Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Monday, March 18, 2013

RESEPI : KUEYTIOW KUNGFU WATCHA !

Assalamualaikum..

kih3, apehal tajuk tu, nak mewatchakan orang ke hape?hehek !

sebenarnya untuk makan malam tadi aku cuba resepi kueytiow kungfu..

mudah sangat cara masaknya dan bahan2 pun senang nak dicari..


Amboi, tengok gambar, kelabu asappp..hihik..

tu lah hasil dari telefon bimbit yang pixel nya infiniti :p

heheh, gurau je...sila abaikan gambar yang kelabu asap tu , yelah kan amik gambar tu dari telefon bimbit nokia 6085, dah berkurun dah, gambar pun jangan beranganlah nak cantik..

amboih, siap watermark bagai, macam lah orang nak curi sangat gambar dia tuh..hahah..

ok2, melalut pulak dah..terus pada resepi okehh..

resepi asal adalah dari sini :- Blog Cheq Sue

Bahan-bahan :-

- 200 gm kueytiow
- 1 biji telur (telur omega size jumbo)
- Isi ayam (aku ganti dengan chicken loaf jenama ayam dinding     sebab tadi kebetulan peti ais kat pasaraya tu tengah dibaiki, so takde pilihan lain, guna loaf je ) kalau nak tambah seafood macam  udang dan sotong pun boleh
- 1 batang lobak merah (disagat- terpulang pada cara masing2 nak potong macam mana :)
- 3 batang Jagung muda (kalau nak)
- 3 batang cili padi (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
- lada sulah
- lada hitam
- sos tiram
- Tepung jagung yang dibancuh
- Air secukupnya
- Minyak secukupnya (aku guna minyak zaitun sebab nak jaga badan.heheh )

Cara memasak

1. Pukul telur dan masukkan kuetiow. Gaul sekali dengan telur.
2. Panaskan minyak, goreng telur bersama kueytiow tadi. Cara menggoreng ala2 goreng telur dadar.
3. Biar garing sedikit dan ketepikan.
Cara memasak kuah :-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan.
2. Masukkan ayam/seafood dan goreng sehingga masak. Kalau udang kena pastikan masak betul2 untuk mengelakkan ia lembik sebelum masuk bahan lain.
3. Masukkan lobak merah, jagung muda, cili padi. Goreng sebentar.
4. Kemudian masukkan sos tiram, lada sulah dan lada hitam (terpulang kalau nak pedas, letak lebih)
5. Masukkan air secukupnya. (kalau nak kuah banyak masukkan lebih air)
6. Kacau sebentar dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh. Tujuan tepung jagung ni adalah untuk pekatkan kuah.
7. Biarkan mendidih dan boleh tutup api.

Tuang kuah kat atas kueytiow yang digoreng dengan telur tadi. Sedia dihidang.
Mudah kan?

Percaya atau tidak, resepi ni aku masak dalam periuk nasi je. Sebabnya aku duk bujang, periuk nasi jelah yang mudah nak masak dalam bilik.huhuh

Tapi hasilnya, memang puas hati..Macam masak atas dapur gas. Heheh..

Dalam gambar atas tu, kueytiow pun dah tak nampak, dah ditutupi dengan chicken loaf tu, huhu..

Tapi sedap jugak, Alhamdulillah..

Jadi, Selamat Mencuba ye ! ^_^

Monday, March 11, 2013

RESEPI : NASIK GORENG CINCAI

Assalamualaikum. . .

haha, ape ke hei dengan tajuk entri tu?

cincai2 pulak..hihikk

ok la, aku nak berkongsi satu resepi nasik goreng, cara pemalas cam aku ni, tapi rasanya enak dan lazat..

cehhh, memuji diri sendiri nampaknya tu, tak boleh blah langsungg..hihik...

ok, seperti biasa gambar tidak disertakan akibat kekangan yang tidak dapat dielak...

resepi ni aku buat bila balik kerja tu kan, perut dah lapar sangat memanggil2 mintak diisik..

lepas tu pulak, bila dah lapar tu mula lah malas kan..

jadi, aku pun masak cincai je, yang penting, kena ikhlas masak barulah rasa sedap..hehe

bahan-bahan :

1) Nasi (aku guna beras perang cap ecobrown sebab nak jaga badan kan..huhuk, aku masak dalam 1 pot kecik yang pot kita dapat masa beli periuk nasi tu kan )
ni contoh packaging beras tu, nak masak beras ni 1 pot beras + 2 1/2 air.. sesuai untuk yang nak jaga badan, makan sikit je dah kenyang.


sumber : sini

2) Ikan bilis (agak2 je, rendam dan tos kan sampai kering)
aku suka ikan bilis pangkor, harga dia mahal sikit, tapi rasa dia sedap dan tak masin..



sumber : sini

3) Kicap manis cap kipas udang (dalam 1 sudu teh )
agak2 je, secukup rasa, kalau tak suka kicap manis, bole guna kicap masin..



sumber : sini

4) Sos tiram dalam 1 sudu teh jugak, ni pun kena agak2 jugak..secukup rasa lah cam tu kan..

5 ) telur sebiji

6) bawang merah dicincang halus

ok, tu je bahan2 yang diperlukan..mudah kan?senang di cari kan? ada je stok tu kat rumah kan?

ok, seterusnya cara masak..

mula2 panaskan minyak, lepas tu tumis bawang merah sampai naik bau..

lepas dah naik bau tu, masuk ikan bilis, tumis sampai ikan bilis tu jadi garing sikit. Terpulang pada kita nak garing mana kan..

Lepas tu, masuk kan telur yang dah dipukul, biar sampai telur tu masak . .

dah siap tu, masukkan nasi, gaul sekejap..

dah mesra bahan2 tu, masuk kicap dengan sos tiram..

goreng nasik tu sampai semua bahan2 tu mesra..

ha, lepas tu boleh tutup gas, kejap sangat dah dapat nasi goreng tu..

rasa dia memang sedap, mengancam dan puas hati..

kalau nak pedas, boleh tambah cili padi, masa goreng ikan bilis tu boleh masukkan cili tu.

aku suka pedas, tapi takde stok cili pulak tadi..huhuh.

mudah kan resepi aku ni? bagi aku rasa dia memang puas hati lah, yelah sebab kita penat, balik kerja mestilah nak buat satu makanan yang cepat ringkas, tapi dalam masa yang sama sedap kan..

ni lah hasilnya, heheh.

garam dan gula atau serbuk perasa memang aku tak bubuh, sebab aku ni tak pandai sangat nak menganggar selain rasa dari kicap, ikan bilis, sos tiram tu dah mencukupi..

kalau aku goreng mi ke, bihun ke, kueytiow ke, memang aku guna kicap dengan sos tiram je, sebab rasa dia dah mencukupi..

jadi apa lagi, boleh lah try nasik goreng cincai aku ni..hihik..

Selamat mencuba !

Sunday, March 10, 2013

YAY ! DAH ADA GAMBAR DIINGINI SEBAGAI BLOG SKIN ^^

Assalamualaikum...

hihik, tengok dah berubah dah blog aku ni. . .

dah pandai dah nak buh gambar yang aku nak sebagai blog skin..hehehe..

ok, dah sangat berpuas hati dengan background terbaru blog aku ni ^^

nak belajar buat blog skin sendiri?

ok, aku tak kedekut pun..hehe

boleh singgah sini --> Blog DiyaSesame

selamat belajar, dan selamat mencuba ^^

OPS, I'M FALLIN' AGAIN ^^

Asslamualaikum. . .

I think I'm in love ;)

with him, my future husband ^^

Saturday, March 9, 2013

RESEPI : BARLI LEMON

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ni aku rajin cari resepi2 nak masak..

masak sendiri lebih senang, berkhasiat dan terjamin kebersihannya..

aku memang nak share hasil dari resepi yang aku masak tu, tapi masalahnya aku tak punya kamera nak merakan momen2 menarik tu. jadi pendamkan lah hajat tu..huhu

hp pun pakai hp cikai je, nanti dah beli hp baru aku kongsi ok?

dalam beberapa hari ni, cuaca tak menentu kat tempat aku ni..

kadang panas, kadang hujan..

jadi, badan pun tak selesa bila panas tu..

jadi semalam aku sembang dengan adik aku, dia cadangkan buat air barli..

wah, idea bagus tu..dan dia kata barli tu nanti perah dengan lemon, katanya sedap..

jadi aku pun keluar beli barang tadi, dan beli sebungkus kecil barli cap kijang..

cukup lah sebab aku nak minum sorang je kan.hehe

gula pasir/gula batu degan lemon stok 3 biji..hehe

nak reneh barli ni senang je..

rendam barli sekejap, pastu reneh dengan air dan gula..

aku ni jenis yang tak menganggar bila masak, main bubuh je janji ada rasa kan..

so, pandai2 lah kan, reneh tu dalam sejam camtu sampai barli tu dah tukar putih..

gula, kalau mak aku dia suka buh gula batu, kalau resepi dari mak aku dia campur gula batu dengan gula pasir sikit..

dia kata gula batu dah cukup manis dia, dan lebih sedap kalau nak buat manisan..

dah siap tu, bole lah perah lemon, sedap sangat ..

sedap dia minum sejuk dan suam :)

kalau nakrasa sedap lagi, bole tambah kismis sikit..

tu terpulang pada citarasa masing2 kan, aku suka..

ok lah, nak sambung menikmati barli ni, gambar tak disertakan..alahai rugi betul !

Sunday, March 3, 2013

DIET (SEMINGGU SUDAH)

Assalamulaikum...

hehe, dah seminggu aku kurangkan makan, tapi KG masih berdegil nk turun..hehe..

takpela, pelan2 kannn..

sabar tangga kejayaan ^^

sekian, update ringkasss..cehhhhhhh

Saturday, March 2, 2013

#PrayForLahadDatu

Assalamualaikum..

semalam kita dikejutkan dengan 2 anggota keselamatan kita yang terkorban semasa bertugas mempertahankan negara tercinta ni..

Al-Fatihah untuk mereka..

Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.. Amin..

yang aku tak faham, kenapa dalam kekecohan tu, ada segelintir orang ramai yang mengaitkan kejadian itu dengan politik..

please, stop it..

tolong jangan campur adukkan politik dalam isu ini..

aku tak faham, serius tak faham...hemmm..

semoga Malaysia bebas dari ancaman2 luar..

dan kekal aman sentiasa..

yang penting, kita rakyat Malaysia kena bersatu padu....

tak susah, tapi nak buat tu susah, selagi politik dicampur adukkan...