Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Monday, March 18, 2013

RESEPI : KUEYTIOW KUNGFU WATCHA !

Assalamualaikum..

kih3, apehal tajuk tu, nak mewatchakan orang ke hape?hehek !

sebenarnya untuk makan malam tadi aku cuba resepi kueytiow kungfu..

mudah sangat cara masaknya dan bahan2 pun senang nak dicari..


Amboi, tengok gambar, kelabu asappp..hihik..

tu lah hasil dari telefon bimbit yang pixel nya infiniti :p

heheh, gurau je...sila abaikan gambar yang kelabu asap tu , yelah kan amik gambar tu dari telefon bimbit nokia 6085, dah berkurun dah, gambar pun jangan beranganlah nak cantik..

amboih, siap watermark bagai, macam lah orang nak curi sangat gambar dia tuh..hahah..

ok2, melalut pulak dah..terus pada resepi okehh..

resepi asal adalah dari sini :- Blog Cheq Sue

Bahan-bahan :-

- 200 gm kueytiow
- 1 biji telur (telur omega size jumbo)
- Isi ayam (aku ganti dengan chicken loaf jenama ayam dinding     sebab tadi kebetulan peti ais kat pasaraya tu tengah dibaiki, so takde pilihan lain, guna loaf je ) kalau nak tambah seafood macam  udang dan sotong pun boleh
- 1 batang lobak merah (disagat- terpulang pada cara masing2 nak potong macam mana :)
- 3 batang Jagung muda (kalau nak)
- 3 batang cili padi (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
- lada sulah
- lada hitam
- sos tiram
- Tepung jagung yang dibancuh
- Air secukupnya
- Minyak secukupnya (aku guna minyak zaitun sebab nak jaga badan.heheh )

Cara memasak

1. Pukul telur dan masukkan kuetiow. Gaul sekali dengan telur.
2. Panaskan minyak, goreng telur bersama kueytiow tadi. Cara menggoreng ala2 goreng telur dadar.
3. Biar garing sedikit dan ketepikan.
Cara memasak kuah :-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan.
2. Masukkan ayam/seafood dan goreng sehingga masak. Kalau udang kena pastikan masak betul2 untuk mengelakkan ia lembik sebelum masuk bahan lain.
3. Masukkan lobak merah, jagung muda, cili padi. Goreng sebentar.
4. Kemudian masukkan sos tiram, lada sulah dan lada hitam (terpulang kalau nak pedas, letak lebih)
5. Masukkan air secukupnya. (kalau nak kuah banyak masukkan lebih air)
6. Kacau sebentar dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh. Tujuan tepung jagung ni adalah untuk pekatkan kuah.
7. Biarkan mendidih dan boleh tutup api.

Tuang kuah kat atas kueytiow yang digoreng dengan telur tadi. Sedia dihidang.
Mudah kan?

Percaya atau tidak, resepi ni aku masak dalam periuk nasi je. Sebabnya aku duk bujang, periuk nasi jelah yang mudah nak masak dalam bilik.huhuh

Tapi hasilnya, memang puas hati..Macam masak atas dapur gas. Heheh..

Dalam gambar atas tu, kueytiow pun dah tak nampak, dah ditutupi dengan chicken loaf tu, huhu..

Tapi sedap jugak, Alhamdulillah..

Jadi, Selamat Mencuba ye ! ^_^

No comments:

Post a Comment