skip to main |
skip to sidebar
ENTAH LAH. . .
soalan yang orang biasa tanya bila aku cakap aku dah nak habis belajar ialah. . . .
lepas ni nak kerja apa?
dan biasanya aku akan jawab, tak tahu lah. . .
dan orang tu akan balas balik. . .
aik, takkan belajar apa tak tahu nak kerja apa kot??
ok, untuk pengetahuan semua. . .
aku sambung belajar bukan sebab aku nak kerja dalam bidang yang aku belajar tu lah. . .
aku pun tak minat sebenarnya bidang yang aku belajar sekarang ni. . .
aku just belajar untuk ilmu sahaja. . .
dan sebenarnya aku nak kejar degree itu. . .
memang aku pernah mengeluh sebab penat sangat belajar ni. . .
aku rasa nak cepat2 je abiskan. . .
tapi, dalam pada tu aku bersyukur jugak aku adalah insan yang terpilih untuk sambung belajar di IPTA. . .
bukan senang nak dapat, betul kan?
memang banyak pengalaman yang aku kutip masa aku belajar. . .
dan aku belajar berdikari dalam hidup ni. . .
dan aku bersyukur jugak sebab dapat belajar jauh. . .
takdelah aku runsing nak balik tiap minggu. . .
hehe. . .
sebenarnya minat aku adalah lebih kepada makanan dan masakan. . .
aku suka memasak, aku sukakan kek dan aku sukakan pastri. . .
aku tak minat pun untuk mengkaji perilaku manusia. . .(itulah bidang aku sekarang)
dan aku juga merancang untuk sambung dalam bidang kemahiran lepas ni. . .
lepas hampir tiga tahun buat benda yang aku tak minat langsung. . .
mungkin lepas ni aku akan buat benda yang aku minat pulak kan. . .
siapa tahu. . .
dan untuk pengetahuan semua. . .
aku tak memilih kerja pun. . .
kalau ada kerja kosong nanti aku akan cuba isi. . .
aku tak kisah walaupun kerja aku tu nanti tak setaraf dengan ilmu yang aku miliki. . .
kadang2 aku terfikir. . .
kenapa kita nak paksa buat benda yang kita tak minat semata2 orang lain buat?
betul tak?
lepas ni aku tak kisah nak kerja apa pun. . .
rezeki ada dimana2 kan?
cuma kita je lah kena pandai rebut peluang tu kan. . .
***p/s:: kalau sape2 yang ada kerja kosong nak offer kat aku silalah bagitahu ye. . .
aku ada pengalaman jadi pembantu cikgu tadika. . .
hehe. . .
takdelah, gurau je. . .
chill !
^_^
No comments:
Post a Comment