudian test lagi kalau sikit adunan yang melekat, dah boleh tutup suis.

11. Bila dah masak, jangan keluarkan dulu, biarkan brownies kita dalam ketuhar selama 15 minit dengan pintu ketuhar direnggangkan sedikit.

12. Kemudian boleh dikeluarkan dan biar sejuk di suhu bilik sebelum boleh dipotong.

13. Sedia dihidang

HASIL DIAA NIII


Sebelum di bakar dalam oven. Adunan dia.


Dah siap, yay!! Kurang sikit kedutnya, tapi memang ada lapisan. Well done Nurul. Hehe


Dah potong kekecik, sedapp.

TIPSSSS
Ini tips yang akak dapat melalui blog Eny Abdullah..

1. Guna coklat masakan yang ada jenama. (contoh Hershey's, Beryl's). Coklat compound jenama ni mudah didapati di kedai yang jual baha-bahan buat cake dan biskut. Ya, akak pun cari kat sana. Rasionalnya guna coklat berjenama ni, bila kita bakar brownies kita akan terbentuk satu lapisan yang shining dan berkedut. Kalau guna coklat jenama biasa, kandungan peratusan koko rendah, yang banyak gula, pewarna, gula aje, jadi brownies kita akan kurang rasa coklat dan takde lapisan kedut yang terbentuk diatasnya. gitulahh, argument dia. hehe

2. Jangan sesekali simpan brownies dalam peti sejuk, ini akan sebabkan brownies kita jadi keras. Simpan di luar, tahan 4 hari. Tapi kalau nak masukkan juga, panaskan brownies dalam microwave sebelum dihidang.

3. Guna butter yang berkualiti. No buttercuppp pleasee, sebab buttercup bukan sejenis butter.. Aku teripu lamaa dah ropenye..

4. Pastikan adunan jangan diadun guna mixer. Guna senduk kayu aje. Brownies ni memang mudah, tak perlu mix lama dan guna mixer bagai. Guna senduk kayu aje. Dah jadi. Adunan tak boleh di mix terlalu lama tau. Janji adunan sebati je dah.

5. Jangan lupa masukkan coklat lastt sekali tau. Lepas semua bahan sebati. Lepas tu kaup sikit2 aje.

6. Resepi brownies yang bagus adalah dengan menggunakan coklat lebih banyak dari tepung. Jadi kita akan dapat hasil brownies yang mampat dan kaya rasa coklat Pehhh sedap. Untuk penggemar coklat boleh la try..berbaloi-baloii.

7. Jangan overbaked brownies. Brownies yang sedap akan rasa moist didalam. Kalau overbaked, brownies kita akan jadi keras dan kering. Jadi masa kita bakar, kena hati-hati tau.

8. bakar guna api atas dan bawah.

KOS PEMBUATAN
Secara keseluruhan, kos pembuatan untuk bahan-bahan dia untuk Mac 2016 ni kan, jom kira.

400gm Coklat compund Beryl's RM7.50 (akak beli 240gm=RM4.50)
30gm serbuk koko van houten RM2.80 (akak beli 70gm RM6.49 kebetulan offer kat aeon masa tuu..dapatla murah, kalau tak harga asal dia RM8)
100gm self rising flour RM0.40 (akak beli 1kg RM4)
150 butter RM5.33 (akak beli anchor 225gm RM8)
4 biji telur RM1.60
120gm gula perang RM0.50 (akak beli 500gm RM1.99)

Ini hanyalah roughly pengiraan aje, okay lah harga dia nak dapatkan seloyang brownies ni.. Boleh la cuba pulak lepas ni kan?hihi


Saturday, February 27, 2016

MEE UDANG SEDAP DAN SENANG

Assaalamualaikum..

Okayy, memandangkan minggu ni adalah minggu rajin hakak memasak, jadi hakak akan share resepi je untuk hadik2 hakak di luar sana.
Kemahen kan, macam ramai sangat je dia punya peminat.haha

Nak dijadikan cerita, haritu ke pasar malam, beli udang sederhana besar camtu la. Udang laut pulak tu kan, jadi teringin pulak nak cuba baut mee udang. Sebabnya, Ahad lepas berjalan dengan kengkawan sampai ke Telok Senangin di Segari nun, teringin nak makan mee udang sekali kedai tutupppp..Menangeh ler dah dari jauh bila sapai2 je kedai tutup.

Jadi, demi nak mengubati hati lara ni, hakak pun gugel je laa resepi mee udang yang ringkas ni. Memang ringkas. Hakak suka, ye la dah dasar pemalas ni kan, nak cepat aje. Kalau boleh nak beli instant paste terus. Bertuah sungguh sesiapa yang memperisterikan hakak ni.

Dah gugel2, terjumpa laa resepi ni. Boleh ke link ni ya mrscancer , blogger ni pun ambil resepi dari Azie Kitchen , so jom cobaa..

Bahan-bahan
Bawang putih + bawang merah (ditumbuk bersama / dikisar kasar)
3 sudu besar cili kisar
10-15 ekor udang kecil
2 sudu besar udang kering
1 biji ubi kentang
1 biji tomato
2 sudu besar sos cili
6 ekor udang besar (kuantiti terpulang)
2 ekor sotong besar (kuantiti terpulang)
Stok udang (rebus kepala dan kulit udang dengan air)
Serbuk perasa (garam, gula, lada sulah)

Hiasan (Ikut selera masing2)
Telur rebus
Fishcake
Tauge
Sawi
Bawang goreng

Cara memasak
1. Rebus ubi kentang sebentar dan kemudian kisar bersama udang kecil, udang kering, tomato
2. Tumis bawang putih + bawang merah
3. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak
4. Selepas itu masukkan bahan2 yang dikisar tadi, dan masukkan stok udang biarkan mendidih
5. Masukkan sos cili kacau kacau dan masukkan udang + sotong
6. Biarkan udang + sotong masak dan masukkan serbuk perasa dan biar sampai mendidih.
7. Sedia dihidang bersama mee yang sudah dicelur dan hiasan ikut selera masing2

Nota kaki :
1. Ikut resepi asal, tomato guna 2 biji, 2 sudu sos tomato, 1 sudu sos cili. Tapi saya takut masam, tak suka masam jadi saya guna 1 biji tomato dan 2 sudu sos cili tak guna sos tomato
2. Sotong option, boleh masukkan atau tak
3. Ubi kentang tu tujuan dia untuk pekatkan kuah, kalau letak sebiji memang pekat sangat kuah jadi macam kuah mee rebus jadi kalau taknak pekatkan kuah boleh kurangkan ubi kentang kalau taknak letak pun takpa kuah jadi cair sikit.
4. Sukatan ni kuah untuk resepi ni boleh dimakan bersamaan dengan 1 bungkus mee kuning 500gm



Hasil diaaaa, sedapp..Okay, memuaskan anak tekak dan perut. Makan semangkuk pun dah konyang. Cuba lah, senang ajerr.

Boleh share :)

Friday, February 26, 2016

KEROPOK LEKOR HOMEMADE MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum..Dah lamaa tak hapdet blog ni.Blog ni punn dah makin tak berseri. Macam tuan dia juga. Eh, eh?Huhaiiii.

Okay2, taknak lengahkan masaa. Post hari ni nak share keropok lekor homemade.
Saya memang penggemar keropok lekor ni, selalu makan masa duduk kat terengganu dulu, bila dah balik duduk sini dah memang jaranggg sangat jumpa keropok sedap. Selalu saya beli di area sini, banyak jumpa keropok yang banyak angin, liat, kurang rasa ikan, masin.. Jadi kecewaaa gilerr je rasa. Dah la kita ni memang suka sangat dengan keropok lekor ni.

So, buat sendiri je senang. Memang memerlukan kesabaran juga lah buat keropok lekor ni. Nampak mudah, tapi tak semudah yang disangka juga. yang tak sabar tu bila kena siang ikan banyak2 dan ambik isi dia tu. Kalau tak sabar memang tinggal dah.hehe. tu baru try 10 ekor, kalau banyak2 tu tak tahu lah..huhuhu

BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan sardin / curut aka selayang
Tepung ubi kayu / tepung sagu
Garam + gula

CARA-CARA:
1. Siang ikan dan ambil isinya sahaja
2. Isi dikisar separa halus
3. Tambah tepung + garam + gula dan gaulkan sampai boleh dibuat bulat (tak melekat di tangan)
4. Gentel panjang2
5. Rebus sampai keropok lekor tu timbul
6. Kemudian boleh disimpan dalam peti atau digoreng

NOTA KAKI:
1. 10 ekor ikan boleh dapat dalam 8-10 batang keropok lekor yang pendek2
2. Tepung boleh anggar sama banyak dengan isi ikan
3. Garam dan gula secukup rasa
4. Makan dengan sos cap arnab sedappp





Hasil dia? Memang memusakan hatiii. Lembut, terasa ikannya, rasa tak puas makan. Dah cuba ni, boleh la terus mencuba lagi. Korang pun cuba la. Dijamin puas hati hasil dia. All the best kengkawan !