Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Wednesday, May 21, 2014

PERLA COFFEE

Assalamualaikum..

Maaf all, buat masa ni Perla Coffee masih out of stock..

Thursday, April 17, 2014

RESEPI : TELUR DADAR OAT (BAGI YANG TAK BOLEH MAKAN OAT MACAM TU JE!)

Assalamualaikum..
Tajuk entri, kemaihhh habeh!
Haha!
Sebenarnya resepi yang mudah je pun..
Tersangatlah mudah dan berkhasiat, InShaAllah..
Aku rasa, mesti ramai antara korang2 yang tak suka makan oat kan?
Mesti anti gilerss dengan oat.
Ya, aku pun sama.
Memang aku anti oat sebelum ni.
Sebab aku tak suka makan oat yang bancuh dengan air panas atau susu panas ke..
Memang aku takkan makan.
Tapi disebabkan aku nak cuba makan benda yang berkhasiat skettt aku belilah sebalang besaq oat kot.
Maklumlah tengah offer masa tu, so pulon laa.
Jadi,bila dah membeli kenalah makan kan.
Aku pernah bancuh oat tu dengan air panas, dan kemudian makan dengan lauk yang aku beli.
Contoh macam ayam masak merah ker kan.
Gantikan oat tu macam nasi tu.
Oklah rasa dia, boleh masuk.
Tapi mesti kena ada lauk yang berkuah.
Kalau tak, memang tak boleh nak telan haihzz~
Jadi lepas tu aku pelbagaikan sikit masakan menggunakan oat.



BAHAN-BAHAN~

1) 4 biji telur saiz C
2) 4 sudu besaq oat
3) 1/2 labu bawang besaq yang dipotong haluih gitu
4) 1/2 batang cili hidup (ini opsyen)
5) Marjerin
6) Gula (sikittt jer tau)

CARA-CARA MEMASAK~

1) Campurkan kesemua bahan2 diatas. Ha, mudah je tu.
2) Pukul sampai sebati.
3) Lepas tu panaskan non-stick pan. Masukkan minyak zaitun sikit.
4) Dah panas tu, masukkan bahan tadi, dan leper2kan macam kita buat telur dadar tu kan.
5) Terbalikkan telur tu.
6) Biarkan masak, dan gulung. (Ini opsyen. Kalau rasa nak gulung boleh taknak pun boleh)
7) Sedia dihidang.
8) Ha, boleh dah makan. Makan camtu je dah ok dah. Memang kenyang, Alhamdulillah..

Mudah kan?
Haa, memang pun memang mudah sangat.
Cepat pulak, menjimatkan masa, dapur pun tak selerak dan yang penting SEDAP.
Jadi jomlah cuba.
Hehe..
Selamat mencuba kawan2~

Tuesday, April 8, 2014

EHH, BLOG SAYA ADA RANKING RUPANYA!

Assalamualaikum...

So, nak dijadikan cerita, hari ini baru teringat kat blog.

Dah lama tak buka, dah bersawang pun blog ni.

Jadi, try la google terus blog ni, tetiba nampak something..




Ehh, ni blog aku ni...

Jadi, tangan gatal, terus buka link tu.

Ahhaa!!

Betullah ni blog aku ni.

Haha..

Menarik betul..

Rank dunia kot dia bagi terus..

#20,415,483

Banyak tangga tu..

Cuba korang try tengok pulak ranking blog korang.

Hehe..

Tuesday, February 25, 2014

TIPS UNTUK MINUM AIR BAGI CUKUP


Assalamualaikum..

haha, tergelak sendiri aku melihat tajuk entri.

ya ya, aku tahu tajuk entri tu agak berterabur.

aku pun tak tahu macam mana nak susun ayat bagi elok.

ada cadangan untuk tajuk yang lebih ok?

hihi..

back to tajuk entrinyaa..

korang ada amalkan minuman supplement ke, makanan supplement ke atau apa2 yang berkaitan dengan supplement yang memerlukan korang ianya masuk perot?

ada kannn, of course ada.

lepas tu korang ada minum apa2 produk kuruskan badan tak?

semua ini memerlukan korang minum air dengan banyak kan?

banyak2 kan?

aku ada terbaca satu info yang, badan manusia memang memerlukan air yang banyak sebab 70% daripada badan kita consist air kenn..

ehhh, info ni semua korang tahu ken.

haha, bajet je lebih..ceit !

apa2 pun mesti korang ada masalah nak minum air yang banyak setiap hari.

yelah, kalau bekerja dalam air-cond korang takkan rasa dahaga punya kan.

so, walaupun korang tak rasa dahaga, korang kena minum jugak air.

sebab, bila korang dah makan supplement banyak2 korang kena minum air yang banyak bagi cukup.

air ni kalau korang minum lebih pun tak apa.

malah lebih baik korang minum air yang banyak.

tak payah risau, korang takkan keracunan punya kalau minum air banyak.

air ni penting untuk perkumuhan korang.

air boleh cuci buah pinggang korang.

jadi air penting okeh !



apa yang aku nak share ialah cara nak minum air bagi cukup kan..

korang boleh cuba cara ni.

dalam sehari korang kerja up to 9jam kan?

jadi, dalam setiap 1 jam, korang minum 500ml.

tak banyak pun, sebotol air mineral je.

so, korang kira sendiri dalam 9jam tu korang dah bole minum 4 liter setengah kan..

ha, tu belum kira yang korang minum pagi2, minum malam2 kennn..

ni nak share pulak 4 tips kesihatan dari Nabi Muhammad SAW

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri. Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung dan masaalah perut tidak selesa.

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan. 

4. Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Sebenarnya air ni memang sangattttlahh penting dalam kehidupan seharian.

So korang kenalah minum air yang cukup.

Yang tengah berusaha nak kurus tu jangan lupa minum air banyak2 tau.

aku pun sedang berusaha ni nak mendisiplinkan diri untuk minum air banyak2.

hihi..