Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Friday, November 15, 2013

KOREAN FOOD : DDUKBOKKI @ STICKY RICE CAKE

Assalamualaikum....



Hari ni kita belajar masak makanan dari korea nak?

Sesiapa peminat darama/rancangan dari korea ni mesti tau ddukbokki kan?

Aku kalau tengok rancangan korea, mesti terliur punyalah dengan makanan diorang..

Sekarang aku tengah demam tengok Appa Odiga, kalau korang peminat rancangan tu mesti korang tau betapa laparnya korang akan rasa bila tengok bapak diorang masak untuk anak diorang..

Jadi, dengan penuh kerajinan aku pun pergilah google resepi ddukbokki yang mudah dan singgah ke blog ni.. Story About Mya: [RESEPI] Jom buat Ddukbokki!

Mudah ! Amat mudah resepi yang dia ajar.. Kalau ikut step pasti akan berjaya..

Cumanya nak buat ni kena ada nilai kesabaran yang sangat2 tinggi..huhu

Disebabkan hari Ahad aku tak kerja, jadi sabtu malam tu aku dah stat menguli tepung untuk buat ddukbokki aku ni..

Rice Cake tu kena buat awal sebab nak buat sangat2 rumit...Dan sangat2 mengambil masa...

Macam mudah, tapi bila dah buat baru hang tau ! hahah!

Bahan2 buat Rice Cake (alahhh yang panjang2 tu)

2 cawan Tepung beras
1 cawan Air
Garam

Campurkan tepung beras tu dengan garam dan gaul dengan air...
Campurkan je bagi rata, bagi sebati...Tak payah uli lagi..
Lepas tu panaskan periuk untuk kukus tepung tu tadi..
Letakkan kain basah pada bekas nak kukus tu dan tabur tepung tu kat atas..
Lepas 1/2jam ngukus, sejukkan dan boleh stat menguli..
Uli ni yang sakit duuhhhhh..
Ampa kena uli dan uli lagi dan uili lagi...
Sampai sakit tapak2 tangan aku neh..
Sebab ampa kena pastikan yang tepung tu betul2 melekit..
Adalah dalam sejam jugak aku nguli..huhukk!
Lepas dah melekit, korang bentukkan panjang2 dan potong pendek2..


Ampa rujuk video tu untuk lebih paham tauuu.

Ok, dah buat siap boleh simpan dalam peti..

Esoknya aku buat kuah dia...

Bahan2 untuk pes kuah dia,

1 sdb Taucu
1 sdb Serbuk cili Jenama Baba's (edited ^^ )
1 tsp Gula
Air sikit

Cara buat
Sebabkan taucu tu berbiji2, aku sarankan ampa kisar dulu taucu tu sampai lumat...
Lepas tu masukkan serbuk cili gaul dan masukkan air sedikit..

Ok, dah buat pes bolehla kita buat kuah dia...

Bahan2 untuk kuah,
Ikan bilis (anggaran utk buat stok)
Pes yang kita buat tu
Rice cake
Fishcakes
Gula (secukup rasa)
Nak buh sayur pun boleh..Contoh lobak merah (tapi aku tak letak pasal tak minat.hahah)

Cara buat,
1) Rebus air dengan ikan bilis untuk dibuat stok.. Anggaran air dalam dua cawan
2) Bila dah mendidih keluarkan ikan bilis tu dan masukkan pes yang kita buat tu..
3) Then , masukkan rice cake..
4) Perasakan dengan gula.
5) Masak sampai kuah dia melekit.. Lepas tu boleh masukkan fishcake dan sayur2an..

Ha, nak buat kuah dia memang mudah.. Senang je..

Lepas tu bolehlah makan, nak lagi sedap?? Boleh masukkan maggi jugak. Heheh..
Masukkan je maggi, tambah perencah sikit.. Dan boleh makan...

Slurpppp3..memang sedap..

Menaip entri ni pun dah buat aku rasa terliurrr je ni...

Jom lah cuba, tak payah beli..kita buat je ! hhehee...

6 comments:

  1. serbuk cili tu guna yg korea ke?

    ReplyDelete
  2. Akak boleh saya tanya?
    Akak gune tepung beras cap apa ye?
    Uhm apabila nak sukat beras dan air saya gune cawan yg sama..lepas saya campur sekali nnt die x jadi doh tap jadi cair...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak dik, maaf lambat balas..
      akak pakai tepung cap bunga raya kot, tak ingat.
      air masuk sikit2, dan uli..
      kalau masuk air terus semua mmg jadi cair.
      :)

      Delete
  3. Time akak letak kain basah utk mengukus rice cake, akak ade tabur tepung diatasnye kan. Akak tabur tepung ape yer? Tpung beras juge atau tepung gndum biase..??

    ReplyDelete