Assalamualaikum. . .
Agak lama tak update blog ni, dah bersawang dah rasanya ni. . .
Huhu, maaf kepada semua pembaca sebab tak update blog ni. . .
bukan apa, sekarang ni agak busy dengan kerja baru, Alhamdulillah..
Rezeki kan. . .n_n
ok lah, last entry aku, aku ada buat sedikit review pasal drama korea kan. . .
malam ni, aku nak review pasal drama korea jugak. . .
hehe. . .
aku bukan apa, aku ni nak kata minat sangat kat drama korea tu takdelah, bukan semua cerita boleh masuk. .
ada jugak yang tak masuk, sekadar jadi pekasam je dalam hard disk aku tu..
huhu
ok, drama ni aku baru habis tengok minggu lepas..
20 episod, sub bahasa inggeris. . .
rooftop prince ni bagi aku drama yang sangat menarik. . .
ada komedi, romantik, sedih. . .
gabungan yang sangat menarik untuk ketiga2 genre ni. . .
drama ni mengisahkan seorang putera mahkota,Lee Gak yang kematian puteri mahkotanya, Hwa Yong. . .
untuk menyiasat punca kematian puteri mahkotanya, dia telah melantik 3 orang suruhan, Dol Chi San, Song Man Bo, dan Woo Yong Sul selepas dia ditegah oleh maharaja supaya dia tidak melakukan apa2 penyiasatan. . .
semasa ingin berjumpa dengan saksi kematian puteri mahkota itu, mereka berempat telah diserang dan tanpa mereka sedar mereka telah dibawa ke 300 tahun ke masa hadapan dan mereka telah terkandas di dalam rumah Park Ha, yang mana rumah tu dipanggil rooftop sebab dibina diatas bangunan.. . .
kat dunia masa hadapan ni, dia telah berjumpa dengan puteri mahkota yang dia percaya telah dilahirkan semula serta diri dia jugak..
diri dia yang dilahirkan semula telah dipercayai mati, dan dia terpaksa menyamar menjadi dirinya yang telah dilahirkan semula untuk menyiasat punca kematiannya. . .
tu lah sedikit sebanyak review yang aku boleh buat..
kalau nak review tiap2 episod tak seronok lah kan. . .
hehe. . .
kena tengok baru tahu keseronokannya drama ni. . .
dijamin seronok !!!
hehe
tak copy kat mana2, sebab semua ni terkeluar secara spontan berdasarkan apa yang aku tengok. . .
hehe
aku cadangkan korang tengok drama ni, sebab drama ni memang sangat menarik. . .
antara pelakon-pelakon untuk drama ni ialah :-
Yoochun JYJ sebagai Lee Gak / Yong Tae Yong
Han Ji Min sebagai Park Ha / Boo Yong
Jeong Yu Mi sebagai Hong Se Na / Hwa Yong
Lee Tae Sung sebagai Yong Tae Mu / Mu Chang
Lee Min Ho sebagai Song Man Bo
Jung Suk Won sebagai Woo Yong Sul
Choi Woo Sik sebagai Dol Chi San
rugi woo tak tengok, memang puas hati la tengok..
hehe. . .
akhir kata, tengok, jangan tak tengok :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment