Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Friday, February 26, 2016

KEROPOK LEKOR HOMEMADE MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum..Dah lamaa tak hapdet blog ni.Blog ni punn dah makin tak berseri. Macam tuan dia juga. Eh, eh?Huhaiiii.

Okay2, taknak lengahkan masaa. Post hari ni nak share keropok lekor homemade.
Saya memang penggemar keropok lekor ni, selalu makan masa duduk kat terengganu dulu, bila dah balik duduk sini dah memang jaranggg sangat jumpa keropok sedap. Selalu saya beli di area sini, banyak jumpa keropok yang banyak angin, liat, kurang rasa ikan, masin.. Jadi kecewaaa gilerr je rasa. Dah la kita ni memang suka sangat dengan keropok lekor ni.

So, buat sendiri je senang. Memang memerlukan kesabaran juga lah buat keropok lekor ni. Nampak mudah, tapi tak semudah yang disangka juga. yang tak sabar tu bila kena siang ikan banyak2 dan ambik isi dia tu. Kalau tak sabar memang tinggal dah.hehe. tu baru try 10 ekor, kalau banyak2 tu tak tahu lah..huhuhu

BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan sardin / curut aka selayang
Tepung ubi kayu / tepung sagu
Garam + gula

CARA-CARA:
1. Siang ikan dan ambil isinya sahaja
2. Isi dikisar separa halus
3. Tambah tepung + garam + gula dan gaulkan sampai boleh dibuat bulat (tak melekat di tangan)
4. Gentel panjang2
5. Rebus sampai keropok lekor tu timbul
6. Kemudian boleh disimpan dalam peti atau digoreng

NOTA KAKI:
1. 10 ekor ikan boleh dapat dalam 8-10 batang keropok lekor yang pendek2
2. Tepung boleh anggar sama banyak dengan isi ikan
3. Garam dan gula secukup rasa
4. Makan dengan sos cap arnab sedappp





Hasil dia? Memang memusakan hatiii. Lembut, terasa ikannya, rasa tak puas makan. Dah cuba ni, boleh la terus mencuba lagi. Korang pun cuba la. Dijamin puas hati hasil dia. All the best kengkawan !

No comments:

Post a Comment