Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Thursday, September 13, 2012

BELI BARANG SIKIT DAN NAK FREE ITU INI..MEMANG LUMRAH PERANGAI DAN PENYAKIT MANUSIA EK???

ASSALAMUALAIKUM....

ok, entri malam ni berbau sedikit emo, sebab aku memang tengah emo ni..

nak dijadikan cerita, semalam seorang hamba Allah yang beragama Islam telah datang ke kedai tempat aku bekerja..

dia datang nak beli shuttlecocks, sbb kedai tempat aku kerja ni adalah sebua kedai sukan..

bos aku ada semalam..nasib baiklah..

kalau tak memang aku malas nak melayan mamat ni.

dipendekkan cerita, dia datang nak beli 5 tabung shuttlecocks tu yang berharga RM53.00. . .

kebiasaannya, kalau jual kat orang lain kami jual dengan harga RM54.00-RM55.00 untuk satu tabung..

kat diorang ni bos aku jual murah sedikit, sebabnya??

adalah sebabnya, tak boleh cerita kat sini, nanti jadi isu pulak..

jadi dia pun beli 5 tabung x RM53 = RM265

sebenarnya kos untuk 1 tabung adalah RM51.00

untung untuk setiap tabung hanya RM2.00

bos aku dah terangkan kat dia berapa sangatlah untung yang dia dapat untuk tiap tabung tu..

bayangkan, cuma RM10.00 sahaja..

belum masuk duit minyak lagi..

bukan tak bersyukur, tapi agak2 lah..

lepas tu mintak nak seluar free lah, baju freelah..

dengan alasan, dia beli banyak dah shuttlecocks tu..

aku memang naik meluat dan menyampah dengan perangai orang macam ni..

lepas tu beli barang nak mintak kurang gila2..

faham kan maksud aku??

bukan dia je, ramai pelanggan macam ni..

aku boleh buat apa, bersabar je la kan??

tapi, apa tujuan entri aku kali ni ialah, aku nak buka luas2 mata manusia2 yang ada kat luar sana..

kalau beli barang, janganlah mintak kurang..

lagi2 dengan peniaga yang beragama Islam..

bukan apa, aku takut kalau semua orang datang dan mintak kurang gila2, satu hari perniagaan peniaga tu akan lingkup..

cuba tolong orang seagama dengan kita, jangan jatuhkan diorang..

kadang2, aku rasa nak menangis bila datang orang macam ni..

kalau tak datang beli pun takpe bagi aku..

kalau datang takat nak melingkupkan perniagaan je, tak payah datang pn takpe..

mungkin barang yang dijual agak mahal, tapi korang kena tahu jugak yang mungkin dia dapat barang tu dengan harga yang mahal berbanding dengan peniaga lain..

kalau dia menipu sekalipun, itu antara dia dengan Allah..

cuma aku nak mintak tolonglah, jangan jatuhkan orang meniaga..

diorang sara keluarga dengan hasil duit tu tau..

kalau lingkup perniagaan diorang, apa akan jadi dengan keluarga diorang??

sedangkan itula satu punca rezeki diorang..

tolong orang Islam, seagama dengan korang takkan rugi apa2 pun kan?

entri ini hanyalah luahan dan pendapat aku sahaja..

kalau tak suka, tak setuju jangan baca..

aku tak rugi apa2 pun..

Wassalam...

No comments:

Post a Comment