Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Saturday, October 22, 2011

WHITE COFFEE MISSON

Aku adalah salah seorang penggemar kopi. . .


Ye, aku sangat sukakan kopi tapi belum lagi sampai tahap ketagihan yang melampau. . .


Dan antara salah satu jenis kopi yang aku suka adalah white coffee. . .


Mungkin ramai yang dah tahu, tapi aku just nak bagitahu lagi sekali walaupun korang dah tahu yang white coffee sangat terkenal kat ipoh, tempat kelahiran aku. . .


Hehehe. . .


Disini, aku nak kongsi sikit info pasal white coffee aka kopi putih dalam bahasa Melayu (sesuka hati je aku translate..hehe). . .


Ipoh "white" coffee is a popular coffee drink which originated in Ipoh, Perak, Malaysia. The coffee beans are roasted with palm-oil margarine, and the resulting coffee is served with condensed milk. The term "white coffee" originates from the literal translation of its Chinese name, which was introduced in the 19th century by Chinese migrants who came to work in the local tin mines.
Traditionally, Malaysian style "black" coffee roast (Kopi-O) is produced by roasting the beans with sugar, margarine and wheat. "White" coffee, on the other hand, is produced with only margarine and without any sugar, resulting in a less dark roast. Chang Jiang White Coffee and SYL White Coffee is one of the example of traditional style of white coffee. Ipoh White Coffee is also widely available in an instant version. It is sometimes consumed after dinner.


The generic term "Ipoh white coffee" in Chinese is "怡保白咖啡"(Jyutping: Ji4bou2 Baak6 Kaa1fei1). Baak6 "白" (pinyin: bái), commonly means white, has nothing to do with the colour in this instance, but is rather a reference to the way how the coffee is roasted. In Chinese, Bái also means 'without, or unadulterated', nothing has been added to the coffee during the roasting process.


(SUMBER: wikipedia)


Jadi, sebagai penggemar white coffee, aku dah try pelbagai jenis produk yang jual kopi putih ni. . .


Buat masa ni aku dah try 5 jenama. . .


Jadi aku nak buat sedikit review. . .


Tujuannya bukanlah aku nak mengutuk mana-mana produk tapi aku just nak share pendapat aku je. . .


Sebab setiap orang akan berlainan pendapat kan, kalau sama je semua korang bayangkanlah alangkah dull nya dunia ini. . .huhu


Berdasarkan kelima2 jenama yang aku dah try ini adalah senarai susunan dari yang paling sedap hingga yang ok je. . .


1- Old Town hazelnut dan original

 2- Super


3- Chek Hup




4- 888 dan Nescafe








Buat masa ni old town masih menduduki carta teratas dihati ku, hehe. . .


Jadi aku syorkan kalau korang nak try rasa kopi putih ni korang try lah dulu dengan jenama old town. . .


Untuk jenama old town bagi produk old town ni ada beberapa perisa yang seingat aku antaranya perisa original, hazelnut dan sugarcane. . .


Aku paling suka original dengan hazelnut sebab aku pernah rasa dua2 perisa ni..hehe


Rasa old town memang sangat kuat, dan kalau korang tak biasa sangat minum kopi korang akan rasa sangat pening lepas minum. . .


Jadi kalau korang first time nak try aku syorkan korang bancuh setengah sachet dulu. . .


Tapi kalau berani bolehlah bancuh 1 sachet terus..hehe


Aku ada jugak survey harga, rata2 pasaraya jual 15x40gram dengan harga RM13.90 keatas. . .


Memang harga untuk kopi putih agak mahal dan rata-rata jenama yang aku tengok memang packing 15 bungkus untuk satu paket besar. . .


Tapi untuk old town ni memang berbaloi beli sebab memang bagi kepuasan untuk aku. . .


Untuk super rasanya sedap juga tapi tak sekuat old town jadi kalau korang nakkan yang murah sikit korang boleh try jenama super. . .


Harganya sekitar RM11.50 untuk 15x40gram jugak. . .


Tapi yang aku try bukan yang keluar dalam iklan tv tu, alah yang iklan ada sorang wanita yang paksa sorang lelaki untuk try kopi perisa baru tu. . .


Ha yang tu kopi putih dengan gula perang. . .


Yang aku try kopi putih dengan gula biasa, so aku tak tahu lah apa beza kedua2 perisa ni, tapi mak aku kata kalau gula perang mungkin lagi sedap. . .


Entahla itu aku tak tahulah pulak. . .hehe


Harga aku tengok sama je. . .


Untuk chek hup aku rasa biasa je. . .


Tapi bolehlah kalau nak try tapi aku tak sure pasal harga rasanya sekitar RM11-RM12 jugaklah. . .


Untuk jenama 888 rasanya agak kurang. . .


Aku tak tahulah, tapi aku tak suka sangat bau dia, huhu. . .


Untuk jenama ni harga sekitar RM8-RM9 tapi dengan 12x35gram kalau aku tak silaplah kan. . .


Dan untuk Nescafe memang aku agak berdukacita dengan rasanya. . .


Sebab jenama nescafe kan terkenal, tapi untuk produk kopi putih ni memang rasanya kurang. . .


Aku pun tak taulah kurang tang mana, tapi kurang umph bagi aku. . .


Untuk aku tak survey sebab yang aku try dulu, jadi aku pun tak sure berapa harga sekarang ni. . .


Tu sajalah yang aku dapat kongsi. . .


Aku masih teruskan misi mencari kopi putih 3 in 1 yang sedap. . .


Lepas ni aku nak cuba jenama yang lain pulak, bolehla review lagi kan. . .hehe


Tapi walaupun aku dah cuba banyak jenama aku tetap berharap yang satu hari nanti aku akan dapat minum kopi putih original yang dijual kat kedai. .


Yang pure punya, bukan 3 in 1, jadi nanti aku bolehlah bandingkan dengan kopi putih segera. . .


Itulah white coffee mission aku. . .

No comments:

Post a Comment