Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Friday, March 18, 2011

RAHSIA DONAT GEBU. . .


tadi terbaca entri seorang blogger yang aku follow. . .

antara entri popular dia adalah cerita pasal donat. . .


(gambar ini diambil dari google image. . .kredit pada pemilik gambar. . .)

teringat lak kat donat, dah lama tak wat kuih tu. . .

huhu. . .

adik2 aku paling suka kuih donat yang aku buat. . .

diorang kata donat yang aku buat memang lembut. . 

haha. . . 

bukan puji diri sendiri ye, tapi memang diorang yang puji. . .huhu

sebenarnya senang je nak wat donut yang lembut dan gebu. . .

antara bahan2nya ialah. . .

1/2 kg tepung gandum (biasanya guna tepung gandum cap sauh)
10 sudu besar gula (kurangkan kalau tak suka manis)
6 sudu besar susu tepung (biasanya guna susu jenama everyday)
1/2 cawan mentega (biasanya guna jenama daisy)
2-3 biji telur
1 bungkus yis-kering (biasa guna jenama mauri pan)
secubit garam (ikut, letak secukup rasa)
sedikit air

cara nak buat senang sangat. . .

mula2 satukan tepung gandum, susu tepung, gula, yis, garam, mentega dan telur. . .

gaul guna tangan sampai semuanya sebati lepas tu baru masukkan air sedikit demi sedikit. . .

jangan letak air banyak sangat takut adunan tu jadi lembik. . .

tambah air setakat yang cukup. . .

tak tau nak kata banyak mana, sebab tu terpulang pada kita. . .

lepas tu adun doh dengan tangan sampai doh tu tak melekat kat tangan dengan kat besen. . .

kiranya sampai doh jadi bulat. . .

kiranya, kalau kita angkat doh tu dia tak melekat langsung kat tangan. . .

lepas tu tinggalkan doh selama lebih kurang setengah jam. . .

biar doh tu membesar sekali ganda daripada asal. . .

lepas tu terap macam biasa. . .

jangan biar lama sangat doh yang diterap tu. . .

taku lama2 dia membesar sampai hilang lubang kat tengah tu. . .

goreng sampai kekuningan. . .

last sekali letak gula, biasanya aku guna gula kastard yang halus tu. . .

lepas tu leh la makan. . .

sedap makan sambil minum kopi panas. . hehe..

p/s::bahan2 tu boleh hasilkan donat yang banyak..

kalau rasa nak makan sikit, kurangkan bahan2 tu semua jadi separuh. . .

tapi yis tetap guna sebungkus gak . .

selamat mencuba ye. . .

dan lagi satu, sorry la tidak disertai gambar sebab tak penah amik gambar pun sepanjang beberapa kali buat donat..huhu

4 comments:

  1. salam :)
    bole cube niii ;)
    tengkiu eh sudi kongsi ilmu

    ReplyDelete
  2. wsalam..
    sama2, terima kasih juga sebab sudi singgah :)

    ReplyDelete
  3. aslmkm..
    saya suka makan donut tp xpndai buat..
    nnti nk try buat..hehe
    tma ksih sharing2

    juju jasmy
    pengedar sah shaklee
    https://www.facebook.com/juju.jasmy

    ReplyDelete