Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Monday, March 11, 2013

RESEPI : NASIK GORENG CINCAI

Assalamualaikum. . .

haha, ape ke hei dengan tajuk entri tu?

cincai2 pulak..hihikk

ok la, aku nak berkongsi satu resepi nasik goreng, cara pemalas cam aku ni, tapi rasanya enak dan lazat..

cehhh, memuji diri sendiri nampaknya tu, tak boleh blah langsungg..hihik...

ok, seperti biasa gambar tidak disertakan akibat kekangan yang tidak dapat dielak...

resepi ni aku buat bila balik kerja tu kan, perut dah lapar sangat memanggil2 mintak diisik..

lepas tu pulak, bila dah lapar tu mula lah malas kan..

jadi, aku pun masak cincai je, yang penting, kena ikhlas masak barulah rasa sedap..hehe

bahan-bahan :

1) Nasi (aku guna beras perang cap ecobrown sebab nak jaga badan kan..huhuk, aku masak dalam 1 pot kecik yang pot kita dapat masa beli periuk nasi tu kan )
ni contoh packaging beras tu, nak masak beras ni 1 pot beras + 2 1/2 air.. sesuai untuk yang nak jaga badan, makan sikit je dah kenyang.


sumber : sini

2) Ikan bilis (agak2 je, rendam dan tos kan sampai kering)
aku suka ikan bilis pangkor, harga dia mahal sikit, tapi rasa dia sedap dan tak masin..



sumber : sini

3) Kicap manis cap kipas udang (dalam 1 sudu teh )
agak2 je, secukup rasa, kalau tak suka kicap manis, bole guna kicap masin..



sumber : sini

4) Sos tiram dalam 1 sudu teh jugak, ni pun kena agak2 jugak..secukup rasa lah cam tu kan..

5 ) telur sebiji

6) bawang merah dicincang halus

ok, tu je bahan2 yang diperlukan..mudah kan?senang di cari kan? ada je stok tu kat rumah kan?

ok, seterusnya cara masak..

mula2 panaskan minyak, lepas tu tumis bawang merah sampai naik bau..

lepas dah naik bau tu, masuk ikan bilis, tumis sampai ikan bilis tu jadi garing sikit. Terpulang pada kita nak garing mana kan..

Lepas tu, masuk kan telur yang dah dipukul, biar sampai telur tu masak . .

dah siap tu, masukkan nasi, gaul sekejap..

dah mesra bahan2 tu, masuk kicap dengan sos tiram..

goreng nasik tu sampai semua bahan2 tu mesra..

ha, lepas tu boleh tutup gas, kejap sangat dah dapat nasi goreng tu..

rasa dia memang sedap, mengancam dan puas hati..

kalau nak pedas, boleh tambah cili padi, masa goreng ikan bilis tu boleh masukkan cili tu.

aku suka pedas, tapi takde stok cili pulak tadi..huhuh.

mudah kan resepi aku ni? bagi aku rasa dia memang puas hati lah, yelah sebab kita penat, balik kerja mestilah nak buat satu makanan yang cepat ringkas, tapi dalam masa yang sama sedap kan..

ni lah hasilnya, heheh.

garam dan gula atau serbuk perasa memang aku tak bubuh, sebab aku ni tak pandai sangat nak menganggar selain rasa dari kicap, ikan bilis, sos tiram tu dah mencukupi..

kalau aku goreng mi ke, bihun ke, kueytiow ke, memang aku guna kicap dengan sos tiram je, sebab rasa dia dah mencukupi..

jadi apa lagi, boleh lah try nasik goreng cincai aku ni..hihik..

Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment