Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Sunday, April 21, 2013

RESEPI : KUEYTIOW GORENG TOMYAM DENGAN BUAH NAGA MERAH SEBAGAI PENCUCI MULUT

Assalamualaikum. . .

wohaa, lama tak update blog. .heheh. .bukan apa, sekarang memang dah jarang sangat online, kalau online pun kalau balik rumah mak je.huhu

Kalau kat rumah sewa tu tak dapat nak online pun sebab broadband tu tak bertopup pun sebab sekarang sibuk online guna hp je. .huhu

ok lah, back to topic. Pasal makanan lagi, as usual. .hahah. .yelah, aku ni peminat makanan. Nak diet,tapi makanan tak boleh nak tinggal. Ha, macam mana tu?hehehe. .

Resepi kali ni, ringkas dan mudah je. Kueytiow goreng tomyam.


Bahan-bahan :-

Sebungkus kueytiow
Sebungkus bebola ikan (boleh diganti dengan ayam/seafood)
Sayur (kobis/sawi atau sebarang sayur yang korang suka)
1 kiub tomyam Knorr
1 biji telur
bawang putih+bawang merah (ditumbuk)
kicap
sos tiram
Minyak untuk menumis

Cara memasak:-
1) Tumis bawang putih+bawang merah sampai naik bau.
2) Masukkan telur yang telah dipukul. Masak sampai telur tu garing sikit.
3) Masukkan fishball. Goreng sebentar sampai fishaball masak.
4) Masukkan kiub tomyam knorr. Goreng sampai garing.
5) Masukkan kicap dan sos tiram. Biarkan semuanya sebati dan masak.
6) Masukkan sayur. Goreng sekejap, Lepas tu masukkan kuetiow. Gaul sebentar sampai semua sebati dan tutup api.
7) Sedia dihidang.

Hah, mudah kan?  Ni lah cara memasak aku yang tersangatlah ringkas. heheh. Yela balik kerja dah lapar takkan nak sediakan masakan yang rumit. Betul tak??

Kueytiow tu aku tak suka goreng lama2 sebab nanti lembik, aku tam minat kueytiow lembik.hehe

Lepas tu, mesti ada yang pelik dah buh kiub tu tak payah letak air ke?? Tak payah, sebab bila dah buh kiub tu, dia akan hancur dengan sendirinya dan akan sebati dengan bahan2 yang lain.

Dan sebelum makan tu aku makan buah naga sebagai pencuci mulut.

Aku memang minat sangat dengan buah naga tu, dalam seminggu 2,3 kali jugak lah aku pergi cari. Nasib baik senang nak dapat.

Kalau nak makan buah, pastikan makan sebelum ambil hidangan berat ye. Dan minum air segela sebelum makan. Ni boleh buat perut kita rasa kenyang dan kita akan kurang makan.

Apa2 pun selamat mencuba ye semua ! ^^

No comments:

Post a Comment