Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Monday, March 7, 2016

RESEPI BROWNIES KEDUT MUDAH SANGAT

Assalamualaikum..

Semalam hakak terlebih rajin. Oh rajinnya bakal bini orang ni kan. Haha. Takpa, takdak calon pun takpa, kata-kata tu kan satu doa? Bila dah hari-hari cakap jadi bini orang, nanti InshaAllah sampai la jodoh tuu kann. Melalut bagi la kat dia. Haha.

Jadi nak dijadikan cerita, adik la yang nak makan sangat brownies. Dia minta kakak dia ni tolong buatkan kat dia. Hakak dia ni pun gigih lah cari resepi buat brownies yang mudah. Nak yang mudah je, janji jadi dan boleh dimakan. Hehe. Kami janji nak buat sama-sama, last-last dia tidur hakak dia sorang je yang buat. Hampeh..

Gigih-gigih google cari resepi, dalam 2 minggu juga lah baru dapat buat brownies ni. Setelah beberapa hujung minggu yang agak busy. Hakak amik resepi dari sini ==> enyabdullah.com . Mudah , senang difaham dan diikuti. Hasil dia? Boleh la dimakan, tak cukup kedut lagi hakak rasa..

BAHAN-BAHAN
400gm Dark Chocolate (guna jenama Beryl's, beli di kedai yang jual barang-barang jual kek, cari kat pasaraya susahhh sangat nak jumpa)

100gm Tepung naik sendiri (Guna blue-key self-rising flour)

30gm serbuk koko (guna van-houten)

120gm Gula perang (boleh guna gula castor, ikut resepi asal 150gm, tapi boleh dikurangkan sampai 100gm sebab gula perang tu pun akak kurangkan dari 170 jadi 120gm)

150gm Butter (guna butter jenama anchor atau president brand president ni lebih mahal tapi akak suka bau dia)

4 biji telur

1 sudu kecil vanilla esen (guna star brand 1penutup = 1 sudu kecil)

Secubit garam kasar

CARA-CARA
1. Satukan tepung dan serbuk koko, kemudian diayak

2. Cairkan dark chocolate dan garam kasar menggunakan kaedah double boiler.

3. Kemudian cairkan butter.

4. Satukan butter yang telah dicairkan, 4 biji telur, gula perang, dan esen vanilla.

5. Kacau keempat-empat bahan tersebut sampai rata semuanya.

6. Kemudian, masukkan tepung+serbuk koko yang telah diayak dan diselang selikan dengan coklat. Simpan coklat untuk di campur akhir sekali. Gaul adunan sampai sebati.

7. Apabila semua sebati, masukkan baki coklat dan kaupkan 2,3 kali

8. Masukkan dalam loyang petak bersaiz 10x10 inci. Gris loyang dengan butter atau guna baking paper, supaya mudah kita nak keluarkan nanti.

9. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 160 darjah celcius. (Panaskan ketuhar dalam 15 minit)

10. Bakar lebih kurang 30-40 minit bergantung pada jenama ketuhar. Hakak bakar dalam 40minit. Cara nak tau brownies kita ni dah masak ke tak adalah dengan guna lidi atau pisau jam, cucuk tengah-tengah brownies, kalau banyak adunan yang melekat, brownies belum masak, bakar beberapa minit lagi, kemudian test lagi kalau sikit adunan yang melekat, dah boleh tutup suis.

11. Bila dah masak, jangan keluarkan dulu, biarkan brownies kita dalam ketuhar selama 15 minit dengan pintu ketuhar direnggangkan sedikit.

12. Kemudian boleh dikeluarkan dan biar sejuk di suhu bilik sebelum boleh dipotong.

13. Sedia dihidang

HASIL DIAA NIII


Sebelum di bakar dalam oven. Adunan dia.


Dah siap, yay!! Kurang sikit kedutnya, tapi memang ada lapisan. Well done Nurul. Hehe


Dah potong kekecik, sedapp.

TIPSSSS
Ini tips yang akak dapat melalui blog Eny Abdullah..

1. Guna coklat masakan yang ada jenama. (contoh Hershey's, Beryl's). Coklat compound jenama ni mudah didapati di kedai yang jual baha-bahan buat cake dan biskut. Ya, akak pun cari kat sana. Rasionalnya guna coklat berjenama ni, bila kita bakar brownies kita akan terbentuk satu lapisan yang shining dan berkedut. Kalau guna coklat jenama biasa, kandungan peratusan koko rendah, yang banyak gula, pewarna, gula aje, jadi brownies kita akan kurang rasa coklat dan takde lapisan kedut yang terbentuk diatasnya. gitulahh, argument dia. hehe

2. Jangan sesekali simpan brownies dalam peti sejuk, ini akan sebabkan brownies kita jadi keras. Simpan di luar, tahan 4 hari. Tapi kalau nak masukkan juga, panaskan brownies dalam microwave sebelum dihidang.

3. Guna butter yang berkualiti. No buttercuppp pleasee, sebab buttercup bukan sejenis butter.. Aku teripu lamaa dah ropenye..

4. Pastikan adunan jangan diadun guna mixer. Guna senduk kayu aje. Brownies ni memang mudah, tak perlu mix lama dan guna mixer bagai. Guna senduk kayu aje. Dah jadi. Adunan tak boleh di mix terlalu lama tau. Janji adunan sebati je dah.

5. Jangan lupa masukkan coklat lastt sekali tau. Lepas semua bahan sebati. Lepas tu kaup sikit2 aje.

6. Resepi brownies yang bagus adalah dengan menggunakan coklat lebih banyak dari tepung. Jadi kita akan dapat hasil brownies yang mampat dan kaya rasa coklat Pehhh sedap. Untuk penggemar coklat boleh la try..berbaloi-baloii.

7. Jangan overbaked brownies. Brownies yang sedap akan rasa moist didalam. Kalau overbaked, brownies kita akan jadi keras dan kering. Jadi masa kita bakar, kena hati-hati tau.

8. bakar guna api atas dan bawah.

KOS PEMBUATAN
Secara keseluruhan, kos pembuatan untuk bahan-bahan dia untuk Mac 2016 ni kan, jom kira.

400gm Coklat compund Beryl's RM7.50 (akak beli 240gm=RM4.50)
30gm serbuk koko van houten RM2.80 (akak beli 70gm RM6.49 kebetulan offer kat aeon masa tuu..dapatla murah, kalau tak harga asal dia RM8)
100gm self rising flour RM0.40 (akak beli 1kg RM4)
150 butter RM5.33 (akak beli anchor 225gm RM8)
4 biji telur RM1.60
120gm gula perang RM0.50 (akak beli 500gm RM1.99)

Ini hanyalah roughly pengiraan aje, okay lah harga dia nak dapatkan seloyang brownies ni.. Boleh la cuba pulak lepas ni kan?hihi


No comments:

Post a Comment