Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Monday, July 22, 2019

TONIK RAMBUT TERBAIK : SUPER 8 HAIR TONIC

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ini.

Baik harini nak promote 1 produk ni.
Boleh kata review juga lah, sebab Nurul sendiri pun, pengguna produk ni tau.



Nurul sebenarnya ada masalah rambut gugur yang boleh kata agak serius juga lah.
Sebabnya rambut ni memang hampir menipis.

Then, Nurul ada jadi dropship dengan satu produk ni dulu, founder tu keluarkan tonik untuk rambut ni.
Jadi belilah terus 20 botol, jadi agen terus tau.
Alhamdulillah, memang berkesan tau tonik ni untuk Nurul.



Rambut memang dah kurang sangat gugur, dan Nurul perasan banyak anak anak rambut baru yang tumbuh tau.

Bukan nak sembang ke apa, tapi Super 8 Hair Tonic ni memang best lah hasil dia.
Dah hampir 2 tahun tau dalam pasaran.

Nurul pun dah hampir 2 tahun guna tonik ni, dan masih lagi pengguna dan penjual tonik ni.

Tonik rambut ni InshaAllah takde bahan2 terlarang.
Bahan bahan dalam tonik ni InshaAllah dari bahan bahan organik yang sangat selamat digunakan.
Sebab apa, sebab dalam tonik ni dia merupakan gabungan 8 minyak yang terbaik untuk rambut tau.


Minyak Argan - Terbukti menjadikan rambut lebih halus dan bersinar. merawat hujung rambut yang bercabang dan kering.
Minyak Habbatusauda - Meningkatkan pertumbuhan rambut ,dan mencegah rambut botak Minyak Bunga Matahari – Minyak penyubur rambut & merangsang pertumbuhan rambut Minyak Zaitun – Mengandungi anti bakteria, Vitamin e, Omega 9 mineral, protein & Omega 6 yang sangat baik untuk kesihatan rambut Minyak Biji Anggur – Melebatkan bulu mata & Pertumbuhan rambut Minyak Kastor - Memelihara kulit kepala dan memperkuatkan akar rambut dengan nutrisi penting Minyak Bijan - terkenal untuk rawatan rambut terutama dikalangan kaum india. Ia disapu dikulit kepala untuk menyejukkan kepala. Minyak Badam – Mengilaukan rambut, melancarkan peredaran darah & memperbaiki peredaran darah untuk meransang pertumbuhan rambut

 Dan, Super 8 Hair Tonic ni di daftarkan di NPRA ya.


1 botol ni 50ml ya dan berharga RM34 (belum masuk kos penghantaran)
Kos penghantaran RM7sm RM12ss

Boleh digunakan seisi keluarga tau.
Dari baby sehingga ke Mak ayah tau.

Kalau nak mudah dan kos penghantaran lebih murah korang boleh terus order dari akaun Shopee saya.
Cuma klik link ini ---> Link Shopee - Super 8 Hair Tonic

Nak whatsapp pun boleh terus klik link whatsapp ni Whatsapp saya

Baik, sebelum habiskan ni biar Nurul share testimoni testimoni pengguna supaya korang lebih yakin dengan tonik rambut ni.







Sekian dari Nurul harini.

Till we meet again on the next post.

Wassalam.

REVIEW : KASUT KESIHATAN MEDSHOE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca pembaca yang singgah di blog Nurul.
Sihat ke tu? Harap harapnya sihat semua.

So how was your weekend?

Weekend Nurul macam biasa je, macam selalu.
Makan tidur, repeat. haha

Memang weekend ni selalu kerja makan je. Kalau hari biasa tu takdelah banyak sangat makan macam weekend.

Okay back to our post title, malam ni terasa nak buat review pasal kasut Medshoe yang Nurul dan beli dan pakai, dah hampir sebulan.

Al-kisahnya bulan lepas turn Nurul dapat kutu, jadi laburlah sedikit duit untuk beli kasut dari Medshoe ni.
Mula mula kenal kasut ni bila google , search kasut yang comfy sesuai untuk plussize, jadi medshoe ni ada keluar.
Tengok kat facebook, eh macam menarik pula kasut jenama ni.
Tak pernah dengar pun sebelum ni, lepas tu jalan jalan kat Aeon Manjung, eh ada buka butik laa kasut jenama ni.

Jadi lepas tu tekadlah nak beli try sepasang.
Rupanya kasut medshoe ni mula mula ada dalam pasaran untuk nurse , kalau tak silap saya lah.
Kemudian dia berkembang sampai sekarang.
Dah ada macam design kasut, banyak yang cantik cantik.

Ihsan Medshoe web


Boleh ke website dia klik sini --> Medshoe

Nurul beli sepasang Light Sporty colour Merah
Cantik menawan uolss

Ihsan Medshoe Web


Yang penting memang selesa tau.
Kalau jalan tak sakit tumit, ringan je rasa dan rasa macam tak pakai kasut
Bahagian tumit kasut ni tebal tau, jadi memang tak terasa.

Nurul beli jenis ni sebab Nurul memang banyak berjalan dan lagi satu, petang petang boleh buat jogging lahh kononnya kann.heheh

Design dia cantik, kasut selesa.

Tapi Nurul nak sarankan kalau nak beli kasut ni better ke butik terus, sebab saiz dia lain dari saiz kasut yang Nurul biasa pakai, jadi kalau nak selamat better ke butik.

Kalau nak beli online pun boleh ajee kan, janji tanya betul2 pada seller online tu sebelum membeli ye.

Nak maklumat lanjut boleh klik link tadi.
Facebook rasmi : Medshoe-HQ
Instagram rasmi : medshoeofficial

Ada rezeki memang nak beli lagi sepasang
Overall, memang puas hati and I am satisfied user

Sekian my review

Till we meet again on next post

Esok Isnin, harap harap takdelah yang Monday Bluesss

Wassalam

Sunday, July 21, 2019

SESI MEMBERSIHKAN SARANG SPIDEY!

Assalamualaikum uols, harap semuanya sihat sihat sahaja
Nurul doakan, semua yang datang melawat blog Nurul ni diberikan kesihatan yang baik.
Dah bersawang blog ni, dah lama tak berupdate, bukan apa sekarang ni dah ada Instagram, maka blog ni ditinggalkan kesepian, ewahh

Jadinya harini teringin nak berblogging pulek, rindu juga zaman belajar dulu, ada masa nak berblogging walaupunn takde sesiapa yang nak membacanya, haha
Post pun merapuu je dulu, tah pape tahhh

Jadi harini ni login blog ni dan kemaskini sikit sikit, revertkan post2 yang tak berkenaan as a draft, bersihkan sesikit dan nak fikirkan hala tuju blog nii

Rasa macam nak buat blog ni as blog berkongsi resepi, as Nurul ada juga buat video masakan ada masak sesikit selalu upload kat Instagram, rasa macam why not post kat blog jugaa kann

Then, ada juga buat bisnes online sesikit, selalu post kat Instagram, Facebook, Shopee kan then why not share kat sini jugaa kan. Mana tahu ada rezeki juga dari blog kan.

What say you?

InshaAllah akan cuba sedaya upaya update blog ni at least 1 post sehari which is nearly impossible kan, haha
At least 1 post a week pun dah kira syukurr update blog ini,hihi

So, yang singgah blog ni Thanks a lot, walaupun senduu gitu tetapp kan,hihi

Till we meet again untuk next post.

Kbai

Sunday, April 1, 2018

RESEPI KIMBAP AYAM / DAGING MUDAH DAN SEDAP



Assalamualaikum semua..

Wahh, tengok last entri adalah pada tahun 2016??
Memang dah bersarang betul lah blog ni..

Mianhaeeee..

Tetiba mianhae kann, apakah??
Mentang-mentanglah tajuk ada kaitan dengan korea, yang keluar pun nak korea jugekk.

Mianhae tu maaf dalam bahasa korea.

Yelah kan, sesejak jadi minah K-Pop, kaki K-Drama, lepas tu hantu K-Variety show ni kan, yang keluar pun semua nak bahasa korea. Halah2 poyo gitu kan. hehe

Okaylah akak taknak lah mengarut panjang-panjang kan.

Back to the tajuk entri.
Hari ni nak share resepi kimbap ala Melayu.
Hehe

Boleh pulak kan, dah melayu yang buat dia punya hasil pun mesti la ala melayu kan, dari segi rasa dia semua.

Kimbap ni sebenarnya dari perkataan korea, kim tu adalah seaweed dan bap tu adalah nasi. Jadi make sense la kan, kimbap ni adalah nasi yang dibaluti dengan seaweed.. gituu.

Resepi ni sebenarnya di ambol dari banyak sources, sorce yang utama adalah dari Youtubers yang terkenal dengan masakan korea iaitu Maangchi. Adik minat sangat dengan Maangchi ni, siap subscribe dan tengok lagi semua resepi2 baru dari Maangchi. Resepi lain yang pernah saya buat dari Maangchi ni ialah Dakganjeong atau nama lain dia Ayam Goreng Kicap korea. Yang ni lain kali saya share ya.

Resepi kimbap ni saya dah cuba dan buat jualan lagi, Alhamdulillah laku dan InshaAllah sedap uolls.
Jom tengok apa resepi dia

(Resepi ini untuk 5 helai seaweed)

Bahan-bahan
250gm Beras short grain (saya guna jenama Sumo)
2 biji telur gred A
4 batang sosej (dibelah 4)
1/2 batang carrot (saya guna carrot Australia, lebih kecil, lembut dan manis)
1 batang timun jepun (Belah 8)

Bahan2 perapan ayam/daging (perap semalaman)
Sebelah isi dada ayam (tanpa tulang dan lemak) / Daging - Dicincang
6 biji bawang putih
Kicap cair, gula, lada sulah, sos tiram (anggarkan semuanya, boleh campur dan rasa dulu sebelum siram dan perap pada ayam)

Langkah-langkah

1. Masak nasi. Lepas nasi masak, perasakan dengan minyak bijan + garam + gula

2. Timun dibelah 2 kemudian dibuang biji tengah tu. Guna sudu untuk scoop dan buang, semudah ABC je ni uolls. Kemudian, belah 4 untuk setiap bahagian, jadi dapat 8 batang

3. Dadarkan telur. Telur diperasakan dengan sedikit garam + gula kemudian kocak sebati. Bila dah goreng telur, hiriskan kasar-kasar, dalam 1cm lebar

4. Kemudian goreng sosej

5. Carrot di hiris panjang-panjang, kemudian diperasakan dengan garam, kemudian tumiskan dengan sedikit minyak bijan yang telah dipanaskan sebentar

6. Kemudian, panaskan sedikit minyak, goreng ayam/daging yang dah diperap. Sampai masak dan garing sedikit, kemudian angkat. Siap



 Dalam gambar tu kita ada nampak tin tuna kan, itu kalau korang nak buat kimbap tuna, boleh guna tuna ayam brand ni ya, tuna mayonis. Bukan yang light tu tau, yang light tu kurang rasa mayonisnya. Dan jangan guna yang jenis pedas dan sewaktu dengannya sebab tuna tu berminyak, nanti kimbap tak jadi sebab berminyak sangat.

Tuna tu korang boleh tambah lagi mayonis untuk rasa yang lebih lazattt. Kiranya kalau nak buat kimbap tuna, korang just tukar daging tu kepada tuna tau, yang bahan lain still sama.

Dah siap bahan semua, koang just gulungkan aje, letak seaweed atas Bamboo mat (jenama Yoshii ada bagi free, beli 3 pek ada 10helai setiap pek dengan harga RM27.50 tak silap dekat AEON, dapat free bamboo mat tu, atau boleh beli kat DIY harga dia RM1 lebih rasanya) tu, kemudian spreadkan nasi atas seaweed berkenaan, dan susun timun, telur, sosej, ayam dan carrot, kemudian gulung.

Dah gulung tu, lumurkan dengan minyak bijan, untuk nampak sikit kimbap kita shining-shining je uolls, kemudian guna pisau yang betul-betul tajam dan potong dalam 1cm jaraknya, haa dapatlah rupa kimbap yang cantik macam kat bawah ni.hehe





 Dan lepas tu, taburkan bijan yang yang di sangai atas kimbap ni, sedia di makan dan di jual.hehe

Cantik kan hasil kimbap ni?hehe
Dulu buat untuk makan aje, sekarang ni kami ada jual juga hujung-hujung minggu buat tambah income.

Korang try la buat, mana tahu boleh buat tambah income juga kan. Hehe. Mula-mula tu memang rasa renyah dan payan nak buat, tapi bila dah lama-lama tu boleh rasa nak buat dia takdelah susah mana, dalam 2jam je dah boleh siap 5 gulung ni. Hehe, dia jadi 2 jam tu sebab nak masak semua inti-inti dia tu tau. Hehe.

Gulung dan potong tu dalam 15 ke 20 minit dah siap, cehhh berlagakkk kan.

Ha, korang jangan lupa cuba tau resepi ni, lepas tu jangan lupa share di bahagian komen tau.

Lain kali kita share resepi lain pulak tau, sebab banyak nak share ni tapi rajinnya tak sampai lagi. Haha.

Sayang korang, okbai

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

IKLAN

BUST UP EXPRESS PREMIUM

MASALAH YANG SERING IBU ALAMI
Masa anak dara payudara bukan main mantap dan cantik lagi, tapi bila hamil, payudara dah alami perubahan untuk persediaan air susu.

Selepas bersalin dan kekerapan menyusui bayi, payudara mula jatuh kendur dan ada yang alami saiz payudara yang tidak sekata.
Bila tak menyusui bayi, payudara betul-betul jatuh dan tidak anjal disebabkan oleh proses menyusu dan collagen-collagen dalam badan dah hilang!!

BERITA BAIK!!
Kini ibu-ibu boleh tersenyum lebar kerana masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya penggunaan BUST UP EXPRESS PREMIUM sahaja!! Sejenis jamu moden yang sedap yang penting berkesan dan berkhasiat.

Bust Up Express membantu payudara dalam:
* Kembalikan kenanjalan
* Besarkan payudara
* Tegang
* Puting bewarna pinkish
* Gebu
* Suami kembali tertawan!

Untuk order dan maklumat lanjut, sila klik, 012-404 8291


Monday, March 7, 2016

RESEPI BROWNIES KEDUT MUDAH SANGAT

Assalamualaikum..

Semalam hakak terlebih rajin. Oh rajinnya bakal bini orang ni kan. Haha. Takpa, takdak calon pun takpa, kata-kata tu kan satu doa? Bila dah hari-hari cakap jadi bini orang, nanti InshaAllah sampai la jodoh tuu kann. Melalut bagi la kat dia. Haha.

Jadi nak dijadikan cerita, adik la yang nak makan sangat brownies. Dia minta kakak dia ni tolong buatkan kat dia. Hakak dia ni pun gigih lah cari resepi buat brownies yang mudah. Nak yang mudah je, janji jadi dan boleh dimakan. Hehe. Kami janji nak buat sama-sama, last-last dia tidur hakak dia sorang je yang buat. Hampeh..

Gigih-gigih google cari resepi, dalam 2 minggu juga lah baru dapat buat brownies ni. Setelah beberapa hujung minggu yang agak busy. Hakak amik resepi dari sini ==> enyabdullah.com . Mudah , senang difaham dan diikuti. Hasil dia? Boleh la dimakan, tak cukup kedut lagi hakak rasa..

BAHAN-BAHAN
400gm Dark Chocolate (guna jenama Beryl's, beli di kedai yang jual barang-barang jual kek, cari kat pasaraya susahhh sangat nak jumpa)

100gm Tepung naik sendiri (Guna blue-key self-rising flour)

30gm serbuk koko (guna van-houten)

120gm Gula perang (boleh guna gula castor, ikut resepi asal 150gm, tapi boleh dikurangkan sampai 100gm sebab gula perang tu pun akak kurangkan dari 170 jadi 120gm)

150gm Butter (guna butter jenama anchor atau president brand president ni lebih mahal tapi akak suka bau dia)

4 biji telur

1 sudu kecil vanilla esen (guna star brand 1penutup = 1 sudu kecil)

Secubit garam kasar

CARA-CARA
1. Satukan tepung dan serbuk koko, kemudian diayak

2. Cairkan dark chocolate dan garam kasar menggunakan kaedah double boiler.

3. Kemudian cairkan butter.

4. Satukan butter yang telah dicairkan, 4 biji telur, gula perang, dan esen vanilla.

5. Kacau keempat-empat bahan tersebut sampai rata semuanya.

6. Kemudian, masukkan tepung+serbuk koko yang telah diayak dan diselang selikan dengan coklat. Simpan coklat untuk di campur akhir sekali. Gaul adunan sampai sebati.

7. Apabila semua sebati, masukkan baki coklat dan kaupkan 2,3 kali

8. Masukkan dalam loyang petak bersaiz 10x10 inci. Gris loyang dengan butter atau guna baking paper, supaya mudah kita nak keluarkan nanti.

9. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 160 darjah celcius. (Panaskan ketuhar dalam 15 minit)

10. Bakar lebih kurang 30-40 minit bergantung pada jenama ketuhar. Hakak bakar dalam 40minit. Cara nak tau brownies kita ni dah masak ke tak adalah dengan guna lidi atau pisau jam, cucuk tengah-tengah brownies, kalau banyak adunan yang melekat, brownies belum masak, bakar beberapa minit lagi, kemudian test lagi kalau sikit adunan yang melekat, dah boleh tutup suis.

11. Bila dah masak, jangan keluarkan dulu, biarkan brownies kita dalam ketuhar selama 15 minit dengan pintu ketuhar direnggangkan sedikit.

12. Kemudian boleh dikeluarkan dan biar sejuk di suhu bilik sebelum boleh dipotong.

13. Sedia dihidang

HASIL DIAA NIII


Sebelum di bakar dalam oven. Adunan dia.


Dah siap, yay!! Kurang sikit kedutnya, tapi memang ada lapisan. Well done Nurul. Hehe


Dah potong kekecik, sedapp.

TIPSSSS
Ini tips yang akak dapat melalui blog Eny Abdullah..

1. Guna coklat masakan yang ada jenama. (contoh Hershey's, Beryl's). Coklat compound jenama ni mudah didapati di kedai yang jual baha-bahan buat cake dan biskut. Ya, akak pun cari kat sana. Rasionalnya guna coklat berjenama ni, bila kita bakar brownies kita akan terbentuk satu lapisan yang shining dan berkedut. Kalau guna coklat jenama biasa, kandungan peratusan koko rendah, yang banyak gula, pewarna, gula aje, jadi brownies kita akan kurang rasa coklat dan takde lapisan kedut yang terbentuk diatasnya. gitulahh, argument dia. hehe

2. Jangan sesekali simpan brownies dalam peti sejuk, ini akan sebabkan brownies kita jadi keras. Simpan di luar, tahan 4 hari. Tapi kalau nak masukkan juga, panaskan brownies dalam microwave sebelum dihidang.

3. Guna butter yang berkualiti. No buttercuppp pleasee, sebab buttercup bukan sejenis butter.. Aku teripu lamaa dah ropenye..

4. Pastikan adunan jangan diadun guna mixer. Guna senduk kayu aje. Brownies ni memang mudah, tak perlu mix lama dan guna mixer bagai. Guna senduk kayu aje. Dah jadi. Adunan tak boleh di mix terlalu lama tau. Janji adunan sebati je dah.

5. Jangan lupa masukkan coklat lastt sekali tau. Lepas semua bahan sebati. Lepas tu kaup sikit2 aje.

6. Resepi brownies yang bagus adalah dengan menggunakan coklat lebih banyak dari tepung. Jadi kita akan dapat hasil brownies yang mampat dan kaya rasa coklat Pehhh sedap. Untuk penggemar coklat boleh la try..berbaloi-baloii.

7. Jangan overbaked brownies. Brownies yang sedap akan rasa moist didalam. Kalau overbaked, brownies kita akan jadi keras dan kering. Jadi masa kita bakar, kena hati-hati tau.

8. bakar guna api atas dan bawah.

KOS PEMBUATAN
Secara keseluruhan, kos pembuatan untuk bahan-bahan dia untuk Mac 2016 ni kan, jom kira.

400gm Coklat compund Beryl's RM7.50 (akak beli 240gm=RM4.50)
30gm serbuk koko van houten RM2.80 (akak beli 70gm RM6.49 kebetulan offer kat aeon masa tuu..dapatla murah, kalau tak harga asal dia RM8)
100gm self rising flour RM0.40 (akak beli 1kg RM4)
150 butter RM5.33 (akak beli anchor 225gm RM8)
4 biji telur RM1.60
120gm gula perang RM0.50 (akak beli 500gm RM1.99)

Ini hanyalah roughly pengiraan aje, okay lah harga dia nak dapatkan seloyang brownies ni.. Boleh la cuba pulak lepas ni kan?hihi


Saturday, February 27, 2016

MEE UDANG SEDAP DAN SENANG

Assaalamualaikum..

Okayy, memandangkan minggu ni adalah minggu rajin hakak memasak, jadi hakak akan share resepi je untuk hadik2 hakak di luar sana.
Kemahen kan, macam ramai sangat je dia punya peminat.haha

Nak dijadikan cerita, haritu ke pasar malam, beli udang sederhana besar camtu la. Udang laut pulak tu kan, jadi teringin pulak nak cuba baut mee udang. Sebabnya, Ahad lepas berjalan dengan kengkawan sampai ke Telok Senangin di Segari nun, teringin nak makan mee udang sekali kedai tutupppp..Menangeh ler dah dari jauh bila sapai2 je kedai tutup.

Jadi, demi nak mengubati hati lara ni, hakak pun gugel je laa resepi mee udang yang ringkas ni. Memang ringkas. Hakak suka, ye la dah dasar pemalas ni kan, nak cepat aje. Kalau boleh nak beli instant paste terus. Bertuah sungguh sesiapa yang memperisterikan hakak ni.

Dah gugel2, terjumpa laa resepi ni. Boleh ke link ni ya mrscancer , blogger ni pun ambil resepi dari Azie Kitchen , so jom cobaa..

Bahan-bahan
Bawang putih + bawang merah (ditumbuk bersama / dikisar kasar)
3 sudu besar cili kisar
10-15 ekor udang kecil
2 sudu besar udang kering
1 biji ubi kentang
1 biji tomato
2 sudu besar sos cili
6 ekor udang besar (kuantiti terpulang)
2 ekor sotong besar (kuantiti terpulang)
Stok udang (rebus kepala dan kulit udang dengan air)
Serbuk perasa (garam, gula, lada sulah)

Hiasan (Ikut selera masing2)
Telur rebus
Fishcake
Tauge
Sawi
Bawang goreng

Cara memasak
1. Rebus ubi kentang sebentar dan kemudian kisar bersama udang kecil, udang kering, tomato
2. Tumis bawang putih + bawang merah
3. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak
4. Selepas itu masukkan bahan2 yang dikisar tadi, dan masukkan stok udang biarkan mendidih
5. Masukkan sos cili kacau kacau dan masukkan udang + sotong
6. Biarkan udang + sotong masak dan masukkan serbuk perasa dan biar sampai mendidih.
7. Sedia dihidang bersama mee yang sudah dicelur dan hiasan ikut selera masing2

Nota kaki :
1. Ikut resepi asal, tomato guna 2 biji, 2 sudu sos tomato, 1 sudu sos cili. Tapi saya takut masam, tak suka masam jadi saya guna 1 biji tomato dan 2 sudu sos cili tak guna sos tomato
2. Sotong option, boleh masukkan atau tak
3. Ubi kentang tu tujuan dia untuk pekatkan kuah, kalau letak sebiji memang pekat sangat kuah jadi macam kuah mee rebus jadi kalau taknak pekatkan kuah boleh kurangkan ubi kentang kalau taknak letak pun takpa kuah jadi cair sikit.
4. Sukatan ni kuah untuk resepi ni boleh dimakan bersamaan dengan 1 bungkus mee kuning 500gm



Hasil diaaaa, sedapp..Okay, memuaskan anak tekak dan perut. Makan semangkuk pun dah konyang. Cuba lah, senang ajerr.

Boleh share :)

Friday, February 26, 2016

KEROPOK LEKOR HOMEMADE MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum..Dah lamaa tak hapdet blog ni.Blog ni punn dah makin tak berseri. Macam tuan dia juga. Eh, eh?Huhaiiii.

Okay2, taknak lengahkan masaa. Post hari ni nak share keropok lekor homemade.
Saya memang penggemar keropok lekor ni, selalu makan masa duduk kat terengganu dulu, bila dah balik duduk sini dah memang jaranggg sangat jumpa keropok sedap. Selalu saya beli di area sini, banyak jumpa keropok yang banyak angin, liat, kurang rasa ikan, masin.. Jadi kecewaaa gilerr je rasa. Dah la kita ni memang suka sangat dengan keropok lekor ni.

So, buat sendiri je senang. Memang memerlukan kesabaran juga lah buat keropok lekor ni. Nampak mudah, tapi tak semudah yang disangka juga. yang tak sabar tu bila kena siang ikan banyak2 dan ambik isi dia tu. Kalau tak sabar memang tinggal dah.hehe. tu baru try 10 ekor, kalau banyak2 tu tak tahu lah..huhuhu

BAHAN-BAHAN:
10 ekor ikan sardin / curut aka selayang
Tepung ubi kayu / tepung sagu
Garam + gula

CARA-CARA:
1. Siang ikan dan ambil isinya sahaja
2. Isi dikisar separa halus
3. Tambah tepung + garam + gula dan gaulkan sampai boleh dibuat bulat (tak melekat di tangan)
4. Gentel panjang2
5. Rebus sampai keropok lekor tu timbul
6. Kemudian boleh disimpan dalam peti atau digoreng

NOTA KAKI:
1. 10 ekor ikan boleh dapat dalam 8-10 batang keropok lekor yang pendek2
2. Tepung boleh anggar sama banyak dengan isi ikan
3. Garam dan gula secukup rasa
4. Makan dengan sos cap arnab sedappp





Hasil dia? Memang memusakan hatiii. Lembut, terasa ikannya, rasa tak puas makan. Dah cuba ni, boleh la terus mencuba lagi. Korang pun cuba la. Dijamin puas hati hasil dia. All the best kengkawan !

Wednesday, September 2, 2015

RAHSIA BUAT KUAH SPAGETTI SEDAP TANPA KUAH SEGERA (PREGO, KIMBALL DLL)



Assalamualaikum..

Okay, cuba korang tengok kat tepi, entri yang paling popular, ada entri pasal pasal buat spagetti tanpa prego kan?
Tak ingat? Alaaa yang ni, RAHSIA NAK BUAT KUAH SPAGETTI YANG SEDAP TANPA MENGGUNAKAN PREGO
Ya, aku pernah share pasal ni sebelum ni, dah lama dah 4 tahun lepas, hihi.
So masa tu aku memang tak guna Prego, tapi aku ada guna serbuk Bolognese dari Maggi.
Caitt, mengelat.
Jadi kali ni aku betul2 punya, tak guna kuah segera punya, atau serbuk2 segera yang seangkatan dengannya.
Memang lebih sedap dan enak dan buat kita nak tambah lagi dan buat kita nak lagi dan berapa kali dan laaa.
Oh yaa, yang penting resepi ni untuk korang yang tak suka kuah spagetti yang masam.
Peh terasa-rasa dalam mulut ni.
erkk!

Jadi, moh kita mula.

Bahan2 :-


8-9 ulas bawang putih
1-2 labu bawang besar

 3-4 sudu cili boh (kalau suka pedas bole tambah lebih, saya bubuh 4 sudu ok laa tak pedas mana dan yang penting tak masam)

1 tin sederhana kecil tomato puree ( aku guna jenama duchef ni, ada yg paling kecik, aku amik yg sedang2 besar tin dia)
Aku amik tomato puree duchef ni sebab dia lebih murah, dan tin dia pun senang nak buka.
Tarik aje.hihi


Daging cincang Ramli (nak guna ayam pun boleh, tapi kalau guna daging bau kuah tumisan dia nanti lebih ummmmpphhh)

10 batang sosej

Air
Daun basil kering
Garam, gula, lada putih secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak

Panaskan minyak, tak payah tunggu sampai berasap kalau guna periuk bulat cam dalam gmbar ni, letak minyak terus je boleh tumis.


Tumis bawang putih, tengok ada yang dah burn sikit.kiki.
Tumis sampai naik bau harum


Tumis bawang besar pulak.
Tumis sampai bawang2 ni layu.


Masuk cili boh, tumis sampai pecah minyak.
Memang menyegat woo ke hidung time ni.


Lepas tu masukkan daging cincang.
Tunggu sampai air dari daging tu keluar.
Bau masa time ni memang wangiiii sangat.
Bau air yang keluar dari daging ni memang sedap sangat, tunggu gelegak sikit.


Lepas tu masuk sosej yang dah potong kecik2 camni.
Biar sampai masak sosej tu.


Lepas tu masukkan tomato puree.
Kacau rata.


Lepas tu masukkan air. Boleh guna tin yang tomato puree tadi tu untuk letak air, dan masukkan sekali.
Kalau agak2 nak kuah cair bole tambah air. Sukatan air adalah terpulang pada kepekatan kuah yang korang nak.
Kalau dah agak2 terlebih air, cair sangat boleh letak bancuhan tepung jagung.


Lepas tu perasakan dengan garam, gula dengan lada putih.


Lepas tu tabur daun basil kering. Kacau dan tunggu menggelegak.

Ok, dah siap tu boleh dihidang.
Adeh, terliur doe tengok gambar ni.
Masih terasa-rasa rasa dia.
Memang tak masam sangat, terasa cili boh dia.
Ni untuk anggaran makan 5-6 orang makan.
Cara lembutkan mi spagetti dia macam biasa la, didihkan air, masukkan minyak sikit, garam sikit dan tunggu dalam 12-15 minit.
Lepas tu toskan.
Makan panas2 memang sedap sangat.


Meh2, selamat menjamu selera.
Selamat mencoba.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

***IKLAN SIKIT***


SWEET CAN D CUP VS PRODUK X
======================
➜ Produk pembesaran payudara & pinggul “NO 1 DI ASIA”
➜ Dihasilkan melalui teknologi NANO
➜ Sesuai untuk semua peringkat umur
➜ Boleh diambil bersama coffee, teh & milo
➜ 99% Pelanggan kami memberikan feedback positive & repeat order
➜ Harga yang berpatutan
➜ 1 set terdiri daripada “BREAST DRINK”& “BREAST SERUM”
➜ Ibu mengandung & Menyusukan bayi boleh menggunakannya
➜ Cara Pengambilan yang ringkas
➜ Dihasilkan dengan ramuan yang berkualiti tinggi
➜ Mendapat kelulusan kementerian kesihatan malaysia (KKM) & jakim (HALAL)

Anda juga?
[✘] Tak perlu berhabis ribuan ringgit untuk mencuba produk lain
[✘] Tak perlu rasa malu dengan tubuh anda
[✘] Tak perlu bersenam untuk dapatkan body yang cantik
[✘] Tak perlu risau tentang usia anda yang semakin lanjut
[✘] Tak perlu risau ketika “BERSAMA” suami anda
[✘] Tak perlu risau masalah dalaman & kesihatan anda

PEURARIA MIRIFICA - Menambah saiz payudara & Mengetatkan vagina
APPLE STEM CELL – Mengetatkan kulit yang kendur, longgar seperti payudara,punggung kendur dan masalah kelemahan rahim
GLUTATHIONE - Membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar
VITAMIN C - Membantu menghalang masalah skurvi iaitu penyakit yang disebabkan kekurangan nutrien berkenaan dalam badan

Belanja RM130 aje setiap 45 hari.
Berbaloi2 hasil dia.

FREE POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA.
Dapat collagen drink, breast serum, scoop dengan shaker.

Jom baiki kulit dan penampilan dengan 1 set produk terrbaik ni.


SMS/WHATSAPP KE 012-404 8291 UNTUK PERTANYAAN LANJUT






***TESTIMONI PRODUK SIKIT**








Sunday, July 26, 2015

ADA APA DENGAN HALIA??

Well, kalau sebut pasal halia ni aku rasa tak ramai yang suka kot rasa halia ni?


Samalahh aku cam tak berapa nak suka sangat dengan halia ni sebabnyaaa ada kejadian pahit dengan halia ni.
Dulu masa Form 2 tak silap, aku dok asyik batuk je, jadi mama pun kesian kot tengok batuk teruk mama buatkan air halia.
Nak dijadikan cerita aku pun minumla rebusan halia tu, tup2 terus tersedak dengan kepedasan halia tu dan batuk makin teruk.
Haha
Itu yang buat lepas tu aku tak minum dah ait halia.
SERIAUUU !!

Tapi dah makin meningkat umur ni badan ni makin penuh angin.
Bila angin penuh dalam mula laa rasa tak selesa sana sini.
Memula tu minum Eno Halia tu je kalau angin.
Tapiiiii
jangan la dok amalkan Eno tuu, tak elok.

Jadi aku pun tukar selera dengan minum Teh susu campo halia.
Memang sedap, angin memang keluar.
Jadi selalu memang minum teh halia beli punya.
Kalau kat mamak memang ada.

Jadinya ada satu hari tu mama ke pasar dan terjumpa kawan dia beli halia, halia yg jenis muda sikit tu.
Dia beli dalam kuantiti yang banyaakkk.
Jadi mama tnya lah buat apa beli banyak2, dia kata nak buat minum.
Mama tnya mcam mana, rupanya mudah ajee.
Cara dia ampa hiris halia tu, jangan nipis sangat lepas tu tumbuk sikit jadi cam gambar bawah ni.
Nak ketuk sikit pun bole.


Lepas tu bole simpan dalam bekas, simpan dalam peti.
Bila rasa nak minum cuma tambahkan halia ni dalam minuman korang.
Cara aku, aku akan rendam halia ni dalam air panas, dalam 15minit, lepas tu tapis dan air tu bole bancuh teh.
Bancuh terus pun takpa, lepas tu rendam bg dia infused sikit dan tapis.
Masa tapis tu perah2 sikit bagi jus dia keluaq.
Cara lain kalau ampa rajin, bole blender halia tu, lepas tu tapis dan amik jus dia je.
Haa, bila bancuh teh tu bole amik pati yang kita simpan tu.
Memang sedappp.
Selamat mencubaa tau.
Moh buang angin2 dalam badan tu.

p/s : aku buat halia ni campur dengan nescafe O atau kopi 3in1, aku tak taulah khasiat dia hilang ke tak, tapi memang enjoylahhh rasa dia.

HIHI

Friday, July 24, 2015

AIDILFITRI 2015

Assalamualaikum..

Berjumpa lagi dengan Ramadhan kali ni..

29 hari lengkapkan ibadah berpuasa..

Dan sampai lah pada hari kemenangan, Aidilfitri..

Mukadimah kemain.

Macam biasalah, macam tahun2 kebelakangan ni..

Raya pertama ke Seberang Prai lah kiteee.

Melawat kubur arwah abah, dan sedara mara belah abah.

Raya kedua membongkang.hehe

Raya ketiga adik beradik abah mai rumah.

Raya keempat melawat keluarga belah mama.

Raya kelima membongkang tidur, sebab hujan wooo hari tuuu.

Memang best.

Raya keenam keluar berjalan dengan adik perempuan.

Raya ketujuh kojeeee.

Ha tu lah yang diisi sepanjang bercuti.hehe

Tahun kelam kabut sikit, sampai tak sempat nak bergambar sekali.

Sob Sob
T_______________T

 Jadi takdelaa gambo..

Baju raya pun takde, yang ada hanya kuih raya aje yang cuba buat tahun ni..

Yang paling laku Tart nenas..hoho, first time tuuu buat.

Bangga sekejapp.

Ahh, koya la luu.haha

Apa2 pun , Salam Lebaran ^-^

Monday, July 13, 2015

SORRY SANGAT2...

Assalamualaikum..

Dah lama tak jenguk blog, dah bersawang rasanya..

Selama hilang ni dok cari mood nak menuleh tapi tak mai2 jugak mood tu.

Haha..

Busy sikit dengan kerja dan kerja part time sampai tak sempat nak kemas kini blog..

Mana2 yang ada tinggalkan pertanyaan tu, maaf sangat2 sebab takde reply dari saya.

Yang tolong reply mekasehh banyak2.

Harap lepas ni saya akan lebih rajin update blog.

Haha..

Harapnya gituu la..

Anyway selamat berpuasa hari yang ke-26 ya..


Wednesday, May 21, 2014

PERLA COFFEE

Assalamualaikum..

Maaf all, buat masa ni Perla Coffee masih out of stock..

Thursday, April 17, 2014

RESEPI : TELUR DADAR OAT (BAGI YANG TAK BOLEH MAKAN OAT MACAM TU JE!)

Assalamualaikum..
Tajuk entri, kemaihhh habeh!
Haha!
Sebenarnya resepi yang mudah je pun..
Tersangatlah mudah dan berkhasiat, InShaAllah..
Aku rasa, mesti ramai antara korang2 yang tak suka makan oat kan?
Mesti anti gilerss dengan oat.
Ya, aku pun sama.
Memang aku anti oat sebelum ni.
Sebab aku tak suka makan oat yang bancuh dengan air panas atau susu panas ke..
Memang aku takkan makan.
Tapi disebabkan aku nak cuba makan benda yang berkhasiat skettt aku belilah sebalang besaq oat kot.
Maklumlah tengah offer masa tu, so pulon laa.
Jadi,bila dah membeli kenalah makan kan.
Aku pernah bancuh oat tu dengan air panas, dan kemudian makan dengan lauk yang aku beli.
Contoh macam ayam masak merah ker kan.
Gantikan oat tu macam nasi tu.
Oklah rasa dia, boleh masuk.
Tapi mesti kena ada lauk yang berkuah.
Kalau tak, memang tak boleh nak telan haihzz~
Jadi lepas tu aku pelbagaikan sikit masakan menggunakan oat.



BAHAN-BAHAN~

1) 4 biji telur saiz C
2) 4 sudu besaq oat
3) 1/2 labu bawang besaq yang dipotong haluih gitu
4) 1/2 batang cili hidup (ini opsyen)
5) Marjerin
6) Gula (sikittt jer tau)

CARA-CARA MEMASAK~

1) Campurkan kesemua bahan2 diatas. Ha, mudah je tu.
2) Pukul sampai sebati.
3) Lepas tu panaskan non-stick pan. Masukkan minyak zaitun sikit.
4) Dah panas tu, masukkan bahan tadi, dan leper2kan macam kita buat telur dadar tu kan.
5) Terbalikkan telur tu.
6) Biarkan masak, dan gulung. (Ini opsyen. Kalau rasa nak gulung boleh taknak pun boleh)
7) Sedia dihidang.
8) Ha, boleh dah makan. Makan camtu je dah ok dah. Memang kenyang, Alhamdulillah..

Mudah kan?
Haa, memang pun memang mudah sangat.
Cepat pulak, menjimatkan masa, dapur pun tak selerak dan yang penting SEDAP.
Jadi jomlah cuba.
Hehe..
Selamat mencuba kawan2~