Modal Meniaga

Tinggalkan Jejak

Followers

Tuan Tanah

My photo
PERAK, Malaysia
Do email if there any inquiries chubbypurplepie@gmail.com

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)

BUST UP EXPRESS PREMIUM PINK (JAMU MODEN)
Klik gambar untuk whatsapp dan order

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL

BUST UP EXPRESS PURPLE 7 STEM CELL
Klik gambar untuk whatsapp dan order

Monday, July 22, 2019

TONIK RAMBUT TERBAIK : SUPER 8 HAIR TONIC

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ini.

Baik harini nak promote 1 produk ni.
Boleh kata review juga lah, sebab Nurul sendiri pun, pengguna produk ni tau.



Nurul sebenarnya ada masalah rambut gugur yang boleh kata agak serius juga lah.
Sebabnya rambut ni memang hampir menipis.

Then, Nurul ada jadi dropship dengan satu produk ni dulu, founder tu keluarkan tonik untuk rambut ni.
Jadi belilah terus 20 botol, jadi agen terus tau.
Alhamdulillah, memang berkesan tau tonik ni untuk Nurul.



Rambut memang dah kurang sangat gugur, dan Nurul perasan banyak anak anak rambut baru yang tumbuh tau.

Bukan nak sembang ke apa, tapi Super 8 Hair Tonic ni memang best lah hasil dia.
Dah hampir 2 tahun tau dalam pasaran.

Nurul pun dah hampir 2 tahun guna tonik ni, dan masih lagi pengguna dan penjual tonik ni.

Tonik rambut ni InshaAllah takde bahan2 terlarang.
Bahan bahan dalam tonik ni InshaAllah dari bahan bahan organik yang sangat selamat digunakan.
Sebab apa, sebab dalam tonik ni dia merupakan gabungan 8 minyak yang terbaik untuk rambut tau.


Minyak Argan - Terbukti menjadikan rambut lebih halus dan bersinar. merawat hujung rambut yang bercabang dan kering.
Minyak Habbatusauda - Meningkatkan pertumbuhan rambut ,dan mencegah rambut botak Minyak Bunga Matahari – Minyak penyubur rambut & merangsang pertumbuhan rambut Minyak Zaitun – Mengandungi anti bakteria, Vitamin e, Omega 9 mineral, protein & Omega 6 yang sangat baik untuk kesihatan rambut Minyak Biji Anggur – Melebatkan bulu mata & Pertumbuhan rambut Minyak Kastor - Memelihara kulit kepala dan memperkuatkan akar rambut dengan nutrisi penting Minyak Bijan - terkenal untuk rawatan rambut terutama dikalangan kaum india. Ia disapu dikulit kepala untuk menyejukkan kepala. Minyak Badam – Mengilaukan rambut, melancarkan peredaran darah & memperbaiki peredaran darah untuk meransang pertumbuhan rambut

 Dan, Super 8 Hair Tonic ni di daftarkan di NPRA ya.


1 botol ni 50ml ya dan berharga RM34 (belum masuk kos penghantaran)
Kos penghantaran RM7sm RM12ss

Boleh digunakan seisi keluarga tau.
Dari baby sehingga ke Mak ayah tau.

Kalau nak mudah dan kos penghantaran lebih murah korang boleh terus order dari akaun Shopee saya.
Cuma klik link ini ---> Link Shopee - Super 8 Hair Tonic

Nak whatsapp pun boleh terus klik link whatsapp ni Whatsapp saya

Baik, sebelum habiskan ni biar Nurul share testimoni testimoni pengguna supaya korang lebih yakin dengan tonik rambut ni.







Sekian dari Nurul harini.

Till we meet again on the next post.

Wassalam.

REVIEW : KASUT KESIHATAN MEDSHOE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca pembaca yang singgah di blog Nurul.
Sihat ke tu? Harap harapnya sihat semua.

So how was your weekend?

Weekend Nurul macam biasa je, macam selalu.
Makan tidur, repeat. haha

Memang weekend ni selalu kerja makan je. Kalau hari biasa tu takdelah banyak sangat makan macam weekend.

Okay back to our post title, malam ni terasa nak buat review pasal kasut Medshoe yang Nurul dan beli dan pakai, dah hampir sebulan.

Al-kisahnya bulan lepas turn Nurul dapat kutu, jadi laburlah sedikit duit untuk beli kasut dari Medshoe ni.
Mula mula kenal kasut ni bila google , search kasut yang comfy sesuai untuk plussize, jadi medshoe ni ada keluar.
Tengok kat facebook, eh macam menarik pula kasut jenama ni.
Tak pernah dengar pun sebelum ni, lepas tu jalan jalan kat Aeon Manjung, eh ada buka butik laa kasut jenama ni.

Jadi lepas tu tekadlah nak beli try sepasang.
Rupanya kasut medshoe ni mula mula ada dalam pasaran untuk nurse , kalau tak silap saya lah.
Kemudian dia berkembang sampai sekarang.
Dah ada macam design kasut, banyak yang cantik cantik.

Ihsan Medshoe web


Boleh ke website dia klik sini --> Medshoe

Nurul beli sepasang Light Sporty colour Merah
Cantik menawan uolss

Ihsan Medshoe Web


Yang penting memang selesa tau.
Kalau jalan tak sakit tumit, ringan je rasa dan rasa macam tak pakai kasut
Bahagian tumit kasut ni tebal tau, jadi memang tak terasa.

Nurul beli jenis ni sebab Nurul memang banyak berjalan dan lagi satu, petang petang boleh buat jogging lahh kononnya kann.heheh

Design dia cantik, kasut selesa.

Tapi Nurul nak sarankan kalau nak beli kasut ni better ke butik terus, sebab saiz dia lain dari saiz kasut yang Nurul biasa pakai, jadi kalau nak selamat better ke butik.

Kalau nak beli online pun boleh ajee kan, janji tanya betul2 pada seller online tu sebelum membeli ye.

Nak maklumat lanjut boleh klik link tadi.
Facebook rasmi : Medshoe-HQ
Instagram rasmi : medshoeofficial

Ada rezeki memang nak beli lagi sepasang
Overall, memang puas hati and I am satisfied user

Sekian my review

Till we meet again on next post

Esok Isnin, harap harap takdelah yang Monday Bluesss

Wassalam

Sunday, July 21, 2019

SESI MEMBERSIHKAN SARANG SPIDEY!

Assalamualaikum uols, harap semuanya sihat sihat sahaja
Nurul doakan, semua yang datang melawat blog Nurul ni diberikan kesihatan yang baik.
Dah bersawang blog ni, dah lama tak berupdate, bukan apa sekarang ni dah ada Instagram, maka blog ni ditinggalkan kesepian, ewahh

Jadinya harini teringin nak berblogging pulek, rindu juga zaman belajar dulu, ada masa nak berblogging walaupunn takde sesiapa yang nak membacanya, haha
Post pun merapuu je dulu, tah pape tahhh

Jadi harini ni login blog ni dan kemaskini sikit sikit, revertkan post2 yang tak berkenaan as a draft, bersihkan sesikit dan nak fikirkan hala tuju blog nii

Rasa macam nak buat blog ni as blog berkongsi resepi, as Nurul ada juga buat video masakan ada masak sesikit selalu upload kat Instagram, rasa macam why not post kat blog jugaa kann

Then, ada juga buat bisnes online sesikit, selalu post kat Instagram, Facebook, Shopee kan then why not share kat sini jugaa kan. Mana tahu ada rezeki juga dari blog kan.

What say you?

InshaAllah akan cuba sedaya upaya update blog ni at least 1 post sehari which is nearly impossible kan, haha
At least 1 post a week pun dah kira syukurr update blog ini,hihi

So, yang singgah blog ni Thanks a lot, walaupun senduu gitu tetapp kan,hihi

Till we meet again untuk next post.

Kbai

Sunday, April 1, 2018

RESEPI KIMBAP AYAM / DAGING MUDAH DAN SEDAP



Assalamualaikum semua..

Wahh, tengok last entri adalah pada tahun 2016??
Memang dah bersarang betul lah blog ni..

Mianhaeeee..

Tetiba mianhae kann, apakah??
Mentang-mentanglah tajuk ada kaitan dengan korea, yang keluar pun nak korea jugekk.

Mianhae tu maaf dalam bahasa korea.

Yelah kan, sesejak jadi minah K-Pop, kaki K-Drama, lepas tu hantu K-Variety show ni kan, yang keluar pun semua nak bahasa korea. Halah2 poyo gitu kan. hehe

Okaylah akak taknak lah mengarut panjang-panjang kan.

Back to the tajuk entri.
Hari ni nak share resepi kimbap ala Melayu.
Hehe

Boleh pulak kan, dah melayu yang buat dia punya hasil pun mesti la ala melayu kan, dari segi rasa dia semua.

Kimbap ni sebenarnya dari perkataan korea, kim tu adalah seaweed dan bap tu adalah nasi. Jadi make sense la kan, kimbap ni adalah nasi yang dibaluti dengan seaweed.. gituu.

Resepi ni sebenarnya di ambol dari banyak sources, sorce yang utama adalah dari Youtubers yang terkenal dengan masakan korea iaitu Maangchi. Adik minat sangat dengan Maangchi ni, siap subscribe dan tengok lagi semua resepi2 baru dari Maangchi. Resepi lain yang pernah saya buat dari Maangchi ni ialah Dakganjeong atau nama lain dia Ayam Goreng Kicap korea. Yang ni lain kali saya share ya.

Resepi kimbap ni saya dah cuba dan buat jualan lagi, Alhamdulillah laku dan InshaAllah sedap uolls.
Jom tengok apa resepi dia

(Resepi ini untuk 5 helai seaweed)

Bahan-bahan
250gm Beras short grain (saya guna jenama Sumo)
2 biji telur gred A
4 batang sosej (dibelah 4)
1/2 batang carrot (saya guna carrot Australia, lebih kecil, lembut dan manis)
1 batang timun jepun (Belah 8)

Bahan2 perapan ayam/daging (perap semalaman)
Sebelah isi dada ayam (tanpa tulang dan lemak) / Daging - Dicincang
6 biji bawang putih
Kicap cair, gula, lada sulah, sos tiram (anggarkan semuanya, boleh campur dan rasa dulu sebelum siram dan perap pada ayam)

Langkah-langkah

1. Masak nasi. Lepas nasi masak, perasakan dengan minyak bijan + garam + gula

2. Timun dibelah 2 kemudian dibuang biji tengah tu. Guna sudu untuk scoop dan buang, semudah ABC je ni uolls. Kemudian, belah 4 untuk setiap bahagian, jadi dapat 8 batang

3. Dadarkan telur. Telur diperasakan dengan sedikit garam + gula kemudian kocak sebati. Bila dah goreng telur, hiriskan kasar-kasar, dalam 1cm lebar

4. Kemudian goreng sosej

5. Carrot di hiris panjang-panjang, kemudian diperasakan dengan garam, kemudian tumiskan dengan sedikit minyak bijan yang telah dipanaskan sebentar

6. Kemudian, panaskan sedikit minyak, goreng ayam/daging yang dah diperap. Sampai masak dan garing sedikit, kemudian angkat. Siap



 Dalam gambar tu kita ada nampak tin tuna kan, itu kalau korang nak buat kimbap tuna, boleh guna tuna ayam brand ni ya, tuna mayonis. Bukan yang light tu tau, yang light tu kurang rasa mayonisnya. Dan jangan guna yang jenis pedas dan sewaktu dengannya sebab tuna tu berminyak, nanti kimbap tak jadi sebab berminyak sangat.

Tuna tu korang boleh tambah lagi mayonis untuk rasa yang lebih lazattt. Kiranya kalau nak buat kimbap tuna, korang just tukar daging tu kepada tuna tau, yang bahan lain still sama.

Dah siap bahan semua, koang just gulungkan aje, letak seaweed atas Bamboo mat (jenama Yoshii ada bagi free, beli 3 pek ada 10helai setiap pek dengan harga RM27.50 tak silap dekat AEON, dapat free bamboo mat tu, atau boleh beli kat DIY harga dia RM1 lebih rasanya) tu, kemudian spreadkan nasi atas seaweed berkenaan, dan susun timun, telur, sosej, ayam dan carrot, kemudian gulung.

Dah gulung tu, lumurkan dengan minyak bijan, untuk nampak sikit kimbap kita shining-shining je uolls, kemudian guna pisau yang betul-betul tajam dan potong dalam 1cm jaraknya, haa dapatlah rupa kimbap yang cantik macam kat bawah ni.hehe





 Dan lepas tu, taburkan bijan yang yang di sangai atas kimbap ni, sedia di makan dan di jual.hehe

Cantik kan hasil kimbap ni?hehe
Dulu buat untuk makan aje, sekarang ni kami ada jual juga hujung-hujung minggu buat tambah income.

Korang try la buat, mana tahu boleh buat tambah income juga kan. Hehe. Mula-mula tu memang rasa renyah dan payan nak buat, tapi bila dah lama-lama tu boleh rasa nak buat dia takdelah susah mana, dalam 2jam je dah boleh siap 5 gulung ni. Hehe, dia jadi 2 jam tu sebab nak masak semua inti-inti dia tu tau. Hehe.

Gulung dan potong tu dalam 15 ke 20 minit dah siap, cehhh berlagakkk kan.

Ha, korang jangan lupa cuba tau resepi ni, lepas tu jangan lupa share di bahagian komen tau.

Lain kali kita share resepi lain pulak tau, sebab banyak nak share ni tapi rajinnya tak sampai lagi. Haha.

Sayang korang, okbai

-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.

IKLAN

BUST UP EXPRESS PREMIUM

MASALAH YANG SERING IBU ALAMI
Masa anak dara payudara bukan main mantap dan cantik lagi, tapi bila hamil, payudara dah alami perubahan untuk persediaan air susu.

Selepas bersalin dan kekerapan menyusui bayi, payudara mula jatuh kendur dan ada yang alami saiz payudara yang tidak sekata.
Bila tak menyusui bayi, payudara betul-betul jatuh dan tidak anjal disebabkan oleh proses menyusu dan collagen-collagen dalam badan dah hilang!!

BERITA BAIK!!
Kini ibu-ibu boleh tersenyum lebar kerana masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya penggunaan BUST UP EXPRESS PREMIUM sahaja!! Sejenis jamu moden yang sedap yang penting berkesan dan berkhasiat.

Bust Up Express membantu payudara dalam:
* Kembalikan kenanjalan
* Besarkan payudara
* Tegang
* Puting bewarna pinkish
* Gebu
* Suami kembali tertawan!

Untuk order dan maklumat lanjut, sila klik, 012-404 8291


Monday, March 7, 2016

RESEPI BROWNIES KEDUT MUDAH SANGAT

Assalamualaikum..

Semalam hakak terlebih rajin. Oh rajinnya bakal bini orang ni kan. Haha. Takpa, takdak calon pun takpa, kata-kata tu kan satu doa? Bila dah hari-hari cakap jadi bini orang, nanti InshaAllah sampai la jodoh tuu kann. Melalut bagi la kat dia. Haha.

Jadi nak dijadikan cerita, adik la yang nak makan sangat brownies. Dia minta kakak dia ni tolong buatkan kat dia. Hakak dia ni pun gigih lah cari resepi buat brownies yang mudah. Nak yang mudah je, janji jadi dan boleh dimakan. Hehe. Kami janji nak buat sama-sama, last-last dia tidur hakak dia sorang je yang buat. Hampeh..

Gigih-gigih google cari resepi, dalam 2 minggu juga lah baru dapat buat brownies ni. Setelah beberapa hujung minggu yang agak busy. Hakak amik resepi dari sini ==> enyabdullah.com . Mudah , senang difaham dan diikuti. Hasil dia? Boleh la dimakan, tak cukup kedut lagi hakak rasa..

BAHAN-BAHAN
400gm Dark Chocolate (guna jenama Beryl's, beli di kedai yang jual barang-barang jual kek, cari kat pasaraya susahhh sangat nak jumpa)

100gm Tepung naik sendiri (Guna blue-key self-rising flour)

30gm serbuk koko (guna van-houten)

120gm Gula perang (boleh guna gula castor, ikut resepi asal 150gm, tapi boleh dikurangkan sampai 100gm sebab gula perang tu pun akak kurangkan dari 170 jadi 120gm)

150gm Butter (guna butter jenama anchor atau president brand president ni lebih mahal tapi akak suka bau dia)

4 biji telur

1 sudu kecil vanilla esen (guna star brand 1penutup = 1 sudu kecil)

Secubit garam kasar

CARA-CARA
1. Satukan tepung dan serbuk koko, kemudian diayak

2. Cairkan dark chocolate dan garam kasar menggunakan kaedah double boiler.

3. Kemudian cairkan butter.

4. Satukan butter yang telah dicairkan, 4 biji telur, gula perang, dan esen vanilla.

5. Kacau keempat-empat bahan tersebut sampai rata semuanya.

6. Kemudian, masukkan tepung+serbuk koko yang telah diayak dan diselang selikan dengan coklat. Simpan coklat untuk di campur akhir sekali. Gaul adunan sampai sebati.

7. Apabila semua sebati, masukkan baki coklat dan kaupkan 2,3 kali

8. Masukkan dalam loyang petak bersaiz 10x10 inci. Gris loyang dengan butter atau guna baking paper, supaya mudah kita nak keluarkan nanti.

9. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 160 darjah celcius. (Panaskan ketuhar dalam 15 minit)

10. Bakar lebih kurang 30-40 minit bergantung pada jenama ketuhar. Hakak bakar dalam 40minit. Cara nak tau brownies kita ni dah masak ke tak adalah dengan guna lidi atau pisau jam, cucuk tengah-tengah brownies, kalau banyak adunan yang melekat, brownies belum masak, bakar beberapa minit lagi, kemudian test lagi kalau sikit adunan yang melekat, dah boleh tutup suis.

11. Bila dah masak, jangan keluarkan dulu, biarkan brownies kita dalam ketuhar selama 15 minit dengan pintu ketuhar direnggangkan sedikit.

12. Kemudian boleh dikeluarkan dan biar sejuk di suhu bilik sebelum boleh dipotong.

13. Sedia dihidang

HASIL DIAA NIII


Sebelum di bakar dalam oven. Adunan dia.


Dah siap, yay!! Kurang sikit kedutnya, tapi memang ada lapisan. Well done Nurul. Hehe


Dah potong kekecik, sedapp.

TIPSSSS
Ini tips yang akak dapat melalui blog Eny Abdullah..

1. Guna coklat masakan yang ada jenama. (contoh Hershey's, Beryl's). Coklat compound jenama ni mudah didapati di kedai yang jual baha-bahan buat cake dan biskut. Ya, akak pun cari kat sana. Rasionalnya guna coklat berjenama ni, bila kita bakar brownies kita akan terbentuk satu lapisan yang shining dan berkedut. Kalau guna coklat jenama biasa, kandungan peratusan koko rendah, yang banyak gula, pewarna, gula aje, jadi brownies kita akan kurang rasa coklat dan takde lapisan kedut yang terbentuk diatasnya. gitulahh, argument dia. hehe

2. Jangan sesekali simpan brownies dalam peti sejuk, ini akan sebabkan brownies kita jadi keras. Simpan di luar, tahan 4 hari. Tapi kalau nak masukkan juga, panaskan brownies dalam microwave sebelum dihidang.

3. Guna butter yang berkualiti. No buttercuppp pleasee, sebab buttercup bukan sejenis butter.. Aku teripu lamaa dah ropenye..

4. Pastikan adunan jangan diadun guna mixer. Guna senduk kayu aje. Brownies ni memang mudah, tak perlu mix lama dan guna mixer bagai. Guna senduk kayu aje. Dah jadi. Adunan tak boleh di mix terlalu lama tau. Janji adunan sebati je dah.

5. Jangan lupa masukkan coklat lastt sekali tau. Lepas semua bahan sebati. Lepas tu kaup sikit2 aje.

6. Resepi brownies yang bagus adalah dengan menggunakan coklat lebih banyak dari tepung. Jadi kita akan dapat hasil brownies yang mampat dan kaya rasa coklat Pehhh sedap. Untuk penggemar coklat boleh la try..berbaloi-baloii.

7. Jangan overbaked brownies. Brownies yang sedap akan rasa moist didalam. Kalau overbaked, brownies kita akan jadi keras dan kering. Jadi masa kita bakar, kena hati-hati tau.

8. bakar guna api atas dan bawah.

KOS PEMBUATAN
Secara keseluruhan, kos pembuatan untuk bahan-bahan dia untuk Mac 2016 ni kan, jom kira.

400gm Coklat compund Beryl's RM7.50 (akak beli 240gm=RM4.50)
30gm serbuk koko van houten RM2.80 (akak beli 70gm RM6.49 kebetulan offer kat aeon masa tuu..dapatla murah, kalau tak harga asal dia RM8)
100gm self rising flour RM0.40 (akak beli 1kg RM4)
150 butter RM5.33 (akak beli anchor 225gm RM8)
4 biji telur RM1.60
120gm gula perang RM0.50 (akak beli 500gm RM1.99)

Ini hanyalah roughly pengiraan aje, okay lah harga dia nak dapatkan seloyang brownies ni.. Boleh la cuba pulak lepas ni kan?hihi