heheh, nampak cam sedap je nasi dalam gambar tu !
nampak je sedap, memang sedap la dah guna perencah je masak. . hahah. .
masakan ni aku dah buat rabu lepas tapi ari ni baru aku update pasal broadband tak topup lagi. .
dah slow pasal dah habis kuota kot. .
duk rumah mak ni boleh lah online pasal ada wi fi. . heheh
''di sini ada wai fai'' cam dalam filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit tu. .heheh
ok la, back tu tajuk entri. .
bahan2 untuk resepi ni sangat2 senang. .
1) 1 bungkus perencah nasi beriyani Maggi
2) 3/4 ketul ayam (aku beli bahagian rib sebab tak bape banyak isi, aku tak mau isi banyak sangat. . huhuh)
3) Kacang Gajus
4) Kismis
5) Beras 3 pot kecil (aku guna beras biasa kalau nak sedap of course la guna beras basmathi)
6) Air 3 1/2 pot (air same cam cara tanak nasi yang biasa)
7) Minyak Zaitun untuk menumis (dalam cadangan guna minyak sapi aku tukar ke minyak zaitun. .heheh)
itu sahaja bahan yang diperlukan
Cara memasak pulak, pun senang juga. .
1) Panaskan minyak dalam periuk nasi elektrik. Tumis perencah nasi beriyani Maggi sampai naik bau.
2) Masukkan beras yang dah dibasuk bersama ayam. Gaul sebati.
3) Masukkan air. Gaul sehingga kesemuanya sebati dan masukkan kacang gajus dan kismis. Gaul.
4) Tutup periuk nasi dan masak nasi seperti biasa sampai kering. Siap.
hahah, senang kan?? resepi tu ada je tulis kat bungkusan perencah tu. Aku cuma tambah kacang dengan kismis je bagi penyedap je.
Takdelah plain sangat nasi tu ada ayam je. huhuh.
Untuk sebungkus perencah cadangan hidangan adalah untuk 4 orang. So, ayam tu boleh lah letak 4 ketul. Nasi pun agak2 je untuk 4 hidangan kan.
Dan aku hidangkan bersama kopi yang enak ini. . .walawehhh.pekat melekat !
Boleh la try kan. Esok2 kalau rajin aku nak try plk masak nasi beriyani tu tanpa menggunakan perencah pulak.
haa, nanti kalau jadi aku update lagi. . kalau la rajin kan aku try tu. . .hahah
Ok, Selamat mencuba dan jumpa lagi. . .
-peace. yo-
^^
No comments:
Post a Comment