ya. . .
aku memang sangat2 anti dgn rokok. . .
korang2 kat luar sana tu janganlah merokok. . .
korang tahu tak merokok tu membahayakan?
korang tahu tak korang akan membuat insan2 yang korang sayang merana sebab rokok?
sedih sebab rokok?
kisah aku. . .
abah aku dah hampir 4 tahun meninggalkan kami sekeluarga. . .
semuanya sebab rokok. . .
ya, aku pasti memang sebab rokok. . .
aku ingat lagi. . .
abah aku polis. . .
so, aku tinggal di kuartes polis yang bangunan empat tingkat tu. .
rumah aku terletak di tingkat empat. . .
satu hari, lepas abah aku habis kerja abah aku balik. . .
tapi dia tak naik rumah. . .
dia panggil abang aku dari bawah dan minta abang aku bawak dia ke hospital .. .
abah memang dah tak larat sangat masa tu nak naik tangga. . .
abah terlalu mengah untuk naik tangga. . .
memang, abah selalu batuk2. . .
aku yang dengar batuk abah ni rasa kesian sangat kat abah. . .
bukan batuk yang biasa. . .
tapi batuk yang bagi aku sangat teruk. . .
selalu jugak abah mengah. . .
hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tu. . .
kadang2 bila abah tidur aku tengok dada abah. . .
berombak. . .
tinggal tulang je kat dada abah tu. . .
bayangkan abah yang dahulunya berisi jadi kurus yang teramat sangat. . .
abah kena tahan wad. . .
doktor sah kan abah kena kencing manis dan disyaki ada TB. . .
tapi aku yakin, puncanya adalah sebab rokok. . .
kami sekeluarga kena check masa tu untuk pastikan yang kami bebas TB. . .
alhamdulillah, tiada antara kami yang dijangkiti. . .
masa tu aku tak terfikir pun yang abah akan tinggalkan kami. . .
dalam 3minggu abah duduk kat hospital daerah, abah di pindahkan pulak ke hospital besar. . .
ya, memang kami marah masa tu. . .
bila dah teruk baru pihak hospital nak hantar ke hospital besar. . .
sepanjang abah dduduk kat hospital daerah abang aku yang jaga. . .
memang nasib baik abang ada. . .
kalau tak, memang mama aku yang akan jaga. . .
kemudian abah pindah ke hospital besar mama pula yang jaga. . .
sebabnya abang terpaksa balik ke U tmpt dia belajar untuk majlis konvokesyen. . .
memang dia tak mahu pergi. . .
tapi mak aku paksa jugak dia pergi. . .
dia pergi dalam keadaan berat hati. . .
siapa sangka itulah kali terakhir dia tengok wajah abah. . .
beberapa hari abah di hospital besar, abah diletakkan di satu bilik kaca yang tertutup. . .
aku tengok abah dari luar. . .
abah buka mata, abah macam nak cakap sesuatu dengan kami adik beradik. .
tapi dia tak berdaya. . .
aku lihat mata abah berkedip2 memandang kami. . .
aku tengok pandangan sayu itu. . .
siapa sangka, itulah hari terakhir aku lihat wajah abah. . .
mama aku diminta pulang sebab adik mama aku nasihatkan. . .
makcik aku kata, kalau duduk situ pun tak boleh nak buat apa2. . .
so, hari kami melawat tu hari jumaat. . .
dan mama pun pulang bersama kami adik2. . .
hari isnin tu kami dikhabarkan yang abah dah dipindahkan ke wad biasa. . .
abah dah tak payah bergantung pada oksigen lagi. . .
petang tu, adik lelaki aku pergi melawat abah. . .
balik tu adik cerita yang abah cuma letak tangan atas perut dan memandang siling sahaja. . .
cuma ada satu soalan sahaja. . .
"koko mana?"
koko adalah panggilan pada abang aku. . .
adik kata kat abah yang abnag konvo di U dia. .
abah cuma angguk dan terus memandang siling. . .
memang kami adik beradik dan mama ada rancang nak lawat abah sabtu tu. . .
sebab kami sekolah, jadi tak boleh nak ponteng. . .
tapi. . .
takdir ALLAH. . .
pagi selasa tu, 28/08/2007 jam 5.40 mgkn. . .
aku dapat panggilan dari pihak hospital. . .
abah dah takde. . .
ya ALLAH. . .
memang aku tak percaya masa tu sampaikan aku bagi hp kat mak aku untuk cakap. . .
sepanjang sebulan abah duduk kat wad aku cuma dapat jenguk abah 3x je. .
dan bayangkan, abang aku tak dapat nak tatap wajah abah buat kali terakhir sebab dia tak sempat nakpulang. . .
bila dia sampai semua urusan dah selesai. . .
bayangkanlah apa perasaan dia masa tu. . .
tapi kini aku dah redha. . .
ALLAH lebih sayangkan abah. . .
dan aku redha abah pergi dari tengok abah terlantar sakit macam tu. . .
takat ni lah cerita aku. . .
satu je aku nak pesan, janganlah merokok kalau korang masih ada orang tersayang. . .
memang kita akan mati, tapi janganlah pilih merokok untuk mati. . . . .
**AL-FATIHAH untuk arwah abah. . .
smoga abah ditematkan dalam kalangan orang yang beriman. . .
amin. . .
maaf, terlalut bercerita. . .
maaf kalau korang rasa entri ni tak masuk dengan tajuk. . .
tiba2 aku rindu abah. . . . . . . . .
katakan tidak pada rokok..^_^
ReplyDelete