Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

ONLINE SHOPPING

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

Vietnam Mask RM8 aje !

Vietnam Mask RM8 aje !

Pil Super Gemok

Pil Super Gemok

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Perla Coffee & Miracle Slimming Coffee

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink 5 in 1

Babies Blink Coffee

Babies Blink Coffee

Harum Malam

Harum Malam

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

IBU V MOOD BY MIERAIDA BEAUTY

Royal Slim Lishuo Magic

Royal Slim Lishuo Magic

Red Bella Body Wash

Red Bella Body Wash

Friday, March 4, 2011

SEJARAH BUKIT PUTERI, KUALA TERENGGANU. . .

Bukit yang tersergam megah mengahala ke Kuala Sungai Terengganu dan Laut China Selatan menjadi saksi sejarah pembangunan bandar Kuala Terengganu. Kedudukannya yang strategik itu menjadikan perbukitan ini satu kawasan penting pada zaman dahulu sebagai pusat kawalan dan pertahanan kerajaan.

Nama asal Bukit Puteri ini tidak dapat dikesan tetapi dalam persejarahan Terengganu ada dinyatakan Bukit Puteri itu telah pun wujud sejak abad ke-1 lagi. Ini membuktikan kepentingan tempat ini kepada Kerajaan Terengganu bagi menghadapi musuh-musuh daripada luar khususnya yang datang dari arah laut.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur II (1831-1836), Sultan Mahmud I (1836-1839) dan Sultan Umar (1839-1876) Bukit Puteri telah menjadi benteng kubu peperangan saudara yang berlaku pada masa itu. Ia meliputi kawasan seluas 0.688 hektar dan tingginya lebih kurang 200meter.

Di atas bukit ini juga terdapat sebatang tiang bendera untuk dinaikkan bendera diraja pada hari-hari kebesaran. Tiang bendera mula dipasang dalam tahun 1899 lagi iaitu semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Tinggi tiang itu lebih kurang 18 meter dan ditanam sedalam 2meter. Bagaimanapun tiang yang ada sekarang ini bukanlah yang asal tetapi yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Di sebelah bawah tiang bendera, terdapat kesan tempat yang dijadikan sebuah bilik batu gua dlaam tanah. Ia berkemungkinan tempat menyimpan peluru dan ubat bedil pada masa dahulu. Di sebelah atasnya terdapat kesan-kesan sebuah singgahsana raja sebagai tempat kawalan.

Di atas bukit ini juga terdapat sebuah tiang api atau rumah api menandakan Kuala Negeri pada kapal-kapal di laut. Kini meriam-meriam itu ada diatas tanah sahaja tanpa dijaga dan sesetengahnya telah telah dipindahkan ke beberapa tempat di bandar Kuala Terengganu dan juga ke kawasan Istana Badariah sebgai perhiasan.

Meriam-meriam itu terdiri daripada pelbagai buatan seperti buatan Portugis, Sepanyol dan ada juga yang dibuat oleh orang-orang Melayu sendiri. Di antara nama-nama meriam yang pernah ditempatkan di Bukit Puteri itu ialah Sri Johor, Sri Buih, Laila Majnun dan Sri Jamlor.

Satu lagi kesan sejarah yang masih terdapat di atas Bukit Puteri hingga sebuah Genta Besar. Genta ini sentiasa ada di atas Bukit Puteri sejak daripada zaman Raja-raja dahulu lagi. Sekiranya rosak genta itu diganti dengan yang lain pula. Genta yang ada sekarang ini diperbuat pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III iaitu kira-kira dalam tahun 1908.

Genta yang beratnya 175 kilogram ini diperbuat daripada tembaga kuning oleh seorang tukang bernama Wan Ali Wan Awang dengan dibantu oleh beberapa tukang lain dari Kampung Tanjung dan Kampung Paya, Kuala Terengganu.

Tujuan diadakan genta ini ialah untuk memasyhurkan atau mengkhabarkan kepada orang ramai tentang kegemparan yang berlaku di dalam negeri seperti musuh datang melanggar, kebakaran dan lain-lain. Genta ini dipalu dengan kuat apabila terjadi sebarang kegemparan bagi membolehkan rakyat jelata bersiap sedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan.

kini Bukit Puteri masih tersergam indah berdiri disamping Istana Maziah di sisi, menyimpan pelbagai rahsia sejarah silam, dan peri kebesaran sebuah Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman. Selain itu, Bukit Puteri menjadi salah satu tempat tarikan pelancongan di Terengganu dan ia diletakkan di bawah penjagaan Muzium Negeri.


artikel lain. . .

Pengarah Muzium Terengganu Mohd Yusof Abdullah berkata bukit itu penuh bersejarah kerana pernah menjadi kubu dan rebutan semasa Perang Saudara semasa zaman pergolakan Kesultanan Terengganu antara tahun 1931 hingga 1939 itu. "Pelbagai peninggalan sejarah masih jelas dapat dilihat di Bukit Puteri ini antaranya singgahsana sementara, tempat simpanan bedil dan meriam, genta (loceng besar), meriam beranak, tiang bendera dan rumah api. "Malah pelancong juga dapat melihat sendiri kubu pertahanan yang dibina dengan menggunakan pasir, putih telur, kapur, kulit kerang dan madu lebah, masih lagi kukuh walaupun telah berusia hampir sedekad yang lalu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan Bukit Puteri di sini hari ini. Bukit Puteri, seluas 0.688hektar itu, terletak dalam kawasan bandar Kuala Terengganu dan berhampiran dengan muara sungai Terengganu dengan ketinggian lebih kurang 200 meter dari aras laut. Yusof berkata lokasinya juga strategik sebagai aset pelancongan kerana terletak berhampiran dengan bangunan bersejarah Istana Maziah dan Masjid Abidin selain berdekatan Pasar Payang dan Pejabat Pos Kuala Terengganu. Katanya bayaran masuk untuk mengunjungi Bukit Puteri itu adalah sebanyak RM1 bagi orang dewasa dan RM 0.50 sen untuk kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang dan orang ramai akan dapat melihat keindahan bandar Kuala Terengganu dari atas bukit itu.


Lokasi : Lokasi Bukit Puteri ialah bersebelahan dengan Istana Maziah, berhampiran dengan Pasar Besar Kedai Payang, Bazar Warisan dan Taman Shahbandar di Kuala Terengganu.

Ceritera dongengan

Terdapat juga cerita dan kisah menarik dari penduduk kampung mengenai Bukit Puteri. Antaranya Bukit Puteri ini dikatakan pernah menjadi kediaman Puteri Bunian. Pada masa itu, penduduk kampung sentiasa datang untuk meminjam peralatan seperti pinggan mangkuk untuk majlis perkahwinan atau majlis keramaian. Akibat tidak memulangkan kembali dan mengganti semula peralatan yang dipinjam, Tuan Puteri telah merajuk dan melarikan diri dari Bukit Puteri.






meriam ni dipercayai digunakan untuk membedil musuh dari arah laut. . .

Dipercayai tempat bersemayam sultan dulu2. . .



Meriam Beranak

Genta

tiket masuk. . .tgk tarikh 29/09/2009. . .hehe. . .
terbaru g 26/02/2011 dan rase nak g lagi. . .
huhu. . .


pemandangan dari atas. . .nampak dataran syahbandar. . .


meriam. . .

pemandangan dari atas. . .



di pintu masuk kubu. . .


ni lubang ubat bedil. . .

ni kat rumah api. . .

meriam beranak. . .
Apa yang menarik perhatian mengenai meriam-meriam ini ialah tentang 'Seri Bueh' atau lebih dikenali dengan nama `Meriam Beranak’.

Ini adalah kerana kedudukan meriam ini yang seolah-olah mempunyai hubungan, di mana terdapat sepucuk meriam besar yang menjadi 'ibu' kepada sepucuk meriam kecil disisinya. Oleh kerana saiz dan keadaan kedua-dua pucuk meriam ini lebih mirip kepada 'ibu dan anak' maka dengan itu ianya lebih termasyhur dengan panggilan Meriam Beranak. 

permandangan dari bawah. . .

permandangan dari jauh. . .

makam. . .

pemandangan dari depan. . .


yg lain2 adlh dari hp sy n Cik Maizam. . .

maafla susunan gambar agak berserabut. . .

huhu. . .

kalau datang ke Kuala Terengganu dan anda sukakan tempat yang bersejarah. . .

datang la melawat Bukit Puteri ni ye. . .

Jangan Lupa. . .

2 comments:

  1. assalam. masa korang pergi ni, ada pegawai yang incharge tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      takde, kami just jalan2 sendiri je.pada msa tu.
      dah lama dah.
      sekarang tak pasti.

      Delete