Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Sunday, January 23, 2011

istilaH dalaM demografI. . . .

1)Nisbah

Perbandingan ukuran (nilai) dengan sesuatu yang lain atau perimbangan kadar.
2)Peratusan
Bilangan penduduk yang diperolehi secara kiraan kasar bagi sesuatu kawasan.
3)Kadar
Daya, kemampuan, keupayaan, kesanggupan dan kebolehan.
4)Kepadatan Penduduk
Kepadatan penduduk sekilometer persegi telah dikira sebagai nisbah bilangan penduduk sesuatu kawasan geografi kepada keluasan dalam kilometer persegi bagi kawasan yang sama.
Kadar pengiraan nisbah kepadatan penduduk:

Bilangan penduduk dalam sesuatu kawasan
Keluasan dalam kilometer persegi bagi kawasan yang  sama



5)Kadar Pertambahan Semulajadi Kasar



Kadar ini ialah nisbah perbezaan bilangan kelahiran hidup dengan bilangan kematian dalam sesuatu tahun kepada jumlah penduduk pertengahan tahun dalam tahun yang sama, bagi setiap seribu orang penduduk.
Bilangan kelahiran hidup - bilangan kematian dalam tahun t
  x  1,000
          Penduduk pertengahan tahun dalam tahun t



6)Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata
Kadar pertumbuhan tahunan purata, biasanya dalam bentuk peratusan, telah dikira seperti berikut:-
r              =  ialah kadar pertumbuhan tahunan purat 
 n            =  ialah bilangan tahun di antara tahun t dan tahun t + n                        
 Pt           =  ialah penduduk pada tahun t
Pt +n      = ialah penduduk pada tahun t+n
Ln           = ialah logaritma asli

7)Komposisi Penduduk-Umur
Adalah statistik penduduk mengenai masalah kependudukan dari segi umur dan jantina.
Komposisi mengikut umur dan jantina penting bagi kerajaan sesebuah negara untuk menentukan dasar-dasar kependudukan untuk beberapa tahun ke depan. Komposisi mengikut umur biasanya adalah diantara umur  5 tahun dan mengikut jantina lelaki dan perempuan.


8)Umur Penengah
Umur yang membahagikan taburan penduduk kepada dua kumpulan yang sama saiznya, dimana separuh daripadanya di bawah umur manakala separuh lagi melebihi umur tersebut.
9)Nisbah Tanggungan Muda
Nisbah diantara bilangan penduduk yang berumur bawah 15 tahun kepada bilangan yang 15-64 tahun.
10)Nisbah Tanggungan Tua
Nisbah diantara bilangan penduduk yang berumur 65tahun dan keatas kepada bilangan penduduk yang berumur 15-64 tahun.
11)Nisbah Tanggungan
Mengukur bilangan tanggungan ( <15 tahun dan > 65 tahun ) bagi tiap-tiap 100 penduduk dalam kumpulan umur bekerja (15-64 tahun)
12)Nisbah Jantina
Nisbah bilangan lelaki bagi setiap 100 perempuan. Berikut ialah kadar pengiraan nisbah jantina:

Bilangan Lelaki / Bilangan Perempuan x   100

13)Piramid Penduduk
Konsep piramid penduduk dan kaitan dengtan struktur umur penduduk

-          graf bar yang menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk\
-          menggambarkan ciri ciri kependudukan dan sosioekonomi seperti


a)      kadar kelahiran, kematian dan pertumbuhan penduduk semula jadi
b)      komposisi jantina (lelaki dan perempuan)
c)      jangka hayat penduduk
d)     nisbah tanggungan
e)      tahap pembangunan ekonomi
f)       taraf sosial (kesihatan dan pendidikan)
g)      tiga kumpulan umur yang dikaji berdasarkan sesebuah pyramid iaitu
-          kumpulan umur muda
-          penduduk dewasa
-          penduduk tua



Piramid Progresif



Piramid Progresif

Bentuk kon puncak tajam tirus dan tapak lebar. Cerun yang cekung.

Negara : negara asia tenggara (sedang membangun) termasuk malaysia, india, pakistan, indonesia,

Ciri -ciri 

1.  Tapak lebar - kadar kelahiran tinggi, kadar kematian rendah (bayi)

Faktor
- kegagalan amalan perancangan keluarga
- perkahwinan muda
- keperluan kepada tenaga buruh manusia
- peningkatan kemudahan kesihatan

2. Bilangan penduduk muda

- kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk kemudahan golongan muda
- menyediakan kemudahan klinik desa
- keperluan pendidikan awal (tadika)
- Keperluan pendidikan
- biasiswa
- kemudahan riadah untuk golongan muda


3. Jangka hayat rendah

- kadar kematian penduduk tua tinggi
- purata jangka hayat 65 tahun

Faktor :

- kurang kemudahan kesihatan dan perubatan untuk rawatan penyakit kronik yang lazim menyerang golongan tua
- amalan penjagaan makanan, kesihatan dan kesejahteraan di tahap rendah

4. Nisbah tanggungan tinggi

- golongan dewasa yang produktif adalah sedikit berbanding golongan muda
- saiz keluarga besar menyebabkan taraf hidup rendah (pendapatan perkapita rendah)
- namun jumlah  penduduk muda yang ramai menjadi aset untuk tenaga buruh pada masa akan datang.


5. Tahap sosioekonomi yang rendah

- kebergantungan kepada sektor ekonomi primer - pertanian intensif buruh.
- kebergantungan kepada teknologi tradisional - cangkul, haiwan, tenaga manusia
- pembangunan sumber alam amat perlahan
- sumber yang banyak hanya tersimpan sebagai stok

6. Tahap pembangunan sosial yang rendah

- kesan daripada tahap kesihatan dan pendidikan yang rendah
- namun sesetengah negara mencatatkan peningkatan seperti negara di asia tenggara (malaysia, indonesia, brunei)
- pembangunan sektor ekonomi moden mula berkembang (malaysia, thailand)
- pembangunan sosial mula meningkat (malaysia, indonesia, filipina)


Piramid Regresif / Peralihan


Piramid Regresif / Peralihan

Mewakili negara negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom pada tahun 60-an. pada masa kini hanya Singapura yang mengalami piramid regresif.

Ciri-ciri


1. Saiz tapak sempit - kadar kelahiran / kematian bayi rendah

faktor:
- status quo
- perkahwinan lewat
- keberkesanan program perancang keluarga
- penglibatan wanita dalam kerjaya berprofil tinggi
- dasar kerajaan (mengecilkan saiz keluarga)
- kecenderungan setiap keluarga (berdasarkan pertimbangan  ekonomi dan sosial)




2. Puncak lebar - jangka hayat tinggi (purata jangka hayat melebihi 80 tahun)

Faktor:
- amalan pemakanan seimbang
- kesedaran kepada gaya hidup sihat dan berkualiti
- kejayaan dalam bidang perubatan
- kesedaran terhadap keadaan persekitaran yang baik dan bersih

3. Cerun cembung - golongan dewasa (produktif) lebih ramai daripada kanak kanak

Kesan
- nisbah tanggungan rendah
- pendapatan perkapita tinggi
- taraf hidup meningkat
- kadar pengangguran rendah

4. Tahap sosioekonomi tinggi
5. Teknologi yang tinggi (dalam sektor industri untuk menampung kekurangan tenaga buruh)




Piramid Mantap / Stabil


Piramid Penduduk Stabil/ Mantap

Piramid yang berbentuk tegak/ hampir tegak
contoh negara - Jepun, Sweden, Amerika Syarika, Uk , Perancis, Denmark

Ciri ciri

1. Kadar kelahiran dan kematian rendah
2. Telah mencapai penduduk optimum
3. Pembangunan sosioekonomi yang mantap
4. Ekonomi sektor industri dan perkhidmatan
5. Tahap pembangunan sosial tinggi - kadar pembandaran tingggi



                                              Piramid Terganggu

Piramid Terganggu

·         Piramid terganggu boleh berlaku kepada ketiga-tiga jenis piramid.
·         Kesan gangguan menyebabkan berlaku perubahan kepada kepanjangan bar sama ada lelaki mahupun perempuan.
·         Punca gangguan ialah sama ada peperangan, penyakit, polisi kerajaan dan bencana alam.
·         Contoh piramid russia pada 1992  berbentuk genting ditengah disebabkan oleh bilangan kelahiran yang sangat kurang pada 1941-45 (perang dunia kedua).
·         Hal ini menyebabkan bilangan penduduk berumur 45 hingga 49 pada tahun 1992 (rajah di kanan) menyusut dengan ketara.
·         Selain itu bilangan lelaki umur tua juga sedikit berbanding wanita kerana ramai lelaki mati ketika peperangan.


14)Komposisi etnik
Ciri-ciri pertumbuhan kawasan yang berbeza dari aspek kesuburan, kematian, umur dan ia berbeza disesuatu kawasan dan melibatkan etnik yang terdapat disesebuah negara.
15)Fertiliti
Merujuk kepada bilangan sebenar kelahiran yang berlaku kepada seseorang wanita. Atau pasangan suami isteri.terminologi fertiliti sering kali disalah erti dengan kesuburan atau fekunditi. Kesuburan pada hakikatnya ialah kemampuan seorang wanita untuk melahirkan anak (shryock & siegel 1975; pressat 1972:172) dengan demikian, terminologi fertiliti tidak boleh digunakan silih berganti dengan kesuburan, kerana pada konsepnya kedua-dua berbeza. Fertiliti seseorang adalah terhad kepada kesuburannya dan biasanya lebih rendah daripada kemampuannya untuk mempunyai anak.
16)Mortaliti
Kadar kematian yang dicatatkan penyakit, kemalangan dan lain-lain
17)Kadar Kesuburan Umur Tertentu
Merujuk kepada bilangan kelahiran oleh ibu-ibu bagi kumpulan umur tertentu dalam sesuatu tahun, bagi setiap perempuan dalam kumpulan umur berkenaan.

Kadar Kesuburan
Umur Tertentu         =
Bilangan kelahiran hidup mengikut kumpulan umur ibu tertentu dalam tahun t
x 1,000
(ASFR)
Penduduk perempuan pertengahan tahun
bagi kumpulan umur tertentu dalam tahun t






Rujukan
http://intranet.stats.gov.my/web_glossary/
dan dari pelbagai sumber2 lain di internet. . . 

1 comment: